Wednesday, September 30, 2009

Kisah Hari Raya

Ayip dengan baju rayanya pada raya ketiga.
Ni nak raya gi Sogo. hehehe

Sebelum keluar umah. Amik gambar se-kelik dulu..
Baju umi tak berapa nak tema la ngan Ayip dan Abi.

Memandu pulang ke kampung. Good driver..
Tumpukan kepada pemanduan.

Aiseh sempat jeling umi yer sayang.

Kat umah Mak Abah.. Sempat ngambik se-kelik lagi.
Terima kasih banyak-banyak kepada encik tripod yang dah berusia 11 taun ..

Ayip abi dan pak su Uyen dier...cheh
macam holding hand, padahal camera technique.
Dasat!

Ayip bersama tok wan dan tok abah dia..

Ayip dan tok wan dia.
Beria tok wan nak dekatkan muka kat ayip.
Tapi Ayip belagak plak.
Tak layan tu..
Dasat!

Ayip dan pak su uyen dia...

Ayip dah Pak Ngah dia.
Pak ngah ni memang suka budak-budak.
Tengoklah betapa cerianyer dia ngan Ayip.
Serasi sejiwa gitu..

Ayip dan tok dia.
Hensome la atok dan cucu ni..

Ayip dah tok wan Lah dia.
Pandai lak dia posing..
Tgh tunggu maghrib ni..
Ayip pun dah rimas tak mandi lagi.
Tapi still macho

Kat umah tok wan Lah dan tok Tar. Tengah membelasah lemang dan kuih raya bersama aiskerim Radix dan kola radix..
Terlupa lak nak pow sebotol kola radix kat Tok Tar..
Wakakakaka ada hati..


Raya taun ni, kami ada kat KL jer.
Tak balik kampung pun.
Pagi-pagi raya Aku berkejaran di dapur memanaskan dendeng daging yang dah siap dimasak malamnya.
Lepas tu masukkan dalam bekas bersama ketupat pulut dan ketupat beras nak bawa ke rumah mak abah kat pantai dalam.
Jauh giler kampung.. Ahak ahak..
Seberang sungai klang jer bebeh..
Eh sungai gombak ker klang ek?
Biorlah.. janji sungai..

Lepas abi balik solat aidilfitri kami sempat amik 2 snap gambar kat umah.
Terpaksa tutup langsir sebab kamera tak mesra cahaya.
hehehehe..
Pastu terus gerak gi umah mak abah.
Sampai sana yang ada cuma mak, abah, Angah dan Uyen.
Eija kat muar, umah mertua dia.
Dia baru jer selamat melahirkan sepupu Ayip Meor Rayyan Zikri pada hari jumaat 18 sept kul 4 pagi lebey.
Yeh yeh,.. ayip dah ada cousin.
Mariam plak, kat muadzam beraya ngan suami dan mertua di sana.
Terpaksa lah begitu sebab suaminyer kena kerja.
Susah gak jadi duktur kan..

Ayip ni ngantuk sebenarnya.
Lepas dibelasah ciuman dan gomolan pakcik2 dan tok nenek dia trus tido.
Bangun tido kene amik gambar plak.
Lepas makan2 sikit, kitaorang balik umah sebab aku kene pam susu.
Raya-raya jugak, susu tetap kena pam.
Lepas tu kul 3 gerak gi umah Ayah wah (Abang Abah) kat Tasik permaisuri..
Ayip kene lenjan lagi.
Kat sana ada pakcik dia yang suka budak sama cam pak ngah.
Pakcik syed Hussin.
Tak lepas dia dukung Ayip..
hehehehe.. dia blom ada anak lagi. Baru jer kawin ngan kak Pan Suhainiku..

Pas tu gerak gi umah Ayah Tar (Adik abah) kat bangi.
Lama gak merayap kat situ.
Dari asar bawa ke maghrib juga.
Ayip kene belasah lagi dgn askar2 dan princes2 tok tar..
Adehh... Namun beliau tetap steady.
Masa orang semayang jemaah maghrib dia melalak menunjukkan amukan dan memberitahu yang dia dah penat.
Lepas di timang dipujuk tak juga mau aman, akhirnya kami balik.
Mak abah masih kat situ tunggu tok wah datang plak.
Pak ngah kata kul 11 mlm baru depa balik.

Kami plak, sampai umah kul 9 malam.
Trus masak air mandikan ayip yang tgh lena tido.
Bangunkan juga sebab tak nak dia tido dalam keadaan kotor.
Sib baik mood dia ok.
Tak nangis pon.
Lepas mandi minum sedas pastu terus tido tak bergerak-gerak lagi.
Lena selena-lenanya.
Memang penat betul dia.

Raya kedua, boss dan kawan2 hak duk satu flat ngan aku datang beraya.
Aku masak spaggethi dan hidangkan dendeng dan hidangkan dendeng daging bersama ketupat dan lemang jer.
Selain tu adalah 12 jenis kuih tunjuk.
Oklah.. tak mambazir.
Malam tu Pak su dan pak ngah ayip lak datang umah.
Meriah sungguh.
Abah ngan mak gi tengok eija kat muar.
Hmmm...

Raya ketiga kami raya kat sogo.
Shopping barang ayip.
Harus habis beratus ringgit.
Giler..

Raya ke empat abi balik kampung ngan mak abah dia.
Raya kelima abi dan rombongannya gi merisik dan meminang girlfriend pak ngah ayip kat penang.
10 malam baru abi sampai umah.
Ayip da tido..

Raya ke 6 tak kemana.
lepak golek2 kat umah.

Raya ke 7 pun tak kemana.
Mak abah dan tok papa dan opah chik plak datang umah.
Kebetulan aku masak soto.
Langkah kanan orang kata.
Datang plak time maghrib.
Kena sangat la trus makan malam.

Raya ke 8 gi kenduri kawin kawan abi kat shah alam.
sempat gi umah member yang duk sana juga sebelom kenduri tu..
Memang dasat...

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya


Sempena hari raya yang bakal menjelang sehari lebih jer lagi, aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua pengikut-pengikut blog ini dan pembaca-pembaca baik sengaja atau yang terbaca.
Mohon ampun maaf andainya ada tulisan yang menyinggung perasaan.
Semoga hari raya kita semua ceria-ceria selalu..

Wednesday, September 16, 2009

Ayip basah!

Masamnyer muka. Ada lah tu yang dia tak puas ati.

Adehhh...
Malam tadi aku cuba pakaikan Ayip dengan cloth diapers kaler coklat yang sebelom ni sememangnya akan bocor kalau dipakai.
Ayip pakai dari kul 2 pagi till 4.40am..
Memula ku raba ok jer.
Kering.
Sekali lepas rendam EBM dia dan nak feeding dia aku rasa
"weihh basahnyer awak. Sampai belakang pun lenjun."
Ayip yang dah nangish nak susu tak boleh tunggu lagi.
Lalu aku bagi dia susu dulu.
Lepas burb aku tukar baju, lapik tilam dan diapers dia.

Eheh... lupa nak letak wet tissue kat luar bilik..
Masa lap badan dia ngan wet tissue Ayip mengigil sojuk..
Benda tu sejuk kena air cond daaa.. hahahaha..
Lepas siap berbaju dia sedu..
Aku dah agak dah..
kalau ayip sejuk mesti dia sedu.
Sian anak umi.
Ampeh tul cloth diaper nan 2 bijik tu kan sayang.

Akhirnya aku dan hubby terpaksa bersahur shift lagi.
Ayip kalau dah sedu memang payah nak tido balik.
Macam-macam bunyi dia buat.
Macam-macam aksi dia kerjakan tangan aku.
Sampai juling-juling mata dia konon nak tarik tangan aku masuk mulut dia..
hehehehehe...

Alkisahnya, aku ada beli Cloth diaper 5 helai beberapa minggu sudah.
Hak 3 helai (oren, putih dan ijau) takder masalah.
So far tak pernah bocor.
Hak 2 lai lagi (Hitam dan dark Choc) asyik bocor.
First time pakai, baru jer dipakaikan kat ayip dia terus kencin..
Kebetulan abi dia handle dia nak bagi susu.
Abish ngan abi-abi basah..
Ok takper.. ingat masalah teknikal salah letak insert ker apa.
Aku try pakaikan hak coklat plak..
Tak sampai 10 minit, basah lencun sampai ke tilam.
Cuba dicuci lagi dan ulang pakai.
Sama juga. BOCOR!
Tak putus asa. Cuci dan pakai lagi.
TETAP BOCOR!
Tiga kali bocor aku dah mati akal.
Hubby kata maybe rosak.
Aku plak fenin.
Boleh ker CD rosak?
CD lagu maybe laaa... huhaaaa.
Lalu ku sms puan penjual.
Beliau suh aku cuci and cuci again..
Owhh ok.. akan ku cuba..
and will wait and see..
Cuti raya nanti aku nak cuci dan jemur kat tingkap direct sun every Day!
Kalau bocor juga...
Ku beli yang lain.. heheheheh

Monday, September 14, 2009

Ayip meniarap


Ayip dah boleh meniarap.
Ayip sangat suka meniarap.
Tengah-tengah melalak nak tido pun boleh pusing dan meniarap.
Pastu boleh senyum-senyum plak lagi.


Umi nak tukar pampers dia pun dia boleh meniarap lagi.
Kepala masih goyang-goyang tak kuat.
Nafas termengah-mengah menampung berat badan.
Tapi tetap suka meniarap.

Adakala, dia cuba.
Tapi tak berjaya.
Dia jerit dan geram sampai merah muka.
Tetap tak berjaya.
Umi kata, punggung tu berat sangat.
Cuba lagi.
Akhirnya umi tolong tolak buntut dia.
Terus terbalik dan senyum..
Hmmmm....

Eh eh,.. mata ayip juling kan?
Abi kata juling air.
Kadang-kadang nampak jelas sangat dia juling.
Sebab apa yer?
Sebelom ni dia tak juling pun.
Umi notice sejak dia disergah oleh budak 2 taun kat umah pengasuh tu sampai nangis terkejut dia terus juling kekal.
adehhh...
Takper lah ayip.
Janji sihat.
Mata tu nanti umi buat treatment.

Friday, September 11, 2009

Dengan Gaya!

Gaya tidur Ayip yang terbaru. Selagi tak dapat posisi ni selagi tu dia tak tido.
Wajib tutup mata dengan lengan dan kena mengiring.
Tapi bila dah lama tido pandai lak dia telentang balik sambil mendepangkan tangan.

See, katil untuk 2 orang, sekarang kena dibagi 3.
Tempat umi dan abi kat sipi katil jer.
Ayip Rules!

Tabiat bergaya Ayip! Main lidah dan menyembur air liur. Comot!
Lagi kita lap, lagi banyak dia buat.


Wednesday, September 9, 2009

Macam-macam Ayip

Ayip wearing his brand new cloth diapers..
Looking fresh after bathing.

Ayip dah pandai meniarap.
Semalam dia cuba berpusing tapi belom berjaya sangat.
Kena dibantu baru dia boleh betul2 meniarap.
Dah macam kepala kura-kura plak aku nengoknya..
Hehehehe comel.

Ayip dah pandai menjerit.
Jeritan dia kuat.
Selagi kita tak layan atau pandang dia, selagi tu dia jerit.
Bukan jerit menangis, tapi menjerit seolah-olah memanggil.
Sesambil menjerit tu sembur sekali air liur sambil keluar bunyi afuuu afuuuu...
Antara vocal yang sering keluar time dia menjerit ialah BUAH! dan AII!

Ayip dah ada 5 helai cloth Diapers..
Tapi ayip kuat kencing sebab kuat minum jugak.
5 helai habis untuk satu malam jer.
Lagipun dia tak suka basah.
Bila basah sikit jer dia bising.
So kena lah tukar.

Ayip suka buli Abi.
Tiap kali abi nak tidokan dia, dia akan buat macam2 peel.
Kejap nak susu, kejap nak nangis, kejap nak dukung, kejap nak baring bawah.
Pendek kata serba tak kena.
Tapi kalau umi yang tidokan dia, dia senyap jer.
Buat bunyi merengek manja dan akhirnya tertidur..

Ayip tak suka didukung.
Sekarang dia dah taknak sangat didukung.
Nak bebas baring atas tilam dia jer.
Kalau dipeggang plak, dia taknak baring.
Mesti ditegakkan.
Nak duduk jer..
Padahal tengkuk masih tak kuat sangat.
Kepala still goyang-goyang.

Ayip suka tengok orang makan.
Bila nengok org mamam dia akan buat-buat isap lidah atau mengunyah..
Cam nak mintak pun ya juga..
Tapi ayip kecik lagi.
Belom boleh makan..
Sabar yer cayang.