Monday, October 19, 2009

Tak JADI SUMER!

Ayip yang suka bermain dengnan towel kecik. Tutup muka, tarik pelan-pelan dan buat muka manja atau excited.. Ba ba cak la tu kununnya.

Ayip tido kepenatan sementara menunggu Abi yang akhirnya sampai esok hari.

Pagi Sabtu, kononnya nak pergi gathering Ratuhati.com kat Shah Alam.
Tapi....
Hubby balik lambat.
Tak sempat nak gi..
Petang kononnya nak singgah umah terbuka Suealeen kat sg buloh.
Sekali abah call hp hubby.
Masa tu dah kol 12 tghari.
Hubby tgh mandi.
sian. Penat baru sampai dari Miri pagi tu.

Oleh kerana awalnya kami nak gi umah abah dulu sebelom beraya aku pun hantar sms kat SIL kata nak datang tengok Rayyan.
Sekalinya abah call tanya nak datang kul berapa?
"Kami ni nak gi hospital. Rayyan warded macam nak kena sawan."
Aku pun bagitau abah kalau gitu takperlah, Kita jumpa dihospital.
Makanya lepas hubby siap mandi kami trus gi HKL.
Rayyan tgh dalam pemerhatian.
MIL kata kaki tangan dia jek jek dan kebiruan.
Owhhh poor Rayyan...

Dengan matahari tegak atas kepala, kami bawa jer ayip yang tgh selsema tu ke HKL.
Sian dia berpeluh-peluh.
Mujur tadi kami keluar dia tetap memakai baju rumah.
Selesa la sikit.
Setelah selesai dengan hal hospital ingat nak gi Klinik antar Ayip.
Tapi sebelom tu biras aku belanja makan kat ali cafe jalan pantai bahru.
Selesai makan jam pun dah 3 lebih.
Dengan belom solat zuhur lagi.
Tapi kami singgah gak klinik.
Tengok-tengok klinik tutup.
Cuti deepavali.

Balik umah berkejaran siap itu-ini.
Tunggu kejap sebelom basahkan kepala dan badan ayip.
Aku takut Ayip demam.
Tengok-tengok dia ok jer.
Tido lena petang tu.
Dah dia lena tak sampai hati dah nak kejut.
Hubby pun penat semacam..
Last-last kami tak kemana..
Raya tidak, keluar pun tidak..

Malam tu aku dok pantau Ayip sepanjang masa.
Selsema dia kejap ok kejap tak.
Lalu aku taruk nasal spray.
Hubby pun selsema juga.
Tapi hubby ada ubat.
Lepas dia makan ubat, alhamdullilah selsema hilang.
Ayip juga tak sehat-sehat.

Hari Ahad, aku beli kunyit hidup yang muda.
Perah air dia dan taruk kat batang hidung Ayip.
Nampaknya ada berkurang sikit selsema dia.
Dia pun dah tak marah lagi bila menyusu.
Sebelom tu, bila nyusu jer dia marah, sebab sesak nafas nak sedut susu.
Perut sampai berkeriuk lapar.
Tapi nyusu sikit jer.
Maybe tak selera.
Pagi tu pulak aku bagi dia makan air kanji beras merah.
Dia makan 5-6 suap jer. pastu mengamuk tak nak..
Mungkin rasa tak sedap.
Sian anak umi.
Petang plak kan main lena dia tido.
Sampai nak mandikan pun kene gerakkan dia.
Berkali-kali dikacau baru bangun.
Lepas mandi tido balik.

Pagi ni aku hantar ayip kerumah pengasuh baru dia.
Nampaknya dia tak kesah.
Dia memberi senyuman manis pada umi linda dia.
Masa aku tinggalkan dia pun dia tak nangis macam biasa aku hantar ke rumah mak siah.
Rumah umi linda dia sunyi jer.
Kak Zulaikha masih tido.
Umi linda cakap, sampai tghari baru dia bangun.
Kakak Zulaikha lagi 2 orang sekolah.
Hmmm..
Harap-harap Ayip lebih tenang dan terbela bersama umi linda.
Semoga ayip gembira dikelilingi oleh 4 wanita cantik kat umah umi linda.
Hehehehehe.....


No comments: