Monday, December 14, 2009

Gigi On the move..



Termenung pulak mengintai pintu. Tunggu abi tak balik-balik dari library.



Hi Umi..Nampak muka risau ayip ni?




Play time.. Banyaknyerr.. mana satu nak pilih ni.




Kalau dah dapat sesuatu, bersungguh-sungguh muka dia. Sampai muncung mulut..

Hujung minggu Ayip sangat meriah..
Meriah dengan kasih dan manja umi.
Umi cuti hari jumaat. Abi pun cuti gak. Tapi Abi kene gi library untuk study.
Ayip yang baru tumbuh gigi, sibuk mengigit kesemua benda yang dia jumpa.
Ayip baru menampakkan 2 batang gigi depan bawah.
Gigi Ayip tajam.
Halus dan kuat.
Semalam ayip gigit umi sampai kuar air mata menahan.
Sampai berbekas jari umi.

Bukan tu saja, Ayip dah mula pandai bergerak kedepan atau orang panggil menyulur.
Sesekali dia angkat badan kemudian jatuh semula.
Ada kala bila dia terlalu excited dia akan tergolek sampai terbaring.
Bila dah terbaring mesti ler sakit kepala.
Harus ler nangis sikit.
Hmmm rasa nak babab pun ya gak..

Sabtu abi ada exam.
Since pagi abi gi opis study dan exam on 2pm.
Ayip dan umi macam biasa, mandi, makan, minum susu dan tido seperti selalu.
Tapi... Ayip kene cirit birit sikit.
Sehari tu 4 kali dia poopoo..
Tapi tak plak dia nangis sakit perut.
Cuma, dia nampak lemah dan kurang bersemangat.
Kurang nakal juga..
Sian anak umi. Agaknya kerana makan sayur bayam merah yang umi bagi since jumaat.
Petang tu, umi tuam perut Ayip dengan lampin panas dan sapu vick kat belakang pinggang ayip.
Alhamdullilah Ayip tak yayak lagi.
Dan yang paling best dia mula mengejar kesemua benda di rumah yang ada diatas lantai.
Kaki meja adalah sasaran yang sangat menarik bagi dia..


Ahad, kami semua dirumah.
Abi study sambil jaga ayip sementara umi masak lunch..
Ayip terjerit-jerit dalam buai.


Monday, December 7, 2009

Bersamamu



Dah lama tak update blog dek kerana kebusian umi bekerja.. (Chet kunun)
Ok .. Kita mulakan dengan progress Ayip.
Ayip dah pandai angkat badan.
Dah nak merangkak.
Semalam dia buat aksi merangkak dan jatuh semula beberapa kali.

Tangan ayip semakin pantas mencapai apa-saja yang terlihat dan terhidang didepannya..
Pagi ini, dia gaduh ngan umi pasal dia berebut nak amik tali beg dia, tali beg pam susu umi, chargers umi dan last sekali thumbler susu dia.
Bila umi rampas, ayip jerit kuat-kuat dan bantai tangan umi dengan tangan dia..
See garang kan anak umi..

Semalam juga dia begitu.
Marahkan umi yang tak bagi dia pegang mangkuk bubur dia sendiri.
Kuat dia jerit dan tangan terus jer laju pukul lengan umi..
Huu.... Kene lakukan sesuatu untuk  buat dia tak berkelakuan garang begitu..
Abi kata, perangai ayip banyak ikut umi.
Abi kata Ayip dan umi tak boleh mengalah, garang dan kurang sabar.
Abi kata Ayip dan umi kalau nak sesuatu, tak boleh dibantah.
Yer ker gitu Ayip?
Hehehehehehe.....

Ayip ada peel yang sangat menarik.
Kalau tido malam, dia mesti nak himpit kat umi..
Harus duduk bawah ketiak umi dengan hidung terletak dibucu bantal umi.
Kalau umi tak ada, dia sandar badan dia kat bahu abi pulak..
Pendek kata, dia mesti nak sandarkan badan kat orang masa tidur.

Ayip suka makan bubur nasi dibanding Infant cereal.
Pagi, biasanya umi bagi Infant Cereal nestle gold apple rica e and cranberries kat ayip.
Tapi dia makan sikit jer.
Jarang habis.
Tengahari pulak,umi bagi bubur nasi lauk ikan, bayam dan carrot.
Hampir penuh mangkuk baby dia makan.
Minum air masak pun banyak..
Good Boy anak umi ni tau..
Tapi berat ayip taklah naik sangat, sebab kelasakan dia.

Letak jer atas tilam, terus terbalik dan berpusiang merata ruang tamu.
Umi dan abi pun boleh kurus dek kerana asyik mengejar ayip.
Semoga Ayip terus membesar dengan tenang, aktif dan sihat sentiasa..
Umi sayang ayip so much... Muachhhh

Tuesday, November 24, 2009

AYIP SITU SANA SINI..



senyuman  Ayip dihari Sabtu ketika sibuk bermain denganku

 

Akhirnya kami kalah dengan tuntutan Ayip yang mahukan buaian.




Sebelum ke klinik semalam, apalah yang dia fikirkan.




Demam selepas kene cucuk.. Sian dia...

Ayip tetap ceria macam selalu...
Ari jumaat, masa aku amik dia kat umah kak pah, dia kan main gembira.
Terlonjak-lonjak gelak..
Kebetulan mama Aisyah dan mustaffa pun ada kat umah kak pah.
Kak Pah yang sedang sibuk menyuap aishah makan tak menang tangan nak melayan kami semua..
Last-last aku terlupa nak bawa balik botol susu ayip untuk diseteril...
Well harap kak pah rebus dalam air panas ler hendaknya bersama botol aisyah.
Malam tu Ayip tido awal dengan abi dia..
Tapi Abi mintak aku kejutkan balik sebab dia ada assingment nak buat.
Lepas siap pam susu dan jemur baju ayip semua, aku bakar lilin birthday kek abi dan kejut dia..
Bila disuruh tiup dia hembus sekuat-kuatnya plak..
Hampeh.. tak sempat nak amik gambo..
Kijam....

Saturday, abi ada kelas sepanjang hari.
Aku dan Ayip tinggal kat umah sambil berguling-guling, berkejar-kejar main tido-tido sementara menunggu petang.
Petang tu aku masak nasi, ikan goreng, sardin dan sayur bayam.
Bayam yang sebenarnya dibeli untuk Ayip.

Since hari khamis, ayip dah ada buaian sendiri kat umah.
So dengan adanya buai, agak lena dan lama dia tidur.
Makanya banyaklah segala kerja terbengkalai yang aku sempat siapkan dalam masa sehari.
Tak ada lagi baju menimbun, tak ada lagi sofa sarang tikus..
Tapi semua tu kejap jer..
Esoknya, bersepah lagi umah kami..

Ahad, Abi ada kelas 8.30-10.30 pagi.
Lepas tu kami gi Mydin Subang Jaya beli barang umah yang dah surut semuanya..
Disamping nak beli makanan Ayip..
Ayip yang dah ngantuk, memula senyap jer dalam stroller.
Tapi bila dah lama sangat dia mula mengamuk..
Kene didukung pulak..
Bila ada yang menegur dan menyapa dia, dia senyum pulak..
Aduhai anak umi,, mesra alam sungguh.
Masa on the way balik, Ayip tido..
Sesampai umah aku masuk dalam buai, tapi dia terjaga pulak..
Kan main susah nak tidokan balik..

Akhirnya sebelah tangan pam susu, sebelah tangan buai ayip..
Abi ayip? dah lama pengsan tertido...
Tak apa, dia penat wat assingment sampai larut malam..

Hari isnin, kami bawa Ayip ke klinik untuk amik suntikan pneumococcal vaccine second dose..
Aku dah bangun awal, tapi ayip dan abi kan main sedap tido..
Akhirnya kul 10 baru sampai DEMC..
Orang dah ramai sangat..
Kebetulan plak no giliran aku dan ayip dekat-dekat..
Masa no aku dipanggil, abi dan ayip ikut sama.
Masa aku tgh wat Pap smear, no ayip plak dipanggil.
Abi ler yang bawa dia jumpa dr roliza..
Tapi jap pastu aku menyusul ke bilik dr roliza.
Ayip yang memula senyum dgn dr roliza tetiba nangis bila doktor tu simpan balik tape untuk ukur panjang dia..
Haaaa dia majuk nak tali tu.. disamping dah ngantuk nak tido dan nak susu..
Padahal kejap tadi dah bagi susu dan biskut farley..
Hmmmm...
Pas duktur cucuk lagi kuat dia nangis..
Hahahaha... Tak penah-penah dia nangis kene cucuk..
Tapi kejap jer la..
Dalam setengah minit gitu, dia diam..
Masa dalam keta aku bagi susu, terus tido sampai umah..
Kat umah Dia sambung tido sampai kul 4.30 petang lepas aku tuam bekas kene suntik tu..
Bangun-bangun jer minum susu, mandi.
Ingatkan dah kenyang tak ler makan banyak bubur.
Sekali makan penuh mangkuk kecik..
Huuu... Dia suka brokoli bayam dan carrot yang aku masak..
Pastu cek suhu badan tgk2 demam.
Patutlah asyik merengek manja...
Kami pun amik cool fever tampal kat dahi.
Bagi ubat demam dan lap kepala dan badan dengan towel basah...
Tengah malam cek suhu lagi, tengok2 dah ok sikit.
Dah turun suhu normal, tapi masih agak panas...

Pagi tadi aku hantar ke rumah kak pah, dia happy macam selalu.
Berlagu lagu dia dalam kereta.
Aktif mengigit tali yang aku buat gantung mainan dia.
Harap-harap dia tak meragam ngan mak pah dia hari ni..

Oh yer, berat Ayip naik 100 gm jer.. dari 9.2kg kepada 9.3kg..
Dia sangat aktif ler agaknya...




Friday, November 20, 2009

20 november!


Kek bestday Abi Ayip.. Bought on today..1.40 pm..

Ayip on car seat

Since Tuesday, Aku drive ayip alone to umah babysitter kat blakang building opis..
Sesuatu yang sangat mengujakan dan menakutkan juga.
Dahlah sekarang tetiap hari hujan..
Aku bukanlah pemandu pro macam ibu2 yang lain..
Buktinya ari kedua drive ayip aku sondol dinding parking basement opis sebab gelabah dah lambat..
Hahahaha...
Setakat hari ini, alhamdullilah, Ayip is very well behave boy.
Dia ok jer duduk car seat sambil membuat bunyi seram untuk menyakat umi yang kene concentrate..
Bila aku cakap "seramnyer sayang", dia akan gelak..
Kadang aku geletek tapak kaki dia..
Pun dia gelak..
Alhamdullilah, aku dikurniakan dengan seorang anak yang penyabar dan tenang.
Sangat-sangat playfull juga..
Teramat menyenangkan hati..


Hari ini, genap 7 bulan usia Ayip.
Hari ini juga genap 33 tahun umur abi Ayip.
Doaku semoga mereka berdua sentiasa dilindungi Allah dalam apa jua dan kemana jua mereka pergi atau berada..
Semoga mereka diberkati dan sentiasa dalam redha Allah serta dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dikurniakan kesihatan yang baik.
Semoga mereka terletak diantara mereka yang beriman dan sentiasa berbakti kepada Sang Pencipta.
Amin..

Tuesday, November 10, 2009

Tidur anakku sayang

Mata dah kuyu tapi nak meniarap juga. Pastu terjumpa plak mainan

Geramnyer!!!! Gigit telinga dia...

Adoihh penat la umi... Nak tido...


Petang semalam masa amik Ayip dia tgh tido lena dalam buai kat umah BS.
Terpaksa angkat juga bawa balik.
Dalam keta dia tak diam, memukul-mukul tangan aku.
Marah ler kut sebab kejut dia tido..

Sampai umah aku taruk atas tilam..
Mata dah layu...
Tapi..
Terus meniarap..
Adui ada mainan plak kat bucu tilam...
Terus dicekau..
Tarik kemulut..
Isap, gigit, tarik sambil mulut tak diam meracau lagu dia...
Aku amik HP snap gamba dia..
Nak tengok apa jadi ngan labah-labah itu..
Kemudian dia geram..
Menjerrit sekuat-kuatnya..
Sambil mulut mengonggong labah-labah...
Tarik sekuat-kuatnya dari mulut..
Buat- lagi dan lagi...

Leka dok tengok TV aku tak perasan dia dah semakin slow..
Tau-tau dah diam..
Aku ingat dia penat dan rehat macam selalu..
Sekali tengok, dah tido...
Lerrrr sian anak umi...
Konon sian tengok dia tido gitu, aku terbalikkan dia telentang..
Dan dan terus jaga dan tak tido-tido dah sampai ke malam..
Adussss.......
Sepanjang petang dia minum susu dengan banyaknya sebelum tertido juga akhirnya..

Monday, November 9, 2009

cerita hujung minggu lagi

Ayip dah sepupunya Rayyan
Beza usia tepat 5 bulan...
Tengok beza saiz... Kaki Ayip dah terkeluar dari tilam.. hahahahaha

Umi kata kayuh kedepan, Tapi anak umi ni kayuh kebelakang plak..

Umi amik gamba dia, dia plak buat muka tak puas ati sebab umi tak bagi dia rampas hp dari umi...

Hujung minggu Ayip agak special kali ini.
Ayip berjaya mamboikot puting kosong dan tidak juga mencari buaian di rumah..
Abi dia ada kelas pada hari sabtu dan ahad.
Sabtu sepanjang hari, Ahad kelas pagi jer..
Umi pulak busy mengemas umah sambil memerhati Ayip.
Dek kerana Ayip yang agak manja, umi bawa jer dia kemana-mana..
Umi kemas bilik dia dok katil bilik, Umi jemur baju, dia dok stroller ikut umi..
Tapi muka dia serius jer.. Sampai umi baring sekali ngan dia baru la keluar bunyi manja dia..
Penangan jagaan ala-ala askar mak pah..

Sabtu umi masakkan dia bubur ayam dan brokoli.
Dia suka, Makan suku mangkuk baby gak habis..
Petang pulak aku bagi Infant cereal Apple Raspberri kat dia..Y
Yang ni memang dia suka sangat.. Manis ...
Sepanjang hari dia agak baik.
Nak tido langsung tak bising..
Bunyi ngongoi lagu dia pastu trus pejam dan tido...
3 kali tido jaga tido jaga gitulah dia..
Sampai abi balik dia dah tak mau tido,
Taunye nak main ngan abi jer..
Sampai abi tertido baru la dia pon tido..
Aduiii pantang nampak abi
Trus lebar senyuman dia..
Dulu pantang geng, sekarang pantang jumpa..

Ahad, Kul 10.30 pagi Abi baru balik kelas.
Lepas abi makan nasi lemak, kami potong rambut ayip.
Dianya dah ngantuk sebenarnya...
Lepas potong rambut dia mandi.
Lepas mandi dia makan.
Tapi dalam pada makan tu, mulut bising melalak nak susu...
Tapi bila disuap dia makan juga. Telan juga..
Last2-last tertidur tanpa menghabiskan bubur dia..
Sian plak nengok.
Pastu aku kejut gak bagi susu badan..
Nak bagi air masak takut tersedak sebab dah ngantuk sangat.
Pas nyusu sikit terus tido sejam lebih..
Sian.. penat sangat...

Petang, Eija nganHafiz, MIL dan FIL datang umah bawa baby Rayyan.
Letak jer sebelah Ayip, dia terus cekau topi member tu..
Cepat-cepat aku alih tangan dia..
Ayip ni kuat.
Kalau dia memukul, sure sakit punya..
Mata aku pun banyak kali jadi mangsa dia..
Sebelum diaorang datang, dia dah nak tido dah, sambil ngongoi manja menjerit-jerit main ngan aku sambil lepak.
Sekali nampak tok wan ngan tok terus senyum lebar..
Nampak mak yang trus hulur tangan nak cekau tudung glamer mak yang.
Hmmmm Tangan tak reti diam...
Lama gak dia senyap tanpa suara sebelom mula menjerit semula..
Ngantuk...
Tapi tak boleh nak tido..

Sampai sumer dah balik, aku mandikan dia...
Tengah2 mandi macam biasa dia suka melonjakkan badan dan berdiri.
Tah macammana dia lonjak dan aku tak ready trus terlepas..
Bedebuk kepala kene tepi besen..
Dia jerit kejap pastu gelak balik..
Kiter dah takut dah kalau-kalau cedera kepala dia..
Tapi dia buat tak tau jer...
Lepas pakai baju dia menyusu..
Lepas jer burb terus lena dalam pangkuan aku...
Haaa kan dah penat...
Ingat lama berjaga siang tadi, dia boleh la tido lama, Sekali kejap jer dah jaga balik, mintak susu balik..
Saja jer aku taknak bagi dia makan.
Tak sangka plak dia lapar sungguh gitu..




Monday, November 2, 2009

Ayip Bila ada Umi dan Abi

Kepenatan..

Minum susu anda jadi sihat dan kuat.. hehehehe

Gonggong towel plak Ya Rabbiiii....

Mammaa... buuuu... tu lah yang dia sebut time ni..

Jaga-jaga umi.. Ayip kembungkan pipi nak sembur keluar puting dia..

Handle ni letak kat idung stim gak yer...

Ni stail isap puting ayip yang agak unik. Lagi dimarah lagi dia suka..

Tido lepas penat bermain.

Hujung minggu lepas, Ayip tak kemana-mana.
Kata nak hantar barang keumah pengasuh baru kat pj ahad petang pun tak jadi.
Kak pah nak gi tengok wayang ngan anak-anak plak..
Mak Yang dgn rayyan dan tok wan serta tok nak datang umah pun tak jadi sebab ujan.
Petang jumaat umi amik Ayip dari umah umi linda dalam keadaan comot.
Tilam, bantal, beg baju malah baju dan stokin semua terpalit ngan tanah liat mainan kaler purple dan merah..
Tak mahu ku bayangkan kalau ayip termakan benda alah tu..
Moga dia berada dalam lindungan Sang Penciptanya AMIN....
Sampai umah, Ayip gaduh-gaduh manja ngan abi sebelom tido lena sampai ke pagi..

Sabtu pagi, abi ada kelas sampai kul 4 lebih petang.
Tinggal la umi dan Ayip jer.
Macam biasa, Ayip bangun awal pagi seawal kul 8.
Umi bawa dia ke ruang tamu untuk teman umi pam susu.
Ayip tetap Ayip yang suka mencubit, mencekau dan menjerit.
Umi pam susu, dia pon sibuk tarik-tarik tube pam umi, cubit peha umi, tarik siku umi..
Pas dah penat kacau umi dia nangis lapar.
Umi bagi mamam Nestle Gold cereal..
Umi malas dah nak masak bubur ayip.
Ayip tak suka makan bubur kosong.
memilih.. Ayip makan sesudu setengah table spoon cereal..
Lepas makan dia sibuk nak susu plak.
Minum plak 2 oz susu lagi pastu burbbb kekenyangan.
Bila dah comot, Umi mandikan ayip.
Selesai jer pakai baju terus tido.. Hehehehe
Giliran umi plak mandi..
Lepas umi mandi umi jemur cadar tilam yang ayip kencing.
Sekali Ayip terjaga dengar bunyi penyidai besi hak terseret kat simen..
Cemas tgk takder orang Ayip menjerit nangis..
Umi biar jer kejap sampai siap baru pujuk..
Kene ajar gitu, supaya Ayip tak jadi penakut.
Lepas tu Ayip tido balik..
Bangun kejap menyusu dan bermain pastu tido balik.
Gitulah dia sampai petang.

Hari Ahad, abi ada kelas juga pagi sampai kul sebelas.
Macam semalam, lepas mamam dan mandi ayip tido.
Kali ini lama dan lena.
Tapi selepas abi balik umah, Ayip tak mau tido dah..
Gitulah dia selalunya.
Kalau ada abi, dia nak ajak main jer.
Terjerit-jerit, terpekik-pekik ngan abi dia..
Aduhaiii anak umi..
Dah kepenatan kul 4.30 baru nak tido..
Time tu hujan turun lebat.
Kul 5 pandai lak dia jaga, mamam dan mandi...
Malam dah susah nak tido..
Terpaksalah aku temankan dia tido awal dan akhirnya aku yang tertidur sama...