Monday, February 21, 2011

mandi dan tidorrr

Kalau suruh tido ginilah rupanya.. berkerut seribu muke

kalau suruh mandi plak selagi tak kecut jari jemari tak keluar lagi. 


Ini budak, sangat susah nak tidur.
Nak tengok dia tidur dikalangan orang ramai?
Jangan harap..
Ngantuk camana gaya pun dia takkan tidur.
Dia hanya akan tidur kalau ngantuk sangat, bawak masuk kereta start enjin dan jalan.
Kalau takat masuk keta dan on aircond idak ler dia heran..
Tetap gigih bermain..
Mujur juga waktu malam dia mudah lena.
masuk jer bilik, tukar baju seluar drypers semua.
Bekal susu itu wajib sekurang-kurangnya 5 oz.
Nanti dia akan berborak macam2 stori dengan bahasa dia.
Kejap-kejap dia salam kita, kiss kita.
Kejap2 dia mengeleser badan kekiri kekanan, keatas kebawah..
Tiap kali dia bergerak dia akan cakap Aahakbar (Allahuakbar)..
hehehe lama-lama dia tido ler berakhir di sandaran bahu saya biasanya.

Tapi kalau suruh mandi...
Laju sungguh dia tanggalkan seluar baju.
Selagi tak kecut jari tak keluar.
jenuh dipujuk ditakutkan nak nak (Tak nak) kata dia..
Ugut la lagu mana tak mau juga tuh keluar bilik air..
hish hish ish...
Tapi dak ni takut air sejuk.
Bagi air sejuk menangis ler dia.. hahahahaha
semalam ku nak kasik dia keluar dari bilik air, kupasang gak shower sejuk tuh..
Nangis melelah airmata koo. hahahahaha
Tapi tak juga keluar sebab dalam besen tu air suam.. hishhh gagal.
Sudahnya angkat jer keluar..
Sekarang memandikan dia banyak diambilalih oleh abi dia sebab kepayahan ibu mengandung mencangkung dan kepayahan mengangkat dia..

Tak sabar juga menunggu junior berumur setahun lebih. boleh ajak derang mandi manda air terjun.
Harap2 masa tu tikus dah tak kencing disungai lagi.. hehehehe

lawatan ke rumah sakit

Aku konpius, sapa yang sakit benarnya? hahahahah yang sorang tu bersweater ditghari buto..


Alkisah, pada hari sabtu 19 Feb 2011 kami ke hospital selayang sekejap melawat puteri kecil yang sedang sakit ini.
Alhamdullilah, saya tak perlu melihat dia dengan wayar yang berselirat dah jarum yang terpacak ditangan sebab semua dah dicabut.
Tapi saya menguatkan hati memandang wajah mama dia yang bercerita tentang bagaimana dia dibawa kehospital dan keadaan dia semasa dirawat.
Hancur luluh hati mendengar.. Tapi tetap kontrol macho. Takleh nangis walaupun dah hampir bergenang airmata..
Terbayang kalau diri berada ditempat dia.. huwaaaaaaaaaaaaaa.. Ya Allah kurniakanlah kesihatan yang baik buat anak-anakku Amin...

Dak Ayip, hmmm Ayiplah juga walau dimana dia berada..
pantang nengok belon.
Belon ketot sarah pun dirembatnyer.. cettt buat malu umi sungguh.
Tak cukup dengan itu, sewaktu keluar dari hospital yang terhidang kedai gift dibawahnya, mintak lagi sekor belon.
Which is, tak sampai sehari dah bocok (bocor) bak kata dia..
kann memang suka meranapkan duit umi dak nih. Tak apa.. dia anak yang baik.

Sekembali dari hospital kami carik nasik ayam.
Jauh nih mencarik nasik ayam. memula ingat nak pi melawati. tapi jem tahap berjambul lalu menukar arah ke bangsar.
Kedai bukak tapi nasik ayam ilek. abis suda..
Kendian ke pantai dalam pulak. dapatlah nasi ayam dengan nasik tambah.
Ayip mmg suka banget nasi ayam tu yang beli nasik tambah.
Jenuh gak bergaduh ngan dia time makan.
kerja nak makan timun.
Kita tu takut dia tercekik.
Hishhhh.. tak apa, dia anak yang comel dan pandai.


Petang itu dia tidur lena tanpa peduli dengan kebisingan budak2 bermain kat luar.
mujur dia bangun betul2 5-6 minit sebelum maghrib..
kalau tak harus mengamuk dibangunkan tuh.
(lagi sekali suka buat entri bercampur baur