Monday, December 28, 2009

Hanya kita berdua


Selongkar jangan tak selongkar.


Dah pandai pegang botol susu sendiri.


Suka sgt duk kat kaki umi..


Demam-demam pun tetap cergas makan remote control.

Ni minggu ketiga aku cuti hari jumaat.
Bererti cuti 3 hari seminggu.
Sesuatu yang sangat mengembirakan Ayip.
Tak perlu mengawal gerak jarinya, tak perlu meleleh air mata dimarahi mak pah.
Tapi dak ayip ni klakar, suka panggil mak pah..
Dia pandai sebut "Ma Pah". hehehehe

Hari jumaat, cadang nak amik alden.
Tapi beliau ada kamping ngan rakan-rakan. last minute plan.
Takpalah, budak muda nak berseronok.
Abi ayip pepagi lagi dah chow tinggalkan ayip dan umi semata-mata nak teman mak abah dia dan adik pempuan dia ke JB umah adik dia kat sana.
Ayip dah mula menunjukkan tanda2 akan demam.
Hidung sikit sumbat.
Cepat-cepat aku letak nasal drop.
Alhamdullilah dia tak jadik selsema.
Hari kami berdua sibuk dengan kerja kejar mengejar sambil berebut kain baju yang nak dilipat, tilam bantal yang nak dikemas..
Badan ayip agak suam. Tapi suhu masih ok below 37.3 celcius.
Ayip kejap-kejap tengok pintu. Tunggu abi balik.
Sian ayip. Bangun tido jer mesti pandang kat sofa tpt abi selalu baring. Lama dia tenung sebelum tgk muka aku.
Mintak jawapan ler tu agaknya.
Petang tu hujan turun agak lebat.
Lepas mandi ayip terus tido sampai maghrib.
Bangun tido tgk sofa lagi. Pandang pintu lagi lalu ku katakan padanya;
"Abi tak balik malam ni. Abi tak cayang awak. Dia cayang mak dia jer."
seperti faham, dia tak mencari lagi selepas itu hingga ahad!

Hari sabtu pagi, aku bangun awal mcm biasa.
Sekali pas solat nak cuci tangan nak pam susu tgk air dah kecik.
Sah pam tangki rosak lagi.
Bangga tul duk umah ni..
Takpa, aku teruskan kerja pam susu sebelom angkut air dari pili bomba depan umah.
Lepas isi penuh sebaldi besar aku tersandar keletihan.
Baru teringat yang parut c-zer masih berbisa..
Baru terasa, adoh sakitnyer perut ni rasa nak terburai lukanya..

Masuk bilik tgk ayip.
Tido tertiarap. Aku rasa dahi dia, makin panas..
Tgk suhu 37.2 lagi..
Selera makan dia tetap ok.
Tetap cergas, merayap seluruh rumah dan mengetuk2 semua remote yang dijumpai atas lantai.
Malah dah pandai menyelongkar benda2 atas sofa dan rak tv juga..
Jenuh ler aku menyelamatkan dia dari segala bahaya.
Pantang nampak wayar dan tali, laju jer kejar dan tarik.
Petang tu lepas bangun tido aku rasa badan dia panas membahang.
Cek suhu tgk 37.6
Wah tinggi..
Demam..
Terus masukkan cool fever dalam peti sejuk dan bagi ayip susu dan ubat demam.
Lepas mandi petang pakaikan dia cool fever.
Sib baik malam demam dah kebah.
Jenuh gak paksa dia minum susu fresh dari badan..
Nampak 'B' cam nampak hantu.. hehehehe...

Anak umi yang semakin bijak ni dah pandai mengomel.
Bila ada yang kiter  rampas dari dia mula la mulut dia bising menyebut perkataan2 yang tak tahu apa maknanya.
Macam2 bunyi yang keluar dengan muncungnya yang memanjang.
Dia langsung tak takut ngan umi.
Kalau umi babab tangan dia, dia babab tangan umi balik.
Kalau tangan umi tak dapat, dia babab lantai.
Hehehehe..
Sabtu malam dia tido lena.
Tido kul 11.
kul 6.30 baru bangun mintak susu.
Tapi sebelom tido nak kene urut dulu bahu dan belakang dia, baru leh tido.
Lenguh agaknya asyik merayap.

Ari ahad Ayip dah tak demam.
Tapi peelnyer dah bertambah lucu dan nakal.
Kemana aku pergi, dia akan ikut merayap sekali.
Aku ke dapur dia kedapur, aku ker bilik dia ke bilik.
Siap mendengus-dengus bunyi sebab nak lajukan kayuhan dia..
abi dia lak balik lambat.
kul 6 lebih baru sampai.
dianya pun dah taknak kawan abi.
Asik cari umi manjang.
Alahai anak umi



Wednesday, December 16, 2009

KISAH SUSU DAN HAKU.


Buah ati pengarang jantung umi yang selalu mintak susu..


My brand new ameda lactaline dual personal.. Superbb


My 7 month spectra3. Super superbbb!!!


Bekal susu ayip nak bawa ke umah Babysitter. Termasuklah yang dlam warmer tu untuk minuman ayip on the way ker umah Babysitter atau before ke umah babysitter.



Sedar tak sedar dah 7 bulan 3 minggu aku menyusukan Ayip dengan susu badanku sendiri.
Sesuatu yang pada mulanya aku tak yakin aku mampu buat.
Lebih tak yakin bila Ayip bukanlah jenis direct breast fedding yang mana menjadikan aku seorang exsclusif Pumping mommy.
Every morning at 6.30 or latest 7 am aku akan pump susu dan simpan ke dlam fridge.
Lepas pump kene pulak cuci dan seteril segala peralatan dan botol-botol..
Lepas tu kene keringkan dan masukkan ke dalam cooler bag untuk dipunggah ke opis pulak..
Tapi itu kisah sebelum dapat ameda..
Sekarang tugasku dah ringan sikit..
Aku cuma perlu pump, simpan, cuci dan seteril peralatan spectra untuk diguna semula petang dan malam nanti.
Peralatan yang nak bawa ker opis adalah milik ameda yang mana dah pun siap dicuci dan kering pada malamnya.
Tinggal nak simpan dalam cooler bag saja.
Thanks to Avent seterilizer dan kipas angin national yang banyak membantu aku membasmi kuman dan mengering semua peralatan.

Tengahari pada masa lunch, sejak 6 bulan lepas aku akan turun ke surau di tingkat 3 dan pump susu selama 15 - 20 minit sebelom berkejar pergi lunch kat gerai depan building opis.
Lepas makan berkejar balik naik surau untuk solat.
Since bersalin baru sekali jer aku period, thats means full time prayer..I like that.
Petang biasanya aku pump sekali lagi kat umah dengan spectra 3 yang hebat tu juga..
begitulah rutin hidup aku sejak ada ayip..

Dan untuk itu, aku tekad untuk membeli sebiji lagi pump susu untuk kegunaan di opis dan bawa balik kampung atau jalan kemana-mana..
Hasilnya aku sambar sebiji ameda dengan KOS HANYA RM599 (promosi hujung tahun kat momslittleones.com)
Sangat berbaloi-baloi..
Aku nak kasi review sikit kat sini pasal kedua-dua mercedez brabusku ini.. hehehehe

my new AMEDA Lactaline Dual..
Hasilnya sama seperti menggunakan spectra.
Kelajuan mengepam untuk dapat banyak ni, 10 minit sahaja.
Bunyi dia lebih senyap dibanding spectra.
Boleh adjust vacuum dan cycle..
So that means.. boleh letak berapa expression mengikut suka..
Tidak terhad kepada 2 ekpressi sahaja..
Dah try guna batteri juga,.
Tahan sampai 5-6 kali pump masih tak kiok bateri aku..
Kelemahan dia cuma satu, adapter besau giler dan non BPA free..
Tak kesahlah, aku pump pakai botol MLO..
Tidak menyakitkan nipples dan paling penting double pump bebebh.
Jimat masa. Aku bagi rate 4.5 of 5


PUAN KE ENCIK spectra 3 yang telah 7 bulan berkhidmat untuk aku..
Seperti semua tahu, S3 adalah antara pump yang tahan lasak dan menyumbang kepada pengeluaran susu yang lumayan.
Setakat ini pump ini dah 4 kali tergolek.
2 kali jatuh dari meja, 2 kali jatuh dari seat kereta.
Tapi alhamdullilah dia masih steady dan tak pernah mengecewakan.
Tidak meyakitkan nipples.
Boleh buat single atau double..
 Kelemahan dia, besar dan berat, tak boleh dioperate dengan menggunakan bateri.
Bererti payah nak bawa jejalan ke tempat yang takder power source..
Aku bagi rate 4.5 of 5 juga...
Dua-dua macam mercecez brabus pada aku.

Ayip sekarang dah bertambah banyak minumnya..
Kalau dulu aku cuma perlu bekalkan 12oz jer untuk pengasuh dia.
Sekarang aku perlu sediakan 18oz pula..
Stok yang berbaris dalam peti sejuk tu dah agak susut sikit, tapi masih mampu berdiri setanding permintaan.
Kos beli susu tin ayip juga semakin kurang.
Kalau dulu, abi kene beli 3-4 tin sebulan.
Sekarang cuma perlu beli 2 tin sahaja..
Kat rumah BS dah 2 bulan still tak sampai setengah lagi susu ayip berganjak.
Thanks to motilium, habatus sauda, milelia soy milk, anmum lacta, horlick, Quaker oats, spectra3, ameda lactaline dual dan Abi ayip yang banyak memberi sokongan perut dan moral.

Dengan adanya semua ini, aku harap ayip akan terus membesar dengan sihat dan kuat.
Terus cerdas dan bijak dan notti..
Hehehehe..
P/S: ayip dah ada 2 batang gigi bawah dan dia tak demam pun masa tumbuh gigi tu?
Meragam pun idak...
Such a strong boy. Thanks a lot (tak terhitung) to Allah SWT kerana mengurniakan aku dengan anak yang baik, kuat dan sihat itu..
Umi love ayip so much and will do whatever needs for your good.

Monday, December 14, 2009

Gigi On the move..



Termenung pulak mengintai pintu. Tunggu abi tak balik-balik dari library.



Hi Umi..Nampak muka risau ayip ni?




Play time.. Banyaknyerr.. mana satu nak pilih ni.




Kalau dah dapat sesuatu, bersungguh-sungguh muka dia. Sampai muncung mulut..

Hujung minggu Ayip sangat meriah..
Meriah dengan kasih dan manja umi.
Umi cuti hari jumaat. Abi pun cuti gak. Tapi Abi kene gi library untuk study.
Ayip yang baru tumbuh gigi, sibuk mengigit kesemua benda yang dia jumpa.
Ayip baru menampakkan 2 batang gigi depan bawah.
Gigi Ayip tajam.
Halus dan kuat.
Semalam ayip gigit umi sampai kuar air mata menahan.
Sampai berbekas jari umi.

Bukan tu saja, Ayip dah mula pandai bergerak kedepan atau orang panggil menyulur.
Sesekali dia angkat badan kemudian jatuh semula.
Ada kala bila dia terlalu excited dia akan tergolek sampai terbaring.
Bila dah terbaring mesti ler sakit kepala.
Harus ler nangis sikit.
Hmmm rasa nak babab pun ya gak..

Sabtu abi ada exam.
Since pagi abi gi opis study dan exam on 2pm.
Ayip dan umi macam biasa, mandi, makan, minum susu dan tido seperti selalu.
Tapi... Ayip kene cirit birit sikit.
Sehari tu 4 kali dia poopoo..
Tapi tak plak dia nangis sakit perut.
Cuma, dia nampak lemah dan kurang bersemangat.
Kurang nakal juga..
Sian anak umi. Agaknya kerana makan sayur bayam merah yang umi bagi since jumaat.
Petang tu, umi tuam perut Ayip dengan lampin panas dan sapu vick kat belakang pinggang ayip.
Alhamdullilah Ayip tak yayak lagi.
Dan yang paling best dia mula mengejar kesemua benda di rumah yang ada diatas lantai.
Kaki meja adalah sasaran yang sangat menarik bagi dia..


Ahad, kami semua dirumah.
Abi study sambil jaga ayip sementara umi masak lunch..
Ayip terjerit-jerit dalam buai.


Monday, December 7, 2009

Bersamamu



Dah lama tak update blog dek kerana kebusian umi bekerja.. (Chet kunun)
Ok .. Kita mulakan dengan progress Ayip.
Ayip dah pandai angkat badan.
Dah nak merangkak.
Semalam dia buat aksi merangkak dan jatuh semula beberapa kali.

Tangan ayip semakin pantas mencapai apa-saja yang terlihat dan terhidang didepannya..
Pagi ini, dia gaduh ngan umi pasal dia berebut nak amik tali beg dia, tali beg pam susu umi, chargers umi dan last sekali thumbler susu dia.
Bila umi rampas, ayip jerit kuat-kuat dan bantai tangan umi dengan tangan dia..
See garang kan anak umi..

Semalam juga dia begitu.
Marahkan umi yang tak bagi dia pegang mangkuk bubur dia sendiri.
Kuat dia jerit dan tangan terus jer laju pukul lengan umi..
Huu.... Kene lakukan sesuatu untuk  buat dia tak berkelakuan garang begitu..
Abi kata, perangai ayip banyak ikut umi.
Abi kata Ayip dan umi tak boleh mengalah, garang dan kurang sabar.
Abi kata Ayip dan umi kalau nak sesuatu, tak boleh dibantah.
Yer ker gitu Ayip?
Hehehehehehe.....

Ayip ada peel yang sangat menarik.
Kalau tido malam, dia mesti nak himpit kat umi..
Harus duduk bawah ketiak umi dengan hidung terletak dibucu bantal umi.
Kalau umi tak ada, dia sandar badan dia kat bahu abi pulak..
Pendek kata, dia mesti nak sandarkan badan kat orang masa tidur.

Ayip suka makan bubur nasi dibanding Infant cereal.
Pagi, biasanya umi bagi Infant Cereal nestle gold apple rica e and cranberries kat ayip.
Tapi dia makan sikit jer.
Jarang habis.
Tengahari pulak,umi bagi bubur nasi lauk ikan, bayam dan carrot.
Hampir penuh mangkuk baby dia makan.
Minum air masak pun banyak..
Good Boy anak umi ni tau..
Tapi berat ayip taklah naik sangat, sebab kelasakan dia.

Letak jer atas tilam, terus terbalik dan berpusiang merata ruang tamu.
Umi dan abi pun boleh kurus dek kerana asyik mengejar ayip.
Semoga Ayip terus membesar dengan tenang, aktif dan sihat sentiasa..
Umi sayang ayip so much... Muachhhh