Monday, February 21, 2011

lawatan ke rumah sakit

Aku konpius, sapa yang sakit benarnya? hahahahah yang sorang tu bersweater ditghari buto..


Alkisah, pada hari sabtu 19 Feb 2011 kami ke hospital selayang sekejap melawat puteri kecil yang sedang sakit ini.
Alhamdullilah, saya tak perlu melihat dia dengan wayar yang berselirat dah jarum yang terpacak ditangan sebab semua dah dicabut.
Tapi saya menguatkan hati memandang wajah mama dia yang bercerita tentang bagaimana dia dibawa kehospital dan keadaan dia semasa dirawat.
Hancur luluh hati mendengar.. Tapi tetap kontrol macho. Takleh nangis walaupun dah hampir bergenang airmata..
Terbayang kalau diri berada ditempat dia.. huwaaaaaaaaaaaaaa.. Ya Allah kurniakanlah kesihatan yang baik buat anak-anakku Amin...

Dak Ayip, hmmm Ayiplah juga walau dimana dia berada..
pantang nengok belon.
Belon ketot sarah pun dirembatnyer.. cettt buat malu umi sungguh.
Tak cukup dengan itu, sewaktu keluar dari hospital yang terhidang kedai gift dibawahnya, mintak lagi sekor belon.
Which is, tak sampai sehari dah bocok (bocor) bak kata dia..
kann memang suka meranapkan duit umi dak nih. Tak apa.. dia anak yang baik.

Sekembali dari hospital kami carik nasik ayam.
Jauh nih mencarik nasik ayam. memula ingat nak pi melawati. tapi jem tahap berjambul lalu menukar arah ke bangsar.
Kedai bukak tapi nasik ayam ilek. abis suda..
Kendian ke pantai dalam pulak. dapatlah nasi ayam dengan nasik tambah.
Ayip mmg suka banget nasi ayam tu yang beli nasik tambah.
Jenuh gak bergaduh ngan dia time makan.
kerja nak makan timun.
Kita tu takut dia tercekik.
Hishhhh.. tak apa, dia anak yang comel dan pandai.


Petang itu dia tidur lena tanpa peduli dengan kebisingan budak2 bermain kat luar.
mujur dia bangun betul2 5-6 minit sebelum maghrib..
kalau tak harus mengamuk dibangunkan tuh.
(lagi sekali suka buat entri bercampur baur

No comments: