Friday, February 18, 2011

KEQ

german cheese cake
Kata kek itu sambil merenung tepat ke mata saya:
"Puan, saya tidak bertangggungjawab ke atas kegemukan, kesihatan serta kelayuan mata puan sesudah membaham saya"
Eleh macam la saya tak tau niat kamu wahai keq.
Kamu takut saya makan kamu kan?
Saya mana peduli?
Saya ambik kamu tanpa memikirkan masa depan kamu dan diri saya dari chiller Kings Confictionery cawangan PJ OLd Town lalu dibawak ke kaunter bersama roti-roti lain dan dibayar.
Saya tunggu pukul 3 petang untuk membukak kamu dari pembalut dan mengambil sudu plastik dan makan..
Muahahahaha..
Sori la keq.
Tadi kamu cantik.
Sekarang tak dah..
Tak tau ler camana rupa kamu didalam perut saya.

Si kecik didalam perut pula bukan main gumbira menari-nari..
Sayang Junior, pelan sikit tau kalau sepak kat bahagian bawah rahim umi.
Sakit..
Itu Abang Ayip punya peninggalan untuk umi.
Kekal punya kasih dan cinta dari abang Ayip.
Dalam masa sebulan lebih atau 2 bulan lagi, kamu pula yang akan menambah kesan cinta kekal itu ditempat sama.
Err betul ke ditempat sama?
Adehh sakit la kan..
Tak apa. kejap jer sakitnya.
Yang penting kamu juga bisa keluar dengan selamat dan sihat sama seperti abang Ayip.
 Lepas tu membesar pula kamu berdua menjadi anak yang soleh/solehah serta berbakti kepada bangsa dan agama kamu.
Dewasalah kamu berdua menjadi insan cemerlang dan bertaqwa..
Umi sentiasa menemani perjalanan kamu berdua baik dari dekat maupun jauh.
Jika ditakdirkan umur umi tak panjang, insya Allah umi akan bekalkan sebanyak-banyak doa buat kamu berdua.

Kadang-kadang saya heran: cerita lain boleh menjadi lain selainnya bila sampai kehujung jari umi.
hishhh

yahuuuu.. nuffnang

senyuman paling sweet dari saya

owhhh yeah...
Akhirnya saya berjaya mengupload iklan nuffnang kat blog saya..
Walaweihhh
udah saya ini kembali aktif berblog pulak.
Penyakit sebelum bersalin le gamaknye yer..
Ah layann..

Thursday, February 17, 2011

saya suka makan

aaaaaummm ngap

tak mau dah disuap kalau nampak sudu garpu..

Semalam saya malas nak masak yang berat2.
Saya buat daging burger salut oats dengan fries jer.
Dak ayip memang gemar sgt degn fries.
Pantang nengok..
Tengok lah tu gaya makan dia.
Sampai jemu baru dia lepaskan garpu tuh..

pesen baru saya

selepas

sebelum..


Perasan dak?
aku makai baju sama hahahaha
Hat gambaq selepas itu diambil pagi tadi.. Muka putih penuh bedak jhonson baby
Hat gambaq sebelom plak, diambik 2 minggu lepas, sepulang dari keje..
Pada pendapat patik yang agak perasan nih, lawa lagik xdak bedak tak? hahahahaha layannn..

Alkisah.. sang rambut itu tumbuh subur dan liar sedari kecil sebegitu buas dan lebat.
sudahlah lebat, ringan pula.
Berstruktur kasar dan mengerbang umpama rambut singa jantan adanya..
Jika tidak mengandung, adalah kewajiban membuat rebonding setiap 6 bulan agar rambut itu kelihatan wanita atau singa betina.
Tapi bila dah mengandung, tidaklah saya mencari pasal menempah bala nak membuat rebonding pulak..
Lalu begitulah hasilnya..
itu kira baik sebab ianya kuncup sesudah dikepit oleh sang tudung sepanjang hari berkerja.. jika tidak, humang aih.. Ayip dan Abi jer yang berani dekat.

Lalu, hari isnin lepas, ( kebetulan saya cuti (MC) sesudah menjalani antenatal check up ) saya pun memotong pendek rambut saya sehingga seperti gambar 'selepas' di atas.
Terasa benar2 ringan kepala..
Namun harus lah mengorbankan kejelitaan sedikit..
Dek kerana muka saya yang bersegi begitu, saya lebih sesuai berambut panjang lurus rasanya (walhal tak pernah try perm rambut)

Tujuan memotong rambut ini, selain dari tak bisa merebon dia adalah untuk memudahkan saya semasa proses berpantang nanti.
Tidaklah saya merasa rimas dan panas seperti masa berpantang Ayip dulu.
Udahlah cuaca panas, kepala panas, hati pun panas..
Mujur saya tak meletop. hahahaha

psttt jangan jeles dengan bibir saya yang sedikit berparut tu yer..
Walaupun ianya tidak mungil tapi ia tak perlukan lipstick atau lips gloss untuk menjadi merah begitu. serius saya tak pakai lipstik atau lip gloss berwarna.
Saya hanya menyapu ia dipagi hari dengan nivea lips care hat tiub kaler ijau. Tanpa warna dan bau.
Apa kena mengena plak ngan topik ini yer? entahhhh

Wednesday, February 16, 2011

asik melabur





errr ko kenapa ada kat sini kucing? Bakal jiran baru saya
saya mengayakan baju baru saya: apasal botol susu mesti ada yer
sementara menunggu kawan umi, saya main kat playground

awek ni ganas, buat saya nangis hahaha

oittt.. hishhh asik nak main jer
saya dah ngantuk, tapi kalau disuruh pose saya sudi

Umi suh senyum.. gini la senyum kan?

saya terganggu dengan layang2 yang agak banyak

Umi dengki, saya ngantuk, dahaga nak tido, tapi dia amik gambar

tengok ada lagiii!!!

see sisi lain plak

saya suka main kites

abi tolong pegangkan, tapi saya tak suka. saya marah abi..

ini layang2 saya..

errr apa yang seni kat situ umi? watevaa

hehehehe... sapa suh pakcik tu main layang2 seperti burung sebelah saya..

Comel kan saya dan umi

Taknak dukung!!! nak balikkkkk!!!

tetap menjeling orang lain.. cettt  


Aaaaa... gini kisahnya..
Sabtu lalu, umi saya jemput kawan dia datang kerumah semata-mata menghantar pyjamas saya yang sebanyak 5 helai..
Aiseh umi lupa amik gambar orangnya dan kotak2nya sekali la pulak..
biasa umi tu..
Seronok saya bermain dengan anak kawan umi - Iqbal.

Ahadnya pula, umi dan abi mengemas rumah sama seperti semalam..
Habis semua baju2 lama yang tak dipakai umi dan abi hantar ke pusat kitar semula.
Ayip pula, tidur saja..penat.

Hari isnin, Ayip dihantar ke rumah pengasuh.
Umi dan abi ke DEMC untuk check up junior.
Macam selalu, tiba hari isnin jer susah kemain meninggalkan dak Ayip tu kat umah BS.
Mesti nangis.

Sistem baru kat DEMC agak menenangkan. Tiada lagi kisah menunggu lama dan sesak macam dulu.
Saya dapat nombor 4. Tu pun dah terlambat sampai sebenarnya.. adehh
Berat terbaru saya ialah 78.5kg (sama berat ngan lembu sekor tak?)
Urine saya bersih (tak sia-sia minum air mineral berkotak-kotak dan air dari peti sejuk berkoyan-koyan)
Tapi kalau esok junior ada semput atau selalu batuk, saya ketuk kepala saya sendirik..
Menurut tinjauan doktor, junior sihat walafiat kuat. Alahamdullilah.
Saya juga sihat cuma kekurangan kalsium.
aaaa didiagnose demikian berdasarkan kekerapan saya mendapat simpul bewak kat betis (camana bewak boleh duduk kat betis saya yer? ishh konpius)
So saya dibekalkan dengan kalsium.
mengikut ujian darah untuk hemoglobin saya, juga saya agak sihat dan eating well (terlebih makan ler doc oii)

sesudah siap, kami makan nasik lemak kat seksyen 19 shah alam (dalam perjalanan nak nengok rumah)
Kedai tu betul2 depan ciast.
Kecik jer.
Pakai ikat2 kanvas kat pokok jer pelindung meja dia..
Tapi nasik lemak dia mabeles. pedas berapi.
kemudian pergi menengok rumah..
Aiseh bertambah usang dan uzur akibat ditinggalkan begitu lama.
Estimated nak beli setin jer cat untuk luar dah jadik bertin2 plak nih.. cettt layan..
Tuan rumah lak bengkeng. Takmoh langsung turunkan rega sewa.. tunggu jerlah sampai kucing hitam nun mengembik..
Tapi the gud news is, semua grill dah ada depan belakang. cuma hat belakang tu uzur sikit. perlu di cat dan dirawat semula..


Hari selasa... yeyeh.. umi dan abi cuti lagi.. seronokkkkk
Tapi Abi kena keluar jumpa ejen rumah. nak bincang pasal insuran rumah katanya..
Tak apa..
Yang penting dalam kul 3 petang kami ke morib..
Walaweih salah jalan daaaa.. jauh kemain. kebas buntut duk dalam keta..
Sampai kat sana dah kul 5 lebih..
Sempat la main layang2 sepam.. hehehe
pastu angin pun hilang..
Kene la duduk bertenggek kat tepian pantai
Si ayip yang kepenatan kengantukan mula la buat pasal.
Ngajak balik.
maka kamipun balik..
Sementelah pula orang yang ditunggu mau jumpa suda merajuk. hahahahaha.. manyak lomantiklah itu dua olang.. hishhh


Sempat plak nyinggah membeli cempedak, rambutan dan buah naga. Lenyap RM37 hengget dari wallet huhu...
Kebetulan balik ikut banting.. dekat sikit haaa.. aiseh..
Ingat nak pi gak umah org majuk tuh. Tapi sian plak kut2 tgh baling pinggan mangkuk. kuikuikui (matik saya kalau dia baca) kekekeke

Dak ayip sampai umah jer mandi minum susu trus tido sampai ler bangun kul 7 lebih pagi tadi. penat betul dia

Thursday, February 10, 2011

Last Weekend

dikandang gajah.. eh sebelah kandang gajah..

suka benor main kambing

muka tak berapa ceria. memang anti sosial. org ramai jer gini la wajah dia

suruh jalan sendiri tak mau. nak dukung gak

tidak bersemangat dan tidak berminat mau melihat orang utan..

Last week, pada hari raya cina pertama, kami ke zoo negara.
Dah lama benarnya nak pi tapi asik terbantut dek kerana kesibukan kerja dan urusan membeli rumah baru..
Akhirnya nah sampai sudah.
Tapi, humang aih ramainyer umat.
Si kecil ini pula.. buat pasal dialah.
Saya bawa stroller konon2 nak buat bawak beg2 yang banyak (beg susu, beg tangan, beg kudap)
Tapi ini orang kecik nak duduk kat stroller plak.
Biasanya kalau pi pasaraya pandang stroller tu pun tak mau..
Malah menangis lagi kalau diletak kat situ..
Layan jer.. elok juga.. Taklah penat nak mengejar dia yang agak laju kalau terlepas.

Agaknya kerana terlalu ramai manusia dan kami pun sampai kala mendekati tghari(time menatang tido), dak Ayip buat muka moyok.
Hilang terus senyuman dari wajah smiley dia..
Ginilah anak aku..
Kalau ke tempat yang crowded dia otomatik hilang mood.
Sangat2 menyerupai sifat semulajadi umi dia.. hahahaha
2 kali pusing kat zoo sambil mencari-cari wajah dua rakan yang konon nak berjumpa dalam zoo tidak juga ditemui..
Akhirnya saya putus asa. Nak call pun asik tak dapat.
Adakah binatang2 itu membina medan elektromagnetik untuk menghalang panggilan saya kepada mereka.. Huwaaaaaaa..
Kaki pun dah sakit sangat sampai dah tak angkat dah. heret jer kaki kiri sambil berjalan seperlahan mungkin.
Perut plak dah menukar irama dari dondang sayang ke heavy metal.
Kepala pun dah weng akibat kurang gula dalam darah.
Suda nampak bintang bulan serta burung beterbangan.
Lalu kami balik saja.

Dak kecik tuh, masuk kereta jer, dapat susu terus lena dalam berpeluh dan melekit badan.
Tu la abi, pi bawa encik waja ni plak..
Hangat aihh.. Tah bila nak ada dwet pi pasang ekon rumah dalam waja tuh hahahahah
sesampai dirumah, si kecil pun terjaga.
Saya pula terus mandi dan kemudian makan.
Si kecik terus cergas sampai le ke malam.. aduhh berubah terus mood dari murung ke ceria bila dirumah.. aneh..

Tuesday, February 1, 2011

Seperti itulah kan..

selongkar jgn tak selongkar

Sejak kecik admire sungguh duk dalam bakul biru nih

macam selalu, tangan tak tau diam

yang tak patut pun turut dicekau

asal kertas wajib direnyuk dan dikoyak

Itulah dia, anak teruna hamba yang sangat adorable.
Mulut muncung dia dan dagu yang tak pernah kering dek lelehan air liur membuat saya geram selalu.
Sepanjang minggu lepas, kami berdua kena tinggal dengan Abi atas urusan kerja di Raub, pahang.
Seawal pagi isnin dia bangun mencari-cari kemana abi.
Dia jenguk kesemua bilik.
Kemudian dia baring kat sofa..
Putus asa dahn tak tahu bertanya begitulah agaknya..

Petangnya,  inilah yang terjadi..
lihat bibir dia..
Luka berdarah.
Sebabnya dia syok sangat main sesorang (besa kalau abi ada, dia asik kene marah kalau menyepah dan bermain kasar-kasar), dia selamba wheely tolocar dia.
Tersangkutlah sudah kat handle basikal lalu tergolek.
Tersembamlah muka kelantai.
Hasilnya bibir atas luka berdarah.
Sayulah dia menangis sambil memeluk umi tercinta..
Cett Ayip.

Selepas jatuh, dia mintak makan.
Lalu ku suap dia makan mee kari.
Dari petangnya memang dia asyik sedu.
Sesudah makan ku beri pula air nutrigen perisa original.
Dia minum separuh. lagi separuh span sofa yang minum..
Sabar jerlah..
Dah basah seluar dia merengek suh tukar..
Tukarlah ke baju tido.
Dia mintak susu plak.
Dah buat susu suh minum kat luar dia nak masuk bilik gak.
Kendian dia sedu lagi.
Akhirnya muntah semua makanan atas tilam.

Adoh sayang..
umi dahlah sakit pinggang
kene nukar segala cadar dan sarung bantal..
waduh waduh layan
Dan sepanjang minggu ragamnya macam-macam..
sekejap bad mood, kejap manja..
Akhirnya petang jumaat abi balik.
Riuh dia bergumbira memeluk, membontot menunggang perut abi hahaha
owh rindu abi rupanya..