Monday, November 9, 2009

cerita hujung minggu lagi

Ayip dah sepupunya Rayyan
Beza usia tepat 5 bulan...
Tengok beza saiz... Kaki Ayip dah terkeluar dari tilam.. hahahahaha

Umi kata kayuh kedepan, Tapi anak umi ni kayuh kebelakang plak..

Umi amik gamba dia, dia plak buat muka tak puas ati sebab umi tak bagi dia rampas hp dari umi...

Hujung minggu Ayip agak special kali ini.
Ayip berjaya mamboikot puting kosong dan tidak juga mencari buaian di rumah..
Abi dia ada kelas pada hari sabtu dan ahad.
Sabtu sepanjang hari, Ahad kelas pagi jer..
Umi pulak busy mengemas umah sambil memerhati Ayip.
Dek kerana Ayip yang agak manja, umi bawa jer dia kemana-mana..
Umi kemas bilik dia dok katil bilik, Umi jemur baju, dia dok stroller ikut umi..
Tapi muka dia serius jer.. Sampai umi baring sekali ngan dia baru la keluar bunyi manja dia..
Penangan jagaan ala-ala askar mak pah..

Sabtu umi masakkan dia bubur ayam dan brokoli.
Dia suka, Makan suku mangkuk baby gak habis..
Petang pulak aku bagi Infant cereal Apple Raspberri kat dia..Y
Yang ni memang dia suka sangat.. Manis ...
Sepanjang hari dia agak baik.
Nak tido langsung tak bising..
Bunyi ngongoi lagu dia pastu trus pejam dan tido...
3 kali tido jaga tido jaga gitulah dia..
Sampai abi balik dia dah tak mau tido,
Taunye nak main ngan abi jer..
Sampai abi tertido baru la dia pon tido..
Aduiii pantang nampak abi
Trus lebar senyuman dia..
Dulu pantang geng, sekarang pantang jumpa..

Ahad, Kul 10.30 pagi Abi baru balik kelas.
Lepas abi makan nasi lemak, kami potong rambut ayip.
Dianya dah ngantuk sebenarnya...
Lepas potong rambut dia mandi.
Lepas mandi dia makan.
Tapi dalam pada makan tu, mulut bising melalak nak susu...
Tapi bila disuap dia makan juga. Telan juga..
Last2-last tertidur tanpa menghabiskan bubur dia..
Sian plak nengok.
Pastu aku kejut gak bagi susu badan..
Nak bagi air masak takut tersedak sebab dah ngantuk sangat.
Pas nyusu sikit terus tido sejam lebih..
Sian.. penat sangat...

Petang, Eija nganHafiz, MIL dan FIL datang umah bawa baby Rayyan.
Letak jer sebelah Ayip, dia terus cekau topi member tu..
Cepat-cepat aku alih tangan dia..
Ayip ni kuat.
Kalau dia memukul, sure sakit punya..
Mata aku pun banyak kali jadi mangsa dia..
Sebelum diaorang datang, dia dah nak tido dah, sambil ngongoi manja menjerit-jerit main ngan aku sambil lepak.
Sekali nampak tok wan ngan tok terus senyum lebar..
Nampak mak yang trus hulur tangan nak cekau tudung glamer mak yang.
Hmmmm Tangan tak reti diam...
Lama gak dia senyap tanpa suara sebelom mula menjerit semula..
Ngantuk...
Tapi tak boleh nak tido..

Sampai sumer dah balik, aku mandikan dia...
Tengah2 mandi macam biasa dia suka melonjakkan badan dan berdiri.
Tah macammana dia lonjak dan aku tak ready trus terlepas..
Bedebuk kepala kene tepi besen..
Dia jerit kejap pastu gelak balik..
Kiter dah takut dah kalau-kalau cedera kepala dia..
Tapi dia buat tak tau jer...
Lepas pakai baju dia menyusu..
Lepas jer burb terus lena dalam pangkuan aku...
Haaa kan dah penat...
Ingat lama berjaga siang tadi, dia boleh la tido lama, Sekali kejap jer dah jaga balik, mintak susu balik..
Saja jer aku taknak bagi dia makan.
Tak sangka plak dia lapar sungguh gitu..




No comments: