Friday, July 30, 2010
Cedera!
Sejak dua menjak saya dah belajar berjalan nih, dah 8-9 kali saya jatuh tergolek.
Tapi biasanya saya jatuh tak lah sampai lebam.
Kalau kat umah, bila jatuh saya nangis kuat-kuat sambil tersedu sedan.
Nanti umi akan angkat saya, dukung dan usap-usap kepala atau dahi yang terhantuk kat lantai atau dinding.
Umi tiup kuat-kuat pastu cakap, tak lebam dah.
Err memang tak lebam.
Tapi satu hari, masa umi tengah pakai contact lense, saya bermain panjat2 ngan abi kat dalam bilik.
Saya terpijak tilam kecik yang umi dan abi letak disebelah tilam tido kami.
Licin la pulak, tub.. terhantuk kat kabinet.
Abi amik dan pujuk saya.
Tapi abi tak tiup dan usap macam umi. Nampak dak kat atas dahi belah kanan tepi ada satu garis panjang lebam biru kuning.
Esoknya kat umah mak pah, saya nak bangun berdiri. nak tunjuk mak pah yang saya boleh jalan.
Sekali terlepas imbangan dan jatuh tersembam.
Saya nangis kuat. Tapi mak pah kata saya ngada-ngada.
Tapi saya tak tipu punya. memang sakit.
Tengok tak lebam dan benjol besar telur ayam jantan kat dahi tuh.
Dah petang baru mak pah perasan.
Baru dia sibuk carik ais gosok kat dahi saya.
hmm takper, dimaafkan. mak pah kan rabun hahahaha
Tuesday, July 27, 2010
on his one year 3 monts old - from facebook notes
Dalam usia setahun 3 bulan. Masih jauh dia ketinggalan. Yang dia tahu buat setakat ini ialah, berlajar berdiri sendiri. dalam dua kali cuba sekali jatuh sekali berjaya. Belajar melangkah sendiri. Paling banyak 5 langkah. Tapi hanya mahu melangkah ketika dirumah. Dirumah mak pah langsung tak mahu. (mak pah komplen nih) hahahaha
Dia paling suka buku. Bangun tidur terus cari buku. Bukak dan tunjuk pada gambar dan menyebut "A" atau "E".. bunyi lain tak ada. Kadang-kadang dia akan sebut "Popol" bila nampak gambar kucing atau anjing. Dia suka tengok rancangan Hi-5. Malah tahu menunjuk high -5 kat kita tanpa disuruh-suruh. Dia akan duduk diam dengan senyuman lebar menonton hi-5 setiap pagi. Dia juga obsess kepada Yo Gabagaba.. Dan yang paling tak tahan, dia suka semua montaj tv dari nt7, tv3, astro oasis, Axn dan lain-lain. Sanggup berkejaran dari dapur semata-mata nak tgk montaj. Tapi sampai dpn tv dan selesai hahahaa saya kan lambat, masih merangkak. hahahaah
Dia tahu menunjuk isyarat finish dengan tangan bila jenguk dalam mangkuk bubur dah nak habis ataupun nampak biskut atau roti kat tangan umi dan abi dah habis. Tapi bunyinya tetap sama "A" atau "E". Dia suka mencium gambar kucing. Sangat sukakan kucing. Langsung tak takut anjing juga. Tapi dia geli dengan berus kasut. Asal tersentuh kat kulit dia akan lari cepat2 memanjat sofa. lucu sekali. Dia sudah faham apa itu salam. Sebelum balik tiap2 petang mesti salam mak pah. Dia tak lokek memberi senyuman dan ciuman pada mak pah, Aishah, umi dan abi. Orang lain dia tak nak. Dia juga punya suara yang amat kuat. Agak glamer kalau dibawa kepasaraya. Bila masuk waktu tidur tapi masih ditahan suruh berjaga dia akan mula menjerit dan menjadi luar kawalan.
Dia tak suka carrot. bila diberi carrot dia akan muntah. err bukan tak suka. macam elergik. Dia makan macam lauk lain. Tapi half way dia akan muntah. Dia suka menepuk tangan dan mengajuk umi dan abi cakap gud boy dengan sebutan "jiji". Sangat gelihati dengan bunyi kambing hingga boleh tergelak mengekek-ngekek. Lagu kesukaan dia ialah Sofea Jane dan labah-labah hitam. Dia tidak diajar langsung satupun lagu rakyat atau timang yang biasa dinyanyikan oleh orang tua-tua dulu2. Yah.. dia agak lebih tahu lagu2 nursery rhyme orang putih sebab mak pah selalu nyanyi untuk dia. Umi dan abi pon selalu belikan cd yang begitu juga. hahaha..Hilang jati diri plak.
Dia sudah tahu meminta apa yang dia nak dengan menunjuk. Dia sudah boleh diharap untuk meletak barang mainan kedalam bakul semula selepas bermain. Dia juga sudah tahu memberi barang yang dia pegang ketangan kami. Tapi heran, perkembangan motorik kaki dan imbangan dia sangat lambat. seusia 15 bulan masih tidak tahu berdiri. Agaknya kerana dia agak besar dan tinggi. Tapi mustahil lah. mungkin dia over protective seperti kata doktor. Walaubagaimanapun kami tak pernah paksa dia. Biar saja dia lakukan semua sendirian. Alhamdullilah dia senang faham. sekali ajr dia mampu mengikut. Yang paling menyentuh hati, bila kami batuk dia akan datang cepat-cepat tepuk dada, sebagaimana kami selalu buat kat dia.. Yah dia anak yang penyayang..

??????????
Tah pesal, Lately, kepala seakan blank dan tidak berinisiatif mengupdate blog ini.
Tapi hari ini aku rasa nak cuba berbaik dengannya semula. hahahaha
Ayipku dah besar. selama 3 bulan menyepi, sudah banyak perkara tentang dia yang terjadi.
Sekarang dia sudah mula bertatih sejak minggu lepas.
Dia bangun dengan sendiri mengikut cara aku bangun.
Bila aku langkahkan kaki dia juga turut melangkah.
Namun dia hanya mampu bertahan 5 langkah yang paling panjang kemudian jatuh terduduk.
Dia sentiasa mahu memegang sesuatu ditangannya bila berjalan. Agaknya dengan begitu dia rasa balance lebih mantap. hahahaha
Terbaru dia sudah tahu mengajuk percakapan kami.
Dia suka memanggil aku bila aku kat dapur.
Dia panggil aku "Pah" sepertimana dia panggil mak pah dia.
Malah abi juga dipanggil pah. hahahaha
Bila aku kat dapur dia rajin menjenguk kat pagar dia dan memanggil "Pahhh" berirama
Nanti aku kan jawab "Yer sayang" kemudian dia akan ngajuk ikut intonasi suaraku "Pah pahpah" hehehe
Suaranya sangat comel dengan mulut kecil yang sentiasa menitiskan air liur basi itu..
Di dinding kami tergandung kalimah LAILAAHAILAALAH MUHAMADRASULLULAH pemberian pak ngah dia.
Dia suka sentuh dan cuba baca bila didukung berdekatan frame itu.
Lalu kami bacakan untuk dia sebagaimana kami timang dia sebelum tidur..
Nah, surprise.. Dia pandai mengikut cara kami menyebutnya tapi bunyinya gini "yaaaaaeeeyaaaaieeyaaaa" siap ngan lagu hahahaha Ayip.
Sabtu lepas tok wan dan tok abah dia datang umah dah lewat petang.
Dia masih sleep.
Bangun2 sleep jer malu-malu miow..
Pas mandi dia mula mengganas seperti selalu.
Berkejaran kesana kemari.
menyentuh, menganggu dan sebagainya.
Tapi dia masih tak mahu didukung atau dipangku oleh atok2 nyer..
Lalu aku ajak abah dan mak makan malam sekali.
Biar mereka bermain lama sikit dengan cucu sulung mereka yang sombong itu hahahaha
Nampaknya dia boleh ditinggalkan bersama atok dan tok wan dia kat ruang tamu.
Tapi langsung tak hiraukan orang itupun.
Yang dia kesahkan ialah mainan dia yang penuh bakul besar.
Ayip-Ayip.
Masa mak, abah dan Abi makan dia pon sibuk pergi ke meja makan dan meraba-raba lengan tok wan. hehehe kan...
Gitulah dia.
Bila orang amik dia lari bila orang busy dia datang nyerah diri..
Dia juga makan nasi yang sama, lauk sup ayam kampung dengan cendawan shitake.
Takut juga nak bagi dia cendawan due to ellergi.
Tapi alhamdullilah, so far aku dah try cendawan tiram dan shitake, so far dia tak alah.
Malam tadi aku suap dia nasik lauk lala masak cili.
Selamba jer dia makan. Tak nampak macam kepedasan pun.
Ahad petang lagilah, ku suap dia nasi kerabu kat rumah Nuyue.
Siap ada budu lagik, selamba jer dia makan. balik dari umah nuyue singgah mcD beli GCB.
GCB pun dia belasah makan gak. Pastu kentut busuk. cesss Ayip.. Memang anak abi..
Tuesday, May 4, 2010
Ayip first birthday
what can i say...
Hurayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!
My boy is now one!
Hehehe sebenarnya Ayip turning to one year on 20th April 2010.
Jatuh pada hari selasa.
Kami meraikan dia pada 25 April 2010 pukul 12.30 hingga 4 petang dirumah kami.
Ramai teman dan saudara yang datang.
Namun tidaklah seramai yang dijemput.
Rezeki kawan-kawan.
Dapat juga mereka membawa bekalan nasi, lauk dan bubur.
Kami dibantu oleh tukang masak berpangalaman iaitu jiran-jiran kami iaitu Kak Zai, Kak Nor, Kak Yah dan teristimewa Kak Hasrisa yang sanggup datang dari banting semata-mata nak tolong masak.
Love u kak.. Jasamu hanya Allah mampu membalasnya.
Seronok sangat rasanya sebab ramai kawan-kawan yang hanya dikenali dialam cyber datang bertandang ke kenduri ayip.
Antaranya ialah:
Kak Harisa & family (mia rock)
Jueliza dan family
Villiant dan suami
Suhaida Azmi dan family,
Wina dan family
Nuyue dan family
Kak Asniza dan family
Ann Syifa dan suami (tam dan teh tak bawak pon.. sampai hati mama dan ayah tinggalkan)
Lidiawadi dan family bersama perut bolatnyer..
Syakira murni dan family
errr terakhir sampai Mirza, somi dan perut bolatnya
Itu jer kan? ker ada lagi yang ku termiss?
Hehehe mekasih bebanyak atas kesudian korang datang..
Mak pah plak datang ngan syahira dan suhaila.
That day mak pah sponsor bubur durian.. yummyy sedap sangat
Yang dikenali sejak bertahun lama pula, ada si Jamaliayah aka lia yang cute.
Datang sendirian membawa cheese tart yang sangat delicious.
Sorry lia, membuat dikau terpinggir sepi sendiri.
Sapa suh tak bawa teman hehehehe.. Len kali kita berting tong lagi tau..
Tok abah dan tok wan ayip juga ada.
Datang bersama Rayyan, nda yang dan uncle hafiz.
Keluarga tok tar diwakili oleh syed ijoi, cik pah dan suami serta umairah.
Nda ton plak datang dengan satu-satunya anak lelaki beliau syed wazir
Keluarga ayah wah diwakili oleh abang shahrin dan famili
Keluarga Ateh chik dan tok papa sumer ada kecuali a-an.
Oh ya tak lupa juga ayah yen ayip yang paling rock menapau kesemua baki lauk dan nasi yang ada untuk kawan2 kolej dia.. @ thumb ups to ayah yen.. hehehehe
Alhamdullilah, rezeki ayip murah.
Segalanya berjalan lancar dan hampir sempurna.
Kek sedap ayip bersisa sedikit sahaja.. Adehhh lupa betul2 nak menapau kek untuk anak-anak kak risa..
Len kali kalau den nak pi umah akak, den boli satu bijik untuk akak yoo..
Monday, April 12, 2010
Perjalanan kami hampir setahun
Sayang umi dah hampir setahun. Tinggal 8 hari saja lagi. Umi tengah giat merangka dan merancang kenduri doa selamat untuk Ayip. Umi cuba sedaya upaya umi untuk tak meminta tolong dari Abi. Semuanya umi uruskan sendiri kerana Abi agak susah diajak berbincang kebelakangan ini. Abi penat. Kerja banyak. Karenah orang sekeliling pun banyak yang abi kena layan.. Tak apalah sayang. Umi akan keluarkan duit umi dan tenaga umi untuk awak punya kenduri hari lahir pertama..
Ayip sekarang dah sangat nakal. Hobi dia kalau kat rumah ialah memanjat sofa, cuba berdiri di rak tv dan petik swis tv, tarik wayar astro dan panjat kipas. Kalau di dapur, dia paling suka laci tempat aku simpan cawan teh.. dia akan bukak, keluarkan cawan dan ketuk kat lantai.. hasilnya pecah.. Peti sejuk juga adalah tempat yang paling dia gemari. Pantang dibuka, terus masuk dan huru harakan semua botol kicap dan sos kat dalamnya.. Laju tangan dia tolak kesana kemari. Jari-jari kecil itu juga sangat rajin mengutip habuk2 kecik dan dimasukkan ke dalam mulut.
Sabtu lepas, kami belikan dia car seat baru. Yang lama dah pendek dan tak boleh digunapakai budak besar tu lagi. Abi beli untuk birthday dia. Tapi hari ini dah rasmi. Kemudian kami ke seri kembangan untuk membeli mambrans pam spectraku. Tapi takdak stok plak. On the way balik, jalan jammed teramat sangat. Lalu abi lencong ke putrajaya. Ku cadangkan kami urut ayip ker rumah opah di Sepang. Abi Ayip ikut saja. Lalu kami telefon opah. Kebetulan opah tak kemana-mana.
Saat diurut, Ayip menangis dengan kuat. Sakit sangat rasanya. Bila urut kat punggung dan pehanya, lagi kuat dia menjerit. Sedih hati umi melihat Ayip merayap nak lari dari urutan opah.. Merangkak-rangkak dia merayap kearahku.. OPah pulak urut kuat-kuat sambil bersendawa tanpa henti.. Yup.. memang Ayip banyak angin.. Dan opah kata ada urat peha terkedu belah kiri.. Sesudah diurut badan, giliran kepala pula. Sekali lagi dia menjerit.. Kepala dia sakit.. Opah tanya kami "Selalu jatuh kepala ker budak ni?" Ku jawab selalu pah. Dianya lemah, tapi gatal nak berdiri dan memanjat..Opah kata "Patutlah.. Kalau dia jatuh tu engkau urut kepala dia gini. Opah tunjukkan caranya." Hmm aku yakan aje.. tak adanye aku berani.. sesudah selesai kulihat wajah ayip yang sangat berbeza.. Nampak segar bertenaga dan ceria.. Semasa Opah hidangkan air milo dan keropok untuk kami minum dia didukung dan ditatih oleh opah dan cucu-cucunya.. Bukan main riuh suara dia membebel bahasa dia.. "haaa laju jer langkahnye haa. tinggal lagi takleh nak imbang badan. atas berat" kata opah. Dia pon "Dahhhhhhhhh!!!" hehehehe Ayip.. Dah tak takut orang lain dah.. Lega..
Kebelakangan ini, dia dah pandai mengamuk. Kalau nak susu malam, dia jerit kuat-kuat seperti kene pukul. Kalau lambat layan dia pon dia akan jerit.. Biasanya dia begitu kalau merajuk denganku. Puncanya ialah, pada hari khamis lepas, dia main-main bila aku tidurkan. Habis kain buai basah dia sembur air liur. Lepas tu aku pun pukul tangan dia dan jentik pipi dia sampai dia nangis.. Mulai hari tu bukan main terror dia menjerit dan mengamuk.. Hmm sampai hari ini pon aku tak cakap sorry kat dia.. Sabtu pagi pulak, dia tumpahkan sebotol penuh susu yang aku tengah pam. Dia sibuk nak kacau dan terpusinglah botol tu dari valve.. Haaa kan dah tumpah. Hukumannya aku ignore dia.. Tambah plak petang aku biarkan opah sakitkan dia.. emosi betul lah dia tu..hehehehe
Jumaat ni kami akan pergi ke penang untuk kenduri kawin Adik ipar. pertama kali dia berjalan bermalam. Aku harap kami akan dapat bilik sendiri sebab budak ni sangat payah nak tidur kalau ada org asing.. Kalau tak dapat teruklah nak ku dodoi dan jentik tu nanti.. Sebetulnya rasa malas nak ikut. Tapi yerlah, dah setahun usianya, rasanya dah boleh dibawa merayau.. Kena pulak sekarang dia tengah gila berdiri dan tak mahu diam. Mengharap semua orang busy dan tak ada masa nak dukung dia jer.. hehehehe tak mahulah nanti balik dai sana timbul plak peel lain.. Mati den kono dengan mak pah..huhu...
Wednesday, March 24, 2010
TAG: 10
tag dari http://fisaothman.blogspot.com
[1] Siapakah diri anda di rumah?
Isteri kepada encik Syed Ibrahim Adha dan Umi kepada Syed Arif Iskandar, merangkap cleaner, chef dan mem tanpa bayaran.
[2] Siapakah diri anda disamping rakan?
Entahlah, Tak pernah tanya pulak. Errr saya ada rakan ker? Rakan alam cyber banyak la.. Rakan paling rock rakan2 RH dan Facebook.
[3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
Banyak. Salah satu darinya ialah Rumah atas tanah. Tak kira la teres ker bunglo ker umah kampung ker. Janji ada laman untukku menanam pokok kunyit, halia, serai, cili, lengkuas, cekur, terung, kacang panjang, kacang buncis, kacang botol, pokok mangga, pokok limau kasturi, pokok limau nipis, pokok buah nona dan pokok rambutan.
[4] Siapakah nama pasangan anda?
Tu dah tulis kat atas tu
[5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
a) Dia ensem
b)Dia baik
c)Dia bertanggungjawab
d)Dia kelakar
e)Dia tak kedukut denganku
[6] Bila tarikh anda couple?
13 februari 1999
[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Banyak gak. Malas la nak cerita.. Dah nama pun pahit, buat apa dikenang-kenang
[8] Lagu tema cinta anda?
tak ada plak..
[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
ermm nak tgk dia rajin masak.. (saya penat la masak sorang-sorang)
[10] Tag 10 rakan ada yang lain
Nak tag semua yang terbaca blog saya.. hehehe (macam la ada orang baca)

Tuesday, March 16, 2010
Saya tak sihat
Saya tertido kelemahan sewaktu umi saya menyediakan makan tengahari saya yang akhirnya saya makan sejam setengah kemudian. Saya makan sikit jer. Pagi tadi umi dan abi antar saya ke klinik sebab saya demam, selsema teruk dan batuk. Umi saya cuti, tapi abi kerja. Saya batuk teruk sampai muntah-muntah kat klinik. Kat klinik doktor cek dada saya, belakang saya dan tekak saya. Doktor bagi saya gula-gula. Tapi saya takleh makan gula-gula lagi.. Saya masih kecik. Doktor bagi saya ubat.
Sampai rumah, umi mandikan saya dengan air suam. Tapi saya rasa sejuk sampai mengigil. Umi mandikan saya cepat-cepat lepas tu pakaikan baju jarang supaya panas badan saya turun. Lepas tu umi bagi ubat. Tapi saya muntahkan balik semua ubat.. Eh ada ker yang saya makan yer.. Ada kut sebab tu saya ngantuk sangat. Lepas muntah, umi bagi saya susu sikit. Tapi saya tak ada selera. Saya minum sikit jer. Terus saya tidor.. Sejam kemudian saya rasa lapar. Saya nangis mintak susu. Umi bagi susu sikit lagi kemudian umi kata nak bagi saya makan nasik. Umi kedapur masak lauk saya. Tapi kejap jer umi panggil saya, saya dah diam.. Umi tengok saya.. "lohhh tidur" kata umi sambil usap2 kepala saya. Umi biarkan saya tidur macam tu...
Lepas makan nasik pukul 2 petang, saya tidur lagi. Kali ini saya tidur kat tempat yang elok sikit. Ditengah-tengah tilam. Umi baring sebelah saya sambil belai-belai rambut saya. Saya bangun pukul 5 petang. Umi bagi saya ubat lagi dan mandikan saya sekali lagi.. Saya sejuk. Tapi umi kata mesti mandi untuk turunkan panas badan. Demam saya masih belum kebah.. Selsema makin teruk..
Hari Sabtu saya rasa sihat sikit. Demam saya dah kebah. Selsema saya juga dah kurang. Tapi saya masih batuk. Umi tetap bagi saya ubat tanpa belas kasihan.. Hasilnya saya sihat sepenuhnya pada ari ahad. Cuma batuk saya masih tak hilang. Kahak saya banyak..
Semalam (15.3.10) saya pergi rumah mak pah macam selalu. Umi hantar saya. Saya diserang batuk teruk semula. Umi dan abi saya pun batuk. Sangat teruk. Petang semalam saya muntah dalam buai. Tapi abi tak perasan. Lepas umi mandi umi jenguk saya dalam buai macam selalu. Umi tanya abi pesal tak tukar baju dia? basah ni? Abi kata sikit jer. Umi kata muntah ni.. sampai abis basah dada sampai ketiak sikit hapa. Abi kata bila masa dia muntah? See betapa cuainya abi saya. sebab tu umi tak bagi dia jaga saya lama-lama. Dia kalau tengok TV, dia boleh lupa dunia. Adalah sekali dia leka tengok TV tanpa sedar saya koyakkan ubat nyamuk dan makan kertas berwap ubat nyamuk. Umi marah dia teruk-teruk.. Hehehehe... Umi cuba tukar baju saya tapi saya batuk lagi dan muntah lagi.. Habis basah baju dan seluar saya. Kat lantai penuh muntah saya.. Umi cuci semua. Umi tukar baju saya, lampin saya dan kain buai saya.. Lepas tu saya sambung tidur balik. Oh ya sebelum tidur tadi umi bagi saya ubat batuk yan terakhir.. Iskhhh sampai abis ubat masih juga saya tak baik batuk.. Kesian umi selalu jaga malam-malam sebab saya batuk. Kalau saya batuk, umi akan sapu minyak panas kat dada dan tepuk-tepuk belakang saya sampai saya tidur semula. Umi pun batuk juga. Tapi takde sapa nak urut umi atau sapu minyak kat umi.. Umi tak boleh makan ubat batuk sebab umi masih susukan saya... Sian umi... (Psttt ... sebenarnya umi lebih kesiankan Ayip dari diri umi sendiri)
Subscribe to:
Posts (Atom)