Friday, February 18, 2011

KEQ

german cheese cake
Kata kek itu sambil merenung tepat ke mata saya:
"Puan, saya tidak bertangggungjawab ke atas kegemukan, kesihatan serta kelayuan mata puan sesudah membaham saya"
Eleh macam la saya tak tau niat kamu wahai keq.
Kamu takut saya makan kamu kan?
Saya mana peduli?
Saya ambik kamu tanpa memikirkan masa depan kamu dan diri saya dari chiller Kings Confictionery cawangan PJ OLd Town lalu dibawak ke kaunter bersama roti-roti lain dan dibayar.
Saya tunggu pukul 3 petang untuk membukak kamu dari pembalut dan mengambil sudu plastik dan makan..
Muahahahaha..
Sori la keq.
Tadi kamu cantik.
Sekarang tak dah..
Tak tau ler camana rupa kamu didalam perut saya.

Si kecik didalam perut pula bukan main gumbira menari-nari..
Sayang Junior, pelan sikit tau kalau sepak kat bahagian bawah rahim umi.
Sakit..
Itu Abang Ayip punya peninggalan untuk umi.
Kekal punya kasih dan cinta dari abang Ayip.
Dalam masa sebulan lebih atau 2 bulan lagi, kamu pula yang akan menambah kesan cinta kekal itu ditempat sama.
Err betul ke ditempat sama?
Adehh sakit la kan..
Tak apa. kejap jer sakitnya.
Yang penting kamu juga bisa keluar dengan selamat dan sihat sama seperti abang Ayip.
 Lepas tu membesar pula kamu berdua menjadi anak yang soleh/solehah serta berbakti kepada bangsa dan agama kamu.
Dewasalah kamu berdua menjadi insan cemerlang dan bertaqwa..
Umi sentiasa menemani perjalanan kamu berdua baik dari dekat maupun jauh.
Jika ditakdirkan umur umi tak panjang, insya Allah umi akan bekalkan sebanyak-banyak doa buat kamu berdua.

Kadang-kadang saya heran: cerita lain boleh menjadi lain selainnya bila sampai kehujung jari umi.
hishhh

3 comments:

Bonda Mawar said...

nape kene c-sec gaks eks cik puan aris?

Christina Arissa said...

wooo.. kenapa ek? sebab den punya tulang pelvik sempit. Walaupun muntot besau.. aneh kan hahahaha

Christina Arissa said...
This comment has been removed by the author.