Tuesday, November 10, 2009

Tidur anakku sayang

Mata dah kuyu tapi nak meniarap juga. Pastu terjumpa plak mainan

Geramnyer!!!! Gigit telinga dia...

Adoihh penat la umi... Nak tido...


Petang semalam masa amik Ayip dia tgh tido lena dalam buai kat umah BS.
Terpaksa angkat juga bawa balik.
Dalam keta dia tak diam, memukul-mukul tangan aku.
Marah ler kut sebab kejut dia tido..

Sampai umah aku taruk atas tilam..
Mata dah layu...
Tapi..
Terus meniarap..
Adui ada mainan plak kat bucu tilam...
Terus dicekau..
Tarik kemulut..
Isap, gigit, tarik sambil mulut tak diam meracau lagu dia...
Aku amik HP snap gamba dia..
Nak tengok apa jadi ngan labah-labah itu..
Kemudian dia geram..
Menjerrit sekuat-kuatnya..
Sambil mulut mengonggong labah-labah...
Tarik sekuat-kuatnya dari mulut..
Buat- lagi dan lagi...

Leka dok tengok TV aku tak perasan dia dah semakin slow..
Tau-tau dah diam..
Aku ingat dia penat dan rehat macam selalu..
Sekali tengok, dah tido...
Lerrrr sian anak umi...
Konon sian tengok dia tido gitu, aku terbalikkan dia telentang..
Dan dan terus jaga dan tak tido-tido dah sampai ke malam..
Adussss.......
Sepanjang petang dia minum susu dengan banyaknya sebelum tertido juga akhirnya..

Monday, November 9, 2009

cerita hujung minggu lagi

Ayip dah sepupunya Rayyan
Beza usia tepat 5 bulan...
Tengok beza saiz... Kaki Ayip dah terkeluar dari tilam.. hahahahaha

Umi kata kayuh kedepan, Tapi anak umi ni kayuh kebelakang plak..

Umi amik gamba dia, dia plak buat muka tak puas ati sebab umi tak bagi dia rampas hp dari umi...

Hujung minggu Ayip agak special kali ini.
Ayip berjaya mamboikot puting kosong dan tidak juga mencari buaian di rumah..
Abi dia ada kelas pada hari sabtu dan ahad.
Sabtu sepanjang hari, Ahad kelas pagi jer..
Umi pulak busy mengemas umah sambil memerhati Ayip.
Dek kerana Ayip yang agak manja, umi bawa jer dia kemana-mana..
Umi kemas bilik dia dok katil bilik, Umi jemur baju, dia dok stroller ikut umi..
Tapi muka dia serius jer.. Sampai umi baring sekali ngan dia baru la keluar bunyi manja dia..
Penangan jagaan ala-ala askar mak pah..

Sabtu umi masakkan dia bubur ayam dan brokoli.
Dia suka, Makan suku mangkuk baby gak habis..
Petang pulak aku bagi Infant cereal Apple Raspberri kat dia..Y
Yang ni memang dia suka sangat.. Manis ...
Sepanjang hari dia agak baik.
Nak tido langsung tak bising..
Bunyi ngongoi lagu dia pastu trus pejam dan tido...
3 kali tido jaga tido jaga gitulah dia..
Sampai abi balik dia dah tak mau tido,
Taunye nak main ngan abi jer..
Sampai abi tertido baru la dia pon tido..
Aduiii pantang nampak abi
Trus lebar senyuman dia..
Dulu pantang geng, sekarang pantang jumpa..

Ahad, Kul 10.30 pagi Abi baru balik kelas.
Lepas abi makan nasi lemak, kami potong rambut ayip.
Dianya dah ngantuk sebenarnya...
Lepas potong rambut dia mandi.
Lepas mandi dia makan.
Tapi dalam pada makan tu, mulut bising melalak nak susu...
Tapi bila disuap dia makan juga. Telan juga..
Last2-last tertidur tanpa menghabiskan bubur dia..
Sian plak nengok.
Pastu aku kejut gak bagi susu badan..
Nak bagi air masak takut tersedak sebab dah ngantuk sangat.
Pas nyusu sikit terus tido sejam lebih..
Sian.. penat sangat...

Petang, Eija nganHafiz, MIL dan FIL datang umah bawa baby Rayyan.
Letak jer sebelah Ayip, dia terus cekau topi member tu..
Cepat-cepat aku alih tangan dia..
Ayip ni kuat.
Kalau dia memukul, sure sakit punya..
Mata aku pun banyak kali jadi mangsa dia..
Sebelum diaorang datang, dia dah nak tido dah, sambil ngongoi manja menjerit-jerit main ngan aku sambil lepak.
Sekali nampak tok wan ngan tok terus senyum lebar..
Nampak mak yang trus hulur tangan nak cekau tudung glamer mak yang.
Hmmmm Tangan tak reti diam...
Lama gak dia senyap tanpa suara sebelom mula menjerit semula..
Ngantuk...
Tapi tak boleh nak tido..

Sampai sumer dah balik, aku mandikan dia...
Tengah2 mandi macam biasa dia suka melonjakkan badan dan berdiri.
Tah macammana dia lonjak dan aku tak ready trus terlepas..
Bedebuk kepala kene tepi besen..
Dia jerit kejap pastu gelak balik..
Kiter dah takut dah kalau-kalau cedera kepala dia..
Tapi dia buat tak tau jer...
Lepas pakai baju dia menyusu..
Lepas jer burb terus lena dalam pangkuan aku...
Haaa kan dah penat...
Ingat lama berjaga siang tadi, dia boleh la tido lama, Sekali kejap jer dah jaga balik, mintak susu balik..
Saja jer aku taknak bagi dia makan.
Tak sangka plak dia lapar sungguh gitu..




Monday, November 2, 2009

Ayip Bila ada Umi dan Abi

Kepenatan..

Minum susu anda jadi sihat dan kuat.. hehehehe

Gonggong towel plak Ya Rabbiiii....

Mammaa... buuuu... tu lah yang dia sebut time ni..

Jaga-jaga umi.. Ayip kembungkan pipi nak sembur keluar puting dia..

Handle ni letak kat idung stim gak yer...

Ni stail isap puting ayip yang agak unik. Lagi dimarah lagi dia suka..

Tido lepas penat bermain.

Hujung minggu lepas, Ayip tak kemana-mana.
Kata nak hantar barang keumah pengasuh baru kat pj ahad petang pun tak jadi.
Kak pah nak gi tengok wayang ngan anak-anak plak..
Mak Yang dgn rayyan dan tok wan serta tok nak datang umah pun tak jadi sebab ujan.
Petang jumaat umi amik Ayip dari umah umi linda dalam keadaan comot.
Tilam, bantal, beg baju malah baju dan stokin semua terpalit ngan tanah liat mainan kaler purple dan merah..
Tak mahu ku bayangkan kalau ayip termakan benda alah tu..
Moga dia berada dalam lindungan Sang Penciptanya AMIN....
Sampai umah, Ayip gaduh-gaduh manja ngan abi sebelom tido lena sampai ke pagi..

Sabtu pagi, abi ada kelas sampai kul 4 lebih petang.
Tinggal la umi dan Ayip jer.
Macam biasa, Ayip bangun awal pagi seawal kul 8.
Umi bawa dia ke ruang tamu untuk teman umi pam susu.
Ayip tetap Ayip yang suka mencubit, mencekau dan menjerit.
Umi pam susu, dia pon sibuk tarik-tarik tube pam umi, cubit peha umi, tarik siku umi..
Pas dah penat kacau umi dia nangis lapar.
Umi bagi mamam Nestle Gold cereal..
Umi malas dah nak masak bubur ayip.
Ayip tak suka makan bubur kosong.
memilih.. Ayip makan sesudu setengah table spoon cereal..
Lepas makan dia sibuk nak susu plak.
Minum plak 2 oz susu lagi pastu burbbb kekenyangan.
Bila dah comot, Umi mandikan ayip.
Selesai jer pakai baju terus tido.. Hehehehe
Giliran umi plak mandi..
Lepas umi mandi umi jemur cadar tilam yang ayip kencing.
Sekali Ayip terjaga dengar bunyi penyidai besi hak terseret kat simen..
Cemas tgk takder orang Ayip menjerit nangis..
Umi biar jer kejap sampai siap baru pujuk..
Kene ajar gitu, supaya Ayip tak jadi penakut.
Lepas tu Ayip tido balik..
Bangun kejap menyusu dan bermain pastu tido balik.
Gitulah dia sampai petang.

Hari Ahad, abi ada kelas juga pagi sampai kul sebelas.
Macam semalam, lepas mamam dan mandi ayip tido.
Kali ini lama dan lena.
Tapi selepas abi balik umah, Ayip tak mau tido dah..
Gitulah dia selalunya.
Kalau ada abi, dia nak ajak main jer.
Terjerit-jerit, terpekik-pekik ngan abi dia..
Aduhaiii anak umi..
Dah kepenatan kul 4.30 baru nak tido..
Time tu hujan turun lebat.
Kul 5 pandai lak dia jaga, mamam dan mandi...
Malam dah susah nak tido..
Terpaksalah aku temankan dia tido awal dan akhirnya aku yang tertidur sama...

Wednesday, October 28, 2009

Babysitter

Nakalnya beliau. Sampai ke tikar dia menjalar.

Aku masih belum selesai dengan hal babysitter.
Babysitter terbaru ni buat aku hangin satu badan.
Tapi ku malas nak cerita panjang-panjang kenapa.
Yang penting aku tak berkenan dengan cara dia handle Ayip.
Lalu, atas dasar rasa tangunggjawab dan kasih kepada Ayip, aku cari babysitter baru.

Mula-mula aku iklankan kat rumah.
Aku dapat seorang babysitter muda.
Umur 21 tahun. Baru kahwin setahun dan belum ada anak.
Dia bersungguh-sungguh nak jaga Ayip.
Tiap-tiap ari sms atau call bertanyakan boleh ker tidak dia jaga.
Aku dah jumpa dia.
Umah bersih, orangnya mesra.. Namun... Hubby kurang percaya..

Lalu aku tanyakan rakan office tentang babysitter yang menjaga anak dia.
Katanya babysitter dia sakit.
Ada kencing manis tahap kronik.
Tapi dia memberi aku nombor bekas babysitter dia yang lama.
Duduk dikawasan sama.
Pagi-pagi lagi aku call makcik itu.
Malangnya dia dah ada 2 baby kecik yang dia jaga.
Makcik itu kedengaran sangat lembut ditalian.
Katanya sebelum aku mula berputus asa
"Adik nak babysitter yang betul-betul jaga ker sekadar jaga? Kalau sanggup bayaran mahal makcik ada kenal seorang. Tapi mahal la yer."
Aku kata aku tak kisah tentang harga yang penting anakku terbela dan jadi insan berdisiplin.
Lalu makcik itu bagi aku nombor telepon dan nama kawannya itu.

Time tu juga aku call Kakak ni (actually sesuai dipanggil makcik. Tapi dia bahasakan dirinya kak pah).
Soalan pertama yang dia soal aku ialah Mana dapat no telefon I ni?
Aku pun kata makcik .... bagi.
Kemudian kami berdialog melalui telefon tentang harga yang mahal dan karenah yang dia tak mahu.
Tegas bunyi nadanya.
Selepas habis kerja, aku dan hubby pergi ke rumah dia.
Tak jauh dari oficce.
Jalan kaki 3-4 minit dah sampai.

Sampai dirumahnya perkataan pertama aku.
Cantik dan kemasnya rumah ni..
Didepan pintu seorang wanita separuh baya berbadan tegap dan tinggi.
Berwajah mancung ala-ala arab atau pakistan.
Dari raut wajahnya kutahu dia seorang yang garang.
Dia persilakan kami masuk dan duduk.
Soalan pertama dia
"So apa cerita anak you?"
Hehehehe
Aku pun stori segala-gala tentang ayip dan Babysitter lamanya kepada dia.
Dia kemudian memberitahu aku yang dia agak garang dengan anak-anak yang dia jaga.
Aku dapat lihat pada baiknya 2 anak kecil yang dijaganya saat itu. Sangat sopan!
Keperluan seperti tilam, baby cot bantal semua dah ada dia sediakan.
Makanan baby dia sediakan.
Yang perlu aku bawa cuma baju dan toileteries serta susu Ayip jer.
Dia kata lagi, kalau baby susah nak tido, dia terpaksa masukkan dalam buai.
Tapi tak perlu risau katanya, sebab baby ada stage dia akan ajar tidur kat bawah pula.
Dia bagitau aku yang dia akan ajar cara bercakap bahasa english dan bahasa melayu yang betul pada Ayip since baby.
Waktu asar dia bawa ke masjid mengaji dan solat berjemaah.
Petang dia akan walk in anak-anak itu dihalaman rumah dia yang indah tu..

Hubby nampaknya puas hati.
Aku juga begitu.
Dalam keadaan aku yang serba serbi tak tahu tentang agama, aku perlukan sokongan begini.
Aku suka cara dia yang tegas dengan anak-anak.
Sekurang-kurangnya Ayip taklah nakal sangat nanti harapnya..
Dan advantage bila dia tahu english lebih baik dari kami kedua ibubapanya..
Aku katakan pada kak pah, kalau dia nak jumpa ayip kami akan datang hari ahad petang.
Dia kata ok.

Alhamdullilah, akhirnya aku temui apa yang aku demandkan sangat selama ini.
Pejamkan mata jer time bayar nanti. Hahahaha
nampaknya umi ayip semakin pokai...
Harap-harap naik ler gaji. Seratus pun jadiklah...


Tuesday, October 27, 2009

Kami dan cerita kami.

Ayip duduk dalam stroller sementara Abi dan umi makan kat sogo KL semalam.

Nak bercerita tentang kami dan cerita kami.
Ayip masih ada masalah dengan babysitter.
Umi ayip ni cerewet.
Rumah kotor, tak suka!
Suka lepak kat kedai ikan, tak suka!
Buat kotor baju-baju dan tilam bantal ayip, Tak suka!

Sejak hari khamis ayip selsema.
Mula-mula ingat selsema macam biasa. Sikit-sikit.
Tapi malam tu Ayip tak boleh nak tido lena.
Tak mahu menyusu.
Hidung dia sumbat.
Suara ayip dah lain. Sengau!
Manja ayip terlebih-lebih..
Aku taruk minyak ue kat dada.
Aku taruk nasal drop kat hidung.
Lega sekejap.
Bila pagi dia sumbat lagi..
Hmmmm....

Jumaat petang aku amik ayip bersama sarung tilam dan bantalnya.
Kotornyerrr tilam bantal ayip!
Penuh dengan kotoran coklat seakan-akan darah ker coklat?
Ker water colour?
Tahlah...
Baju ayip comot dengan kesan kuning seperti kunyit dan kesan coklat yang sama.
Bila aku basuh ngan nappikleen, kotoran itu tak hilang.
Lalu aku basuh dengan dynamo dan berus pakai tangan.
Tetap tak hilang.
Stroller Ayip, macam kena kuah laksa.
Kat basket ada bau hanyir macam darah ikan.
Beg ayip berminyak dan berkesan kotor.
Semuanya aku basuh hari itu juga.

Hari sabtu, ada kawan kata nak datang umah.
Aku masak rendang ayam dan nasi impit.
Tapi akhirnya kawan tu tak jadi datang.
Rendang terpaksa dimakan sendiri olehku dan hubby.
Sampai petang aku menjulur, berguling, meniarap dan merangkak bersama Ayip.
Namun kawan ditunggu tak kunjung tiba.
Akhirnya aku menjalankan operasi mencari babysitter baru.
Selsema Ayip masih tak berubah walau setelah ku taruk kunyit dibatang hidungnya.

Hari ahad pagi, aku dan hubby berkejaran disubuh pagi menyedut hingus ayip dan menyapu minyak.
Subuh-subuh lagi dia dah mengamuk.
Perut Ayip berkeriuk lapar.
Tapi bila dibagi susu dia sedut sekali dua lepas tu dia tepis.
Susah nak bernafas rasanya. Sebab dia jadi tercungap-cungap lepas menyedut susu.
Lepas disedut hingus baru dia nyusu macam biasa sambil buat bunyi paling manja.. hahahahaha..

Tengahari kami keluar ke littlewhiz.com di Setia Alam.
Sebelom tu kami bertiga singgah kat ali cafe di pantai bahru untuk makan tengahari.
Ayip yang memang mudah berpeluh dah basah belakang.
Baru jer dia nak tido, dah sampai littlewhiz plak.
Dah jaga dah...
Hubby beli seterilizer avent, mainan spider besar dan mainan tangan untuk Ayip.
Ni sumer gara-gara seterilizer little bean aku dah rosak.
Cadang nak beli bumbo sekali.
Tapi bila try letak Ayip kat bumbo tu, hampir tak boleh masuk.
Nyonya tuan punya kedai cakap "Waaa so tall ler dia. So tough also."
Hehehehe... "So debab" kataku...

Hari isnin kami bawa ayip ke DEMC untuk suntikan hepetitis B second dose.
Macam biasa sampai2 jer mesti kena timbang ayip.
Ayip yang tinggi dah terkeluar dari tray.
Kaki dia di hentak-hentak kat meja sampai bergoyang tray penimbang tu.
Berat ayip naik 800g dari 8.4kg kepada 9.2kg..
Hampir sekampit beras.
Patutlah lenguh tangan kalau dukung lama-lama.

Lepas dah siap ngan DEMC kami gi Sogo KL untuk shopping.
Shopping barang ayip juga.
Kali ni aku beli 2 bijik bantal besar untuk ayip dan sebijik buggy.
Konon-konon beli buggy untuk senang nak travel naik flight.
Tah nak kemana la kami ni berkapal-kapal bagai.. hahahahaha
Balik miri ok..
Lagi satu, buggy lebih ringan untuk diusung oleh aku kalau perlu bawa ayip ke umah pengasuh.
Bantal besar tu wajib dibeli sebab Ayip dah tak muat pakai bantal infant dia tu.
Dia dah nakal.
Kejap jer dah tergolek dari bantal.
Sebelum ni dia tido tak berbantal.
Tapi rasa kesian sebab bahu dah lebar, kepala jadi turun kebawah kalau mengiring.
So korbankan sikit dwet beli hak besar.

Ayip agak suka menjerit bila dia ngantuk.
Sepanjang di Sogo, suara dia bergema sesaja berteriak sebab dia ngantuk.
Ayip ni jenis tak boleh tido kalau ada yang berkeliaran sekeliling dia.
Jadi untuk sedapkan hati sendiri, dia menjerit.
Menjerit bukan menangis, tapi memang menjerit.
Macam-macam bunyi dia keluarkan.. Maaaa.. buuu... meii.. sumer keluar...

Percaya tak Ayip dah pandai panggil ma.. atau mam....
Kalau kita suruh dia sebut umi dia sebut mei...
Hehehehehe..
Suruh sebut abi jadi buuu...
Ekekekekekeke.....

Tuesday, October 20, 2009

Ayip di tempat Baru

Gaya tido tak ingat dunia. hehehehehe

Sejak semalam, Ayip duduk kat umah pengasuh baru.
Pagi aku antar dia, dia dah jaga.
Petang aku amik, dia tengah tido lena.
Lena sampai aku goyang pun dia tak bangun-bangun.
Pengasuh dia (Linda) kata, dari pagi sampai petang elok jer dia tido.
Pagi 8.30 dah tido sampai kul 11pagi.
Lepas mandi tido lagi sampai petang.
Lepas mandi petang tido lagi sampai time aku datang.
Hehehehehe... tenang nampaknya dia.

Semoga Ayip akan terus tenang selamanya.

Monday, October 19, 2009

Tak JADI SUMER!

Ayip yang suka bermain dengnan towel kecik. Tutup muka, tarik pelan-pelan dan buat muka manja atau excited.. Ba ba cak la tu kununnya.

Ayip tido kepenatan sementara menunggu Abi yang akhirnya sampai esok hari.

Pagi Sabtu, kononnya nak pergi gathering Ratuhati.com kat Shah Alam.
Tapi....
Hubby balik lambat.
Tak sempat nak gi..
Petang kononnya nak singgah umah terbuka Suealeen kat sg buloh.
Sekali abah call hp hubby.
Masa tu dah kol 12 tghari.
Hubby tgh mandi.
sian. Penat baru sampai dari Miri pagi tu.

Oleh kerana awalnya kami nak gi umah abah dulu sebelom beraya aku pun hantar sms kat SIL kata nak datang tengok Rayyan.
Sekalinya abah call tanya nak datang kul berapa?
"Kami ni nak gi hospital. Rayyan warded macam nak kena sawan."
Aku pun bagitau abah kalau gitu takperlah, Kita jumpa dihospital.
Makanya lepas hubby siap mandi kami trus gi HKL.
Rayyan tgh dalam pemerhatian.
MIL kata kaki tangan dia jek jek dan kebiruan.
Owhhh poor Rayyan...

Dengan matahari tegak atas kepala, kami bawa jer ayip yang tgh selsema tu ke HKL.
Sian dia berpeluh-peluh.
Mujur tadi kami keluar dia tetap memakai baju rumah.
Selesa la sikit.
Setelah selesai dengan hal hospital ingat nak gi Klinik antar Ayip.
Tapi sebelom tu biras aku belanja makan kat ali cafe jalan pantai bahru.
Selesai makan jam pun dah 3 lebih.
Dengan belom solat zuhur lagi.
Tapi kami singgah gak klinik.
Tengok-tengok klinik tutup.
Cuti deepavali.

Balik umah berkejaran siap itu-ini.
Tunggu kejap sebelom basahkan kepala dan badan ayip.
Aku takut Ayip demam.
Tengok-tengok dia ok jer.
Tido lena petang tu.
Dah dia lena tak sampai hati dah nak kejut.
Hubby pun penat semacam..
Last-last kami tak kemana..
Raya tidak, keluar pun tidak..

Malam tu aku dok pantau Ayip sepanjang masa.
Selsema dia kejap ok kejap tak.
Lalu aku taruk nasal spray.
Hubby pun selsema juga.
Tapi hubby ada ubat.
Lepas dia makan ubat, alhamdullilah selsema hilang.
Ayip juga tak sehat-sehat.

Hari Ahad, aku beli kunyit hidup yang muda.
Perah air dia dan taruk kat batang hidung Ayip.
Nampaknya ada berkurang sikit selsema dia.
Dia pun dah tak marah lagi bila menyusu.
Sebelom tu, bila nyusu jer dia marah, sebab sesak nafas nak sedut susu.
Perut sampai berkeriuk lapar.
Tapi nyusu sikit jer.
Maybe tak selera.
Pagi tu pulak aku bagi dia makan air kanji beras merah.
Dia makan 5-6 suap jer. pastu mengamuk tak nak..
Mungkin rasa tak sedap.
Sian anak umi.
Petang plak kan main lena dia tido.
Sampai nak mandikan pun kene gerakkan dia.
Berkali-kali dikacau baru bangun.
Lepas mandi tido balik.

Pagi ni aku hantar ayip kerumah pengasuh baru dia.
Nampaknya dia tak kesah.
Dia memberi senyuman manis pada umi linda dia.
Masa aku tinggalkan dia pun dia tak nangis macam biasa aku hantar ke rumah mak siah.
Rumah umi linda dia sunyi jer.
Kak Zulaikha masih tido.
Umi linda cakap, sampai tghari baru dia bangun.
Kakak Zulaikha lagi 2 orang sekolah.
Hmmm..
Harap-harap Ayip lebih tenang dan terbela bersama umi linda.
Semoga ayip gembira dikelilingi oleh 4 wanita cantik kat umah umi linda.
Hehehehehe.....