Wednesday, October 28, 2009

Babysitter

Nakalnya beliau. Sampai ke tikar dia menjalar.

Aku masih belum selesai dengan hal babysitter.
Babysitter terbaru ni buat aku hangin satu badan.
Tapi ku malas nak cerita panjang-panjang kenapa.
Yang penting aku tak berkenan dengan cara dia handle Ayip.
Lalu, atas dasar rasa tangunggjawab dan kasih kepada Ayip, aku cari babysitter baru.

Mula-mula aku iklankan kat rumah.
Aku dapat seorang babysitter muda.
Umur 21 tahun. Baru kahwin setahun dan belum ada anak.
Dia bersungguh-sungguh nak jaga Ayip.
Tiap-tiap ari sms atau call bertanyakan boleh ker tidak dia jaga.
Aku dah jumpa dia.
Umah bersih, orangnya mesra.. Namun... Hubby kurang percaya..

Lalu aku tanyakan rakan office tentang babysitter yang menjaga anak dia.
Katanya babysitter dia sakit.
Ada kencing manis tahap kronik.
Tapi dia memberi aku nombor bekas babysitter dia yang lama.
Duduk dikawasan sama.
Pagi-pagi lagi aku call makcik itu.
Malangnya dia dah ada 2 baby kecik yang dia jaga.
Makcik itu kedengaran sangat lembut ditalian.
Katanya sebelum aku mula berputus asa
"Adik nak babysitter yang betul-betul jaga ker sekadar jaga? Kalau sanggup bayaran mahal makcik ada kenal seorang. Tapi mahal la yer."
Aku kata aku tak kisah tentang harga yang penting anakku terbela dan jadi insan berdisiplin.
Lalu makcik itu bagi aku nombor telepon dan nama kawannya itu.

Time tu juga aku call Kakak ni (actually sesuai dipanggil makcik. Tapi dia bahasakan dirinya kak pah).
Soalan pertama yang dia soal aku ialah Mana dapat no telefon I ni?
Aku pun kata makcik .... bagi.
Kemudian kami berdialog melalui telefon tentang harga yang mahal dan karenah yang dia tak mahu.
Tegas bunyi nadanya.
Selepas habis kerja, aku dan hubby pergi ke rumah dia.
Tak jauh dari oficce.
Jalan kaki 3-4 minit dah sampai.

Sampai dirumahnya perkataan pertama aku.
Cantik dan kemasnya rumah ni..
Didepan pintu seorang wanita separuh baya berbadan tegap dan tinggi.
Berwajah mancung ala-ala arab atau pakistan.
Dari raut wajahnya kutahu dia seorang yang garang.
Dia persilakan kami masuk dan duduk.
Soalan pertama dia
"So apa cerita anak you?"
Hehehehe
Aku pun stori segala-gala tentang ayip dan Babysitter lamanya kepada dia.
Dia kemudian memberitahu aku yang dia agak garang dengan anak-anak yang dia jaga.
Aku dapat lihat pada baiknya 2 anak kecil yang dijaganya saat itu. Sangat sopan!
Keperluan seperti tilam, baby cot bantal semua dah ada dia sediakan.
Makanan baby dia sediakan.
Yang perlu aku bawa cuma baju dan toileteries serta susu Ayip jer.
Dia kata lagi, kalau baby susah nak tido, dia terpaksa masukkan dalam buai.
Tapi tak perlu risau katanya, sebab baby ada stage dia akan ajar tidur kat bawah pula.
Dia bagitau aku yang dia akan ajar cara bercakap bahasa english dan bahasa melayu yang betul pada Ayip since baby.
Waktu asar dia bawa ke masjid mengaji dan solat berjemaah.
Petang dia akan walk in anak-anak itu dihalaman rumah dia yang indah tu..

Hubby nampaknya puas hati.
Aku juga begitu.
Dalam keadaan aku yang serba serbi tak tahu tentang agama, aku perlukan sokongan begini.
Aku suka cara dia yang tegas dengan anak-anak.
Sekurang-kurangnya Ayip taklah nakal sangat nanti harapnya..
Dan advantage bila dia tahu english lebih baik dari kami kedua ibubapanya..
Aku katakan pada kak pah, kalau dia nak jumpa ayip kami akan datang hari ahad petang.
Dia kata ok.

Alhamdullilah, akhirnya aku temui apa yang aku demandkan sangat selama ini.
Pejamkan mata jer time bayar nanti. Hahahaha
nampaknya umi ayip semakin pokai...
Harap-harap naik ler gaji. Seratus pun jadiklah...


Tuesday, October 27, 2009

Kami dan cerita kami.

Ayip duduk dalam stroller sementara Abi dan umi makan kat sogo KL semalam.

Nak bercerita tentang kami dan cerita kami.
Ayip masih ada masalah dengan babysitter.
Umi ayip ni cerewet.
Rumah kotor, tak suka!
Suka lepak kat kedai ikan, tak suka!
Buat kotor baju-baju dan tilam bantal ayip, Tak suka!

Sejak hari khamis ayip selsema.
Mula-mula ingat selsema macam biasa. Sikit-sikit.
Tapi malam tu Ayip tak boleh nak tido lena.
Tak mahu menyusu.
Hidung dia sumbat.
Suara ayip dah lain. Sengau!
Manja ayip terlebih-lebih..
Aku taruk minyak ue kat dada.
Aku taruk nasal drop kat hidung.
Lega sekejap.
Bila pagi dia sumbat lagi..
Hmmmm....

Jumaat petang aku amik ayip bersama sarung tilam dan bantalnya.
Kotornyerrr tilam bantal ayip!
Penuh dengan kotoran coklat seakan-akan darah ker coklat?
Ker water colour?
Tahlah...
Baju ayip comot dengan kesan kuning seperti kunyit dan kesan coklat yang sama.
Bila aku basuh ngan nappikleen, kotoran itu tak hilang.
Lalu aku basuh dengan dynamo dan berus pakai tangan.
Tetap tak hilang.
Stroller Ayip, macam kena kuah laksa.
Kat basket ada bau hanyir macam darah ikan.
Beg ayip berminyak dan berkesan kotor.
Semuanya aku basuh hari itu juga.

Hari sabtu, ada kawan kata nak datang umah.
Aku masak rendang ayam dan nasi impit.
Tapi akhirnya kawan tu tak jadi datang.
Rendang terpaksa dimakan sendiri olehku dan hubby.
Sampai petang aku menjulur, berguling, meniarap dan merangkak bersama Ayip.
Namun kawan ditunggu tak kunjung tiba.
Akhirnya aku menjalankan operasi mencari babysitter baru.
Selsema Ayip masih tak berubah walau setelah ku taruk kunyit dibatang hidungnya.

Hari ahad pagi, aku dan hubby berkejaran disubuh pagi menyedut hingus ayip dan menyapu minyak.
Subuh-subuh lagi dia dah mengamuk.
Perut Ayip berkeriuk lapar.
Tapi bila dibagi susu dia sedut sekali dua lepas tu dia tepis.
Susah nak bernafas rasanya. Sebab dia jadi tercungap-cungap lepas menyedut susu.
Lepas disedut hingus baru dia nyusu macam biasa sambil buat bunyi paling manja.. hahahahaha..

Tengahari kami keluar ke littlewhiz.com di Setia Alam.
Sebelom tu kami bertiga singgah kat ali cafe di pantai bahru untuk makan tengahari.
Ayip yang memang mudah berpeluh dah basah belakang.
Baru jer dia nak tido, dah sampai littlewhiz plak.
Dah jaga dah...
Hubby beli seterilizer avent, mainan spider besar dan mainan tangan untuk Ayip.
Ni sumer gara-gara seterilizer little bean aku dah rosak.
Cadang nak beli bumbo sekali.
Tapi bila try letak Ayip kat bumbo tu, hampir tak boleh masuk.
Nyonya tuan punya kedai cakap "Waaa so tall ler dia. So tough also."
Hehehehe... "So debab" kataku...

Hari isnin kami bawa ayip ke DEMC untuk suntikan hepetitis B second dose.
Macam biasa sampai2 jer mesti kena timbang ayip.
Ayip yang tinggi dah terkeluar dari tray.
Kaki dia di hentak-hentak kat meja sampai bergoyang tray penimbang tu.
Berat ayip naik 800g dari 8.4kg kepada 9.2kg..
Hampir sekampit beras.
Patutlah lenguh tangan kalau dukung lama-lama.

Lepas dah siap ngan DEMC kami gi Sogo KL untuk shopping.
Shopping barang ayip juga.
Kali ni aku beli 2 bijik bantal besar untuk ayip dan sebijik buggy.
Konon-konon beli buggy untuk senang nak travel naik flight.
Tah nak kemana la kami ni berkapal-kapal bagai.. hahahahaha
Balik miri ok..
Lagi satu, buggy lebih ringan untuk diusung oleh aku kalau perlu bawa ayip ke umah pengasuh.
Bantal besar tu wajib dibeli sebab Ayip dah tak muat pakai bantal infant dia tu.
Dia dah nakal.
Kejap jer dah tergolek dari bantal.
Sebelum ni dia tido tak berbantal.
Tapi rasa kesian sebab bahu dah lebar, kepala jadi turun kebawah kalau mengiring.
So korbankan sikit dwet beli hak besar.

Ayip agak suka menjerit bila dia ngantuk.
Sepanjang di Sogo, suara dia bergema sesaja berteriak sebab dia ngantuk.
Ayip ni jenis tak boleh tido kalau ada yang berkeliaran sekeliling dia.
Jadi untuk sedapkan hati sendiri, dia menjerit.
Menjerit bukan menangis, tapi memang menjerit.
Macam-macam bunyi dia keluarkan.. Maaaa.. buuu... meii.. sumer keluar...

Percaya tak Ayip dah pandai panggil ma.. atau mam....
Kalau kita suruh dia sebut umi dia sebut mei...
Hehehehehe..
Suruh sebut abi jadi buuu...
Ekekekekekeke.....

Tuesday, October 20, 2009

Ayip di tempat Baru

Gaya tido tak ingat dunia. hehehehehe

Sejak semalam, Ayip duduk kat umah pengasuh baru.
Pagi aku antar dia, dia dah jaga.
Petang aku amik, dia tengah tido lena.
Lena sampai aku goyang pun dia tak bangun-bangun.
Pengasuh dia (Linda) kata, dari pagi sampai petang elok jer dia tido.
Pagi 8.30 dah tido sampai kul 11pagi.
Lepas mandi tido lagi sampai petang.
Lepas mandi petang tido lagi sampai time aku datang.
Hehehehehe... tenang nampaknya dia.

Semoga Ayip akan terus tenang selamanya.

Monday, October 19, 2009

Tak JADI SUMER!

Ayip yang suka bermain dengnan towel kecik. Tutup muka, tarik pelan-pelan dan buat muka manja atau excited.. Ba ba cak la tu kununnya.

Ayip tido kepenatan sementara menunggu Abi yang akhirnya sampai esok hari.

Pagi Sabtu, kononnya nak pergi gathering Ratuhati.com kat Shah Alam.
Tapi....
Hubby balik lambat.
Tak sempat nak gi..
Petang kononnya nak singgah umah terbuka Suealeen kat sg buloh.
Sekali abah call hp hubby.
Masa tu dah kol 12 tghari.
Hubby tgh mandi.
sian. Penat baru sampai dari Miri pagi tu.

Oleh kerana awalnya kami nak gi umah abah dulu sebelom beraya aku pun hantar sms kat SIL kata nak datang tengok Rayyan.
Sekalinya abah call tanya nak datang kul berapa?
"Kami ni nak gi hospital. Rayyan warded macam nak kena sawan."
Aku pun bagitau abah kalau gitu takperlah, Kita jumpa dihospital.
Makanya lepas hubby siap mandi kami trus gi HKL.
Rayyan tgh dalam pemerhatian.
MIL kata kaki tangan dia jek jek dan kebiruan.
Owhhh poor Rayyan...

Dengan matahari tegak atas kepala, kami bawa jer ayip yang tgh selsema tu ke HKL.
Sian dia berpeluh-peluh.
Mujur tadi kami keluar dia tetap memakai baju rumah.
Selesa la sikit.
Setelah selesai dengan hal hospital ingat nak gi Klinik antar Ayip.
Tapi sebelom tu biras aku belanja makan kat ali cafe jalan pantai bahru.
Selesai makan jam pun dah 3 lebih.
Dengan belom solat zuhur lagi.
Tapi kami singgah gak klinik.
Tengok-tengok klinik tutup.
Cuti deepavali.

Balik umah berkejaran siap itu-ini.
Tunggu kejap sebelom basahkan kepala dan badan ayip.
Aku takut Ayip demam.
Tengok-tengok dia ok jer.
Tido lena petang tu.
Dah dia lena tak sampai hati dah nak kejut.
Hubby pun penat semacam..
Last-last kami tak kemana..
Raya tidak, keluar pun tidak..

Malam tu aku dok pantau Ayip sepanjang masa.
Selsema dia kejap ok kejap tak.
Lalu aku taruk nasal spray.
Hubby pun selsema juga.
Tapi hubby ada ubat.
Lepas dia makan ubat, alhamdullilah selsema hilang.
Ayip juga tak sehat-sehat.

Hari Ahad, aku beli kunyit hidup yang muda.
Perah air dia dan taruk kat batang hidung Ayip.
Nampaknya ada berkurang sikit selsema dia.
Dia pun dah tak marah lagi bila menyusu.
Sebelom tu, bila nyusu jer dia marah, sebab sesak nafas nak sedut susu.
Perut sampai berkeriuk lapar.
Tapi nyusu sikit jer.
Maybe tak selera.
Pagi tu pulak aku bagi dia makan air kanji beras merah.
Dia makan 5-6 suap jer. pastu mengamuk tak nak..
Mungkin rasa tak sedap.
Sian anak umi.
Petang plak kan main lena dia tido.
Sampai nak mandikan pun kene gerakkan dia.
Berkali-kali dikacau baru bangun.
Lepas mandi tido balik.

Pagi ni aku hantar ayip kerumah pengasuh baru dia.
Nampaknya dia tak kesah.
Dia memberi senyuman manis pada umi linda dia.
Masa aku tinggalkan dia pun dia tak nangis macam biasa aku hantar ke rumah mak siah.
Rumah umi linda dia sunyi jer.
Kak Zulaikha masih tido.
Umi linda cakap, sampai tghari baru dia bangun.
Kakak Zulaikha lagi 2 orang sekolah.
Hmmm..
Harap-harap Ayip lebih tenang dan terbela bersama umi linda.
Semoga ayip gembira dikelilingi oleh 4 wanita cantik kat umah umi linda.
Hehehehehe.....


Thursday, October 15, 2009

Ayip oh Ayip..

Rupa Ayip yang terpaksa ditinggalkan ketika aku sibuk berkemas dan mandi pagi tadi.

Ayip bergaya dengan CD lemboo new zealand dia atau guby dalmantion?

Ayip dengan CD army dia... Cheh seriusss...

Ayip tak segan silu meniarap walaupun baru bangun tido..

Ayip semakin besar.
Makin comel dan banyak karenah.
Sejak 3 ari lepas dia ada peel baru.
Pantang kene tinggal sendirian terus berlagu tangisan mengada-ngada.
Petang semalam dia nangis camtu tiap kali umi angkat punggung.
Umi pun apa lagi berleter kat Ayip.
"Apa ni sayang. Satu kerja takleh buat kalau gini.
Sapa yang sanggup jaga awak kalau gini peelnyer.
Sikit-sikit hek sikit-sikit hok. Awak kan lelaki.
kene la kuat. Nak takut mendanyer? Takat nyamuk, lipas, cicak umi jentik jer mampuslah..
Tak nak la mengada-ngada gitu. Umi babab kang aaaa.."
Mata ayip terkebil-kebil sambil memandang muka aku.
Lepas tu dia senyum malu.
Errr dah paham ker dia?
Ish tak mungkin.
Dia kecik lagi.

Pagi ini dan pagi semalam, Ayip bangun awal.
Kul 6 dah bangun.
Lalu umi ayip pun kelam kabut jadinya.
Mana nak pam susu, nak basuh botol dan pam shield, nak solat, nak mandi.
Nak kene perhati dia juga.
Bila dah gitu solution dia, aku taruk mainan kat cot dia dan simpan dia dalam cot.
Kalau letak atas katil takut dia bergolek dan jatuh pulak.
Bahaya tu..
Ayip ni kalau dapat mainan diam la dia.
Kusyuk menangkap mainan yang tergantung dan cuba masukkan kemulut.
Bila dah dapat rasa tak sedap tukar yang lain plak.
Niat tu tukar lain tapi alih-alih dapat yang tu jugak.
Mata mandang hak kaler ijau, yang dapat dicapai merah juga..
Hmmmm
Takper lah sayang.. Nanti sikit lagi pandai la awak bezakan jarak tu..

Petang semalam, masa balik kerja aku singgah kedai kak Hanis.
Terus tanya kak Hanis kalau-kalau ada orang nak jaga Ayipku.
Kebetulan kak Amal ada sama.
Memula kak Amal bagi orang tkt 1.
Kak Hanis kata tak elok.
Bising atas kedai mamak.
Setuju.

Pastu kak Hanis call kan Linda, kawan kami yang duk tkt 10.
La la tu jugak linda turun kedai kak Hanis.
Bincang sikit lebih kurang, Linda bersetuju jaga Ayip.
Kebetulan dia tak jaga mana-mana budak buat masa sekarang.
Anak dia pun dah umo 2 tahun yang kecik tu.

Aku cerita la kat dia yang Ayip ni ada masalah susah nak tido.
Pastu dia takleh tido kat buai due to reflux problem dia.
Takut tersedak muntah sendiri.
Dia kata tak per, dia sanggup jaga.
Huh lega..
Lepas abish bincang, aku naik atas umah.
Mandi siap baru amik Ayip kat umah pengasuh.
Tak sampai hati nak bagitau, tapi aku bagitau jugak yang aku tak nak anta kat umah dia lagi.
Mujur akak tu baik.
Dia nampaknya tak kesah.
kalau kesah pun maybe dia tak tunjuk.

Aku kesian gak sebenarnya kat dia.
Suami kerja tak seberapa.
Tapi nak buat camana?
Emosi anak aku nak kena jaga juga.
Kalau berpanjangan susah nak tido dan asyik bising jer tak elok juga untuk mental dia.
Sekarang pun dah tau tunjuk garang.
Mesti diselamatkan segera...
Tapi honestly memang aku sian kat akak tu..
Uwaaaaaaa.... sori kak...

Monday, October 12, 2009

Sayu Rasa Hati


Ini beg Ayip.
Beg yang dia bawa gi umah pengasuh tetiap hari isnin sampai jumaat.
Petang semalam, rumah kami diserang oleh anak-anak babysitter Ayip dan kawan-kawannya.
Abi Ayip pulak tak ada kat umah.
Dah gi kuching tengahhari semalam.
Oleh kerana dah banyak kali diaorang datang tapi kami takder kat umah aku pun persilakan derang masuk.
Aku ingat diaorang macam budak-budak lain.
Rupa-rupanya.......

Masuk jer terus menuju ke bakul mainan Ayip.
Satu demi satu dikeluarkan, dibelasah, di baling ditekan.
Aku hanya mampu memandang mainan berharga ratusan ringgit itu rabak.
Nak dimarah anak orang.
Yang paling nakal anak BS yang paling bongsu.
Semua bilik dia masuk.
Semua benda yang terpamer dia usik dan ambik buat main.
Semua sofa dan kerusi dia panjat.
Mengucap panjang aku dalam hati.

Ayip pula, terkebil-kebil rimas.
Ada yang menyuakan mainan yang keras kat tangan dia.
Mujur aku sempat nampak dan alihkan.
Buatnya dia ketuk kat kepala dia?
Hmmm....
Alahai budak-budak... Tak dapat dijangka..

Malam tu aku simpan baju Ayip dalam beg macam biasa.
Tapi entah kenapa.
Kali ini perasaannya berbeza.
Sayu dan berbelah bagi.
Semua gara-gara melihat kelakuan anak pengasuh petang tadi.
Hati mula rasa sangsi dengan keselamatan Ayip.
Hati mula rasa bersalah meletakkan dia bersama budak sebuas itu.
Patutlah, dimukanya selalu ada luka yang tidak logik dia buat sendiri.
Patutlah kadang ada lebam dikaki atau tangannya.
mungkin mereka memberi dia mainan yang keras dan tajam.
Ayipku pula suka membanting tangannya atas bawah.
Tak mustahil terkena muka dan kepala, malah kaki tangan juga.
Patutlah juga Ayip sentiasa penat tak berdaya tiap kali dihantar kerumah BS.
Tentu dia tak boleh tidur langsung!

Lalu aku, bertanya kepada jiran.
Kalau ada kenal sesiapa yang mengasuh budak tapi tak ramai umatnya, tolong bagitau saya.
Malangnya jiran-jiranku juga sama sepertiku.
Tak berapa tahu dan kenal orang sekeliling kami.
Adehhh...

Kalaulah abi Ayip kaya...
Kan bagus..
Boleh aku jaga Ayip sendiri.
Rasa macam nak jual kereta dan berenti kerja pun ada juga.
Tapi aku harus bersabar.
Masih ada loan bank yang perlu dilunaskan.
Perlu juga berkerja demi menampung biaya Ayip.
Supaya dia boleh membesar dan belajar dengan sempurna.
Tapi dimana letak sempurna kalau begini kesudahannya?

Wednesday, October 7, 2009

Bigger fridge needed


Stock ebm Ayip dah menimbun.
Lower row peti sejuk beta dah penuh sampai ke pintu.
Walaupun ayip minum banyak setiap hari, namun stock susu masih tak berkurang.
Alhamdullilah.
Bulan syawal ni mencurah-curah plak air susu.
Jarang sekali aku boleh store dalam satu bekas kalau pump waktu pagi.
Harus distore dalam 2 bekas.
So far paling sikit aku dapat 7 oz.

Masih lagi bergantung kepada motilium.
Tapi dalam dos yang amat kurang.
Sepatutnya kena diambik 3 biji sehari.
Tapi aku makan 2 biji jer.
Kekadang satu bijik sehari.
Ikut ingat.

Waktu malam Ayip minum ebm sepenuhnya.
Waktu siang dicampur FM lagi.
Pengasuh kata Ayip kurang sabar menunggu susu siap.
hmmmm...
Takper dimaafkan.
Hujung minggu 100% ebm atau fresh milk.
Malangnya Ayip still tak nak direct BF..

Monday, October 5, 2009

Ayip raya sana sini

Abi dan Ayip kat umah orang kenduri..
Tak nak pandang plak dia...

Umi dan Ayip masih di umah oang kenduri.

Hujung minggu Ayip sangat busy.
Jummat malam aka malam sabtu, Ayip melawat sepupu dia Rayyan kat umah Tok Wan.
Sebenarnya Ayip dah ngantuk sangat.
Paksakan juga berjalan.
Hehehehe.. Sian dia.
Sampai umah tok dia, kejap jer dia jaga pastu baringkan kat sofa terus tido..
Yang menariknya ialah melihat muka dia memandang rayyan yang sedang menyusu badan.
Muka curious giler..
Kul 11 baru balik umah.
Sampai umah trus simpan dalam bilik dan tido.

Sabtu, kami memenuhi undangan rumah terbuka kawan hubby kat Meru.
Ayip malu-malu miouw..
Mak kawan tu amik memula dia ok jer..
Tapi bila terasa lain macam rupa dia terus nangis...
Dia dah kenal orang agaknya...
Tapi bila orang tak pegang, dia okey jer senyum kat orang.
Jinak-jinak merpati kata orang..

Lepas ke Meru, Kami pergi ke Sungai Besi pulak, umah cousin Hubby.
Time tu dah lewat sikit.
So pergi sekejap jer.
Ayip pun dah ngantuk sangat sampai sempat tumpang tido kat tilam anak cousin tu..
Sampai umah pun dah agak petang..
Lepas jer mandi dia terus tido tak mempedulikan keadaan sekeliling dah.

Ahad, kami memenuhi undangan majlis perkahwinan kawan kat sungai Besar pulak.
Hajat dihati nak amik gamba tgh sawah menghijau.
Tapi sawah tengah perang.. Tengah di bajak daaa...
Hishhh haru..
Sempat gak amik sekelik dua kat umah kenduri tu..
Wajib amik..
Ayip nampaknya in a good mood.
Dari shah Alam sampai sg besar dia tido jer.
Jalan melompat-lompat pun dia still steady.
Masa kat umah org tu pun dia tak meragam.
Dia cuma agak bz bercakap.
Ayat yang paling sering keluar dari mulut dia ialah 'pah' dan 'buah'..

Dalam perjalanan balik, aku saja nak tgk cermin make up yang ada kat belakang sun shade kereta.
Sekali Ayip pun terpandang sama.
Terus senyum lebar.
Memula senyum jer.
Bila aku ajak ba chak ngan cermin tu sampai menjerit dan mengekek dia gelak.
Bila aku dah stop ba cak ngan dia, dia masih pandang kat atas tu mintak main lagi.
Bukak lagi cermin tu, mengekek lagi gelak..
Hehehehee...
Rasa bahagia sungguh mendengar gelak tawa dia.
Rasa gembira melihat senyuman dia yang tak bergigi lagi tu..
Dari sungai besar kami ke umah kawan hubby kat Shah Alam pulak.
Malas nak patah balik.
Kira on the way trip la ni..
Makan dan makan lagi..
Tengok la muka umi tu.
Dah debab balik.

Sama cam sabtu tu.
Balik umah agak lewat.
Mandikan ayip.
Pastu sendiri mandi, solat sumer.
Ayip yang sangat penat, tido jer dari lepas mandi sampai pagi tadi.
Bangun untuk menyusu jer.
Sebelom mandi tu dia sempat bergolek sampai landing atas tikar.
Abi tak nampak dia.
Tau-tau dah atas tikar.
Nangis gak sikit.
Terhantuk kat tikar kut.
Ayip memang ganas.
Lepas ni kene bentang tilam besar kat ruang tamu.
Balut sumer bucu tajam ngan padding.
Taruk tilam bawah katil dan baby cot!
Boleh gitu cayang?