Tuesday, October 27, 2009

Kami dan cerita kami.

Ayip duduk dalam stroller sementara Abi dan umi makan kat sogo KL semalam.

Nak bercerita tentang kami dan cerita kami.
Ayip masih ada masalah dengan babysitter.
Umi ayip ni cerewet.
Rumah kotor, tak suka!
Suka lepak kat kedai ikan, tak suka!
Buat kotor baju-baju dan tilam bantal ayip, Tak suka!

Sejak hari khamis ayip selsema.
Mula-mula ingat selsema macam biasa. Sikit-sikit.
Tapi malam tu Ayip tak boleh nak tido lena.
Tak mahu menyusu.
Hidung dia sumbat.
Suara ayip dah lain. Sengau!
Manja ayip terlebih-lebih..
Aku taruk minyak ue kat dada.
Aku taruk nasal drop kat hidung.
Lega sekejap.
Bila pagi dia sumbat lagi..
Hmmmm....

Jumaat petang aku amik ayip bersama sarung tilam dan bantalnya.
Kotornyerrr tilam bantal ayip!
Penuh dengan kotoran coklat seakan-akan darah ker coklat?
Ker water colour?
Tahlah...
Baju ayip comot dengan kesan kuning seperti kunyit dan kesan coklat yang sama.
Bila aku basuh ngan nappikleen, kotoran itu tak hilang.
Lalu aku basuh dengan dynamo dan berus pakai tangan.
Tetap tak hilang.
Stroller Ayip, macam kena kuah laksa.
Kat basket ada bau hanyir macam darah ikan.
Beg ayip berminyak dan berkesan kotor.
Semuanya aku basuh hari itu juga.

Hari sabtu, ada kawan kata nak datang umah.
Aku masak rendang ayam dan nasi impit.
Tapi akhirnya kawan tu tak jadi datang.
Rendang terpaksa dimakan sendiri olehku dan hubby.
Sampai petang aku menjulur, berguling, meniarap dan merangkak bersama Ayip.
Namun kawan ditunggu tak kunjung tiba.
Akhirnya aku menjalankan operasi mencari babysitter baru.
Selsema Ayip masih tak berubah walau setelah ku taruk kunyit dibatang hidungnya.

Hari ahad pagi, aku dan hubby berkejaran disubuh pagi menyedut hingus ayip dan menyapu minyak.
Subuh-subuh lagi dia dah mengamuk.
Perut Ayip berkeriuk lapar.
Tapi bila dibagi susu dia sedut sekali dua lepas tu dia tepis.
Susah nak bernafas rasanya. Sebab dia jadi tercungap-cungap lepas menyedut susu.
Lepas disedut hingus baru dia nyusu macam biasa sambil buat bunyi paling manja.. hahahahaha..

Tengahari kami keluar ke littlewhiz.com di Setia Alam.
Sebelom tu kami bertiga singgah kat ali cafe di pantai bahru untuk makan tengahari.
Ayip yang memang mudah berpeluh dah basah belakang.
Baru jer dia nak tido, dah sampai littlewhiz plak.
Dah jaga dah...
Hubby beli seterilizer avent, mainan spider besar dan mainan tangan untuk Ayip.
Ni sumer gara-gara seterilizer little bean aku dah rosak.
Cadang nak beli bumbo sekali.
Tapi bila try letak Ayip kat bumbo tu, hampir tak boleh masuk.
Nyonya tuan punya kedai cakap "Waaa so tall ler dia. So tough also."
Hehehehe... "So debab" kataku...

Hari isnin kami bawa ayip ke DEMC untuk suntikan hepetitis B second dose.
Macam biasa sampai2 jer mesti kena timbang ayip.
Ayip yang tinggi dah terkeluar dari tray.
Kaki dia di hentak-hentak kat meja sampai bergoyang tray penimbang tu.
Berat ayip naik 800g dari 8.4kg kepada 9.2kg..
Hampir sekampit beras.
Patutlah lenguh tangan kalau dukung lama-lama.

Lepas dah siap ngan DEMC kami gi Sogo KL untuk shopping.
Shopping barang ayip juga.
Kali ni aku beli 2 bijik bantal besar untuk ayip dan sebijik buggy.
Konon-konon beli buggy untuk senang nak travel naik flight.
Tah nak kemana la kami ni berkapal-kapal bagai.. hahahahaha
Balik miri ok..
Lagi satu, buggy lebih ringan untuk diusung oleh aku kalau perlu bawa ayip ke umah pengasuh.
Bantal besar tu wajib dibeli sebab Ayip dah tak muat pakai bantal infant dia tu.
Dia dah nakal.
Kejap jer dah tergolek dari bantal.
Sebelum ni dia tido tak berbantal.
Tapi rasa kesian sebab bahu dah lebar, kepala jadi turun kebawah kalau mengiring.
So korbankan sikit dwet beli hak besar.

Ayip agak suka menjerit bila dia ngantuk.
Sepanjang di Sogo, suara dia bergema sesaja berteriak sebab dia ngantuk.
Ayip ni jenis tak boleh tido kalau ada yang berkeliaran sekeliling dia.
Jadi untuk sedapkan hati sendiri, dia menjerit.
Menjerit bukan menangis, tapi memang menjerit.
Macam-macam bunyi dia keluarkan.. Maaaa.. buuu... meii.. sumer keluar...

Percaya tak Ayip dah pandai panggil ma.. atau mam....
Kalau kita suruh dia sebut umi dia sebut mei...
Hehehehehe..
Suruh sebut abi jadi buuu...
Ekekekekekeke.....

No comments: