Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya


Sempena hari raya yang bakal menjelang sehari lebih jer lagi, aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua pengikut-pengikut blog ini dan pembaca-pembaca baik sengaja atau yang terbaca.
Mohon ampun maaf andainya ada tulisan yang menyinggung perasaan.
Semoga hari raya kita semua ceria-ceria selalu..

Wednesday, September 16, 2009

Ayip basah!

Masamnyer muka. Ada lah tu yang dia tak puas ati.

Adehhh...
Malam tadi aku cuba pakaikan Ayip dengan cloth diapers kaler coklat yang sebelom ni sememangnya akan bocor kalau dipakai.
Ayip pakai dari kul 2 pagi till 4.40am..
Memula ku raba ok jer.
Kering.
Sekali lepas rendam EBM dia dan nak feeding dia aku rasa
"weihh basahnyer awak. Sampai belakang pun lenjun."
Ayip yang dah nangish nak susu tak boleh tunggu lagi.
Lalu aku bagi dia susu dulu.
Lepas burb aku tukar baju, lapik tilam dan diapers dia.

Eheh... lupa nak letak wet tissue kat luar bilik..
Masa lap badan dia ngan wet tissue Ayip mengigil sojuk..
Benda tu sejuk kena air cond daaa.. hahahaha..
Lepas siap berbaju dia sedu..
Aku dah agak dah..
kalau ayip sejuk mesti dia sedu.
Sian anak umi.
Ampeh tul cloth diaper nan 2 bijik tu kan sayang.

Akhirnya aku dan hubby terpaksa bersahur shift lagi.
Ayip kalau dah sedu memang payah nak tido balik.
Macam-macam bunyi dia buat.
Macam-macam aksi dia kerjakan tangan aku.
Sampai juling-juling mata dia konon nak tarik tangan aku masuk mulut dia..
hehehehehe...

Alkisahnya, aku ada beli Cloth diaper 5 helai beberapa minggu sudah.
Hak 3 helai (oren, putih dan ijau) takder masalah.
So far tak pernah bocor.
Hak 2 lai lagi (Hitam dan dark Choc) asyik bocor.
First time pakai, baru jer dipakaikan kat ayip dia terus kencin..
Kebetulan abi dia handle dia nak bagi susu.
Abish ngan abi-abi basah..
Ok takper.. ingat masalah teknikal salah letak insert ker apa.
Aku try pakaikan hak coklat plak..
Tak sampai 10 minit, basah lencun sampai ke tilam.
Cuba dicuci lagi dan ulang pakai.
Sama juga. BOCOR!
Tak putus asa. Cuci dan pakai lagi.
TETAP BOCOR!
Tiga kali bocor aku dah mati akal.
Hubby kata maybe rosak.
Aku plak fenin.
Boleh ker CD rosak?
CD lagu maybe laaa... huhaaaa.
Lalu ku sms puan penjual.
Beliau suh aku cuci and cuci again..
Owhh ok.. akan ku cuba..
and will wait and see..
Cuti raya nanti aku nak cuci dan jemur kat tingkap direct sun every Day!
Kalau bocor juga...
Ku beli yang lain.. heheheheh

Monday, September 14, 2009

Ayip meniarap


Ayip dah boleh meniarap.
Ayip sangat suka meniarap.
Tengah-tengah melalak nak tido pun boleh pusing dan meniarap.
Pastu boleh senyum-senyum plak lagi.


Umi nak tukar pampers dia pun dia boleh meniarap lagi.
Kepala masih goyang-goyang tak kuat.
Nafas termengah-mengah menampung berat badan.
Tapi tetap suka meniarap.

Adakala, dia cuba.
Tapi tak berjaya.
Dia jerit dan geram sampai merah muka.
Tetap tak berjaya.
Umi kata, punggung tu berat sangat.
Cuba lagi.
Akhirnya umi tolong tolak buntut dia.
Terus terbalik dan senyum..
Hmmmm....

Eh eh,.. mata ayip juling kan?
Abi kata juling air.
Kadang-kadang nampak jelas sangat dia juling.
Sebab apa yer?
Sebelom ni dia tak juling pun.
Umi notice sejak dia disergah oleh budak 2 taun kat umah pengasuh tu sampai nangis terkejut dia terus juling kekal.
adehhh...
Takper lah ayip.
Janji sihat.
Mata tu nanti umi buat treatment.

Friday, September 11, 2009

Dengan Gaya!

Gaya tidur Ayip yang terbaru. Selagi tak dapat posisi ni selagi tu dia tak tido.
Wajib tutup mata dengan lengan dan kena mengiring.
Tapi bila dah lama tido pandai lak dia telentang balik sambil mendepangkan tangan.

See, katil untuk 2 orang, sekarang kena dibagi 3.
Tempat umi dan abi kat sipi katil jer.
Ayip Rules!

Tabiat bergaya Ayip! Main lidah dan menyembur air liur. Comot!
Lagi kita lap, lagi banyak dia buat.


Wednesday, September 9, 2009

Macam-macam Ayip

Ayip wearing his brand new cloth diapers..
Looking fresh after bathing.

Ayip dah pandai meniarap.
Semalam dia cuba berpusing tapi belom berjaya sangat.
Kena dibantu baru dia boleh betul2 meniarap.
Dah macam kepala kura-kura plak aku nengoknya..
Hehehehe comel.

Ayip dah pandai menjerit.
Jeritan dia kuat.
Selagi kita tak layan atau pandang dia, selagi tu dia jerit.
Bukan jerit menangis, tapi menjerit seolah-olah memanggil.
Sesambil menjerit tu sembur sekali air liur sambil keluar bunyi afuuu afuuuu...
Antara vocal yang sering keluar time dia menjerit ialah BUAH! dan AII!

Ayip dah ada 5 helai cloth Diapers..
Tapi ayip kuat kencing sebab kuat minum jugak.
5 helai habis untuk satu malam jer.
Lagipun dia tak suka basah.
Bila basah sikit jer dia bising.
So kena lah tukar.

Ayip suka buli Abi.
Tiap kali abi nak tidokan dia, dia akan buat macam2 peel.
Kejap nak susu, kejap nak nangis, kejap nak dukung, kejap nak baring bawah.
Pendek kata serba tak kena.
Tapi kalau umi yang tidokan dia, dia senyap jer.
Buat bunyi merengek manja dan akhirnya tertidur..

Ayip tak suka didukung.
Sekarang dia dah taknak sangat didukung.
Nak bebas baring atas tilam dia jer.
Kalau dipeggang plak, dia taknak baring.
Mesti ditegakkan.
Nak duduk jer..
Padahal tengkuk masih tak kuat sangat.
Kepala still goyang-goyang.

Ayip suka tengok orang makan.
Bila nengok org mamam dia akan buat-buat isap lidah atau mengunyah..
Cam nak mintak pun ya juga..
Tapi ayip kecik lagi.
Belom boleh makan..
Sabar yer cayang.

Friday, August 28, 2009

Stock Ais kerim Ayip

Stock ais kerim ayip setakat pagi tadi.
Hak ni yang beku nyer


Yang ni pulak yang diletakkan kat fridge bawah.
Untuk kegunaan hari ini.
Dah cair tapi masih ada batu2 sikit.

Puasa boleh mengurangkan produksi air susu.
Begitulah yang aku difahamkan.
Maybe betol.
Sebab lately ni kalau pam petang tu macam ada terkurang sikit air susuku.
Biasa bole dapat dalam 6 oz.
Sejak posa ni boleh dapat dalam 5.5oz paling banyak.
Tapi hak tghari nyer masih maintain dan kadang2 terbanyak.
Depend on apa yang aku makan dan minum hari tu.

Nak dijadikan cerita.
Hari ni lunch time aku pam susu macam lipas kudung.
Sebab kene pam kat opis sementara celique keluar lunch.
Mereka biasanya makan pantas.
30 minit paling lama.
So aku pun buat operasi dalam 10 minit gitu.
Tak puas ati sebab air susu masih nak keluar gi.
Sempat dapat 4 oz jer.

Kenapa aku pam kat opis dan bukan kat surau macam selalu?
Haaa... Sebab surau bangunan ni tengah dire-paint semula.
Aku dah turun surau jam 12.40 tadi.
Sekali tengok penuh habuk cat yang tgh dikikis dan paling tak rock tu ada kanvas atas carpet untuk tadah cat.
Naik balik opis dan terus mulakan opersi.
Dalam pada mengepam tu, 2 kali gak pam aku tergolek sebab aku bergerak layan ratuhati.
Hehehehehe...

Alhamdullilah juga sebab aku sempat pam walaupun sikit.
Namun ku ada satu lagi kekesalan,
Mana aku nak solat ni kang?
Adeh....
Kene tunggu kul 4 la gamaknya.
Tumpang opis member.
hmmm dugaan bulan posa..
Redha..

Thursday, August 27, 2009

Umi nak beli CD untuk Ayip

Hehehe...
Umi dah book Cloth Diaper lunatots velcro dari auntie Haza untuk Ayip.
Insya-Allah Minggu depan umi bayar dan dapat.
Akhirnya umi membuat keputusan untuk bertukar ke cloth diapers.
At least boleh pakai night times dan hujung minggu.
Time antar pengasuh Ayip pakai jer diapers pakai buang yang biasa ayip pakai yer.
Ayip banyak pakai diapers..
Sebab ayip kuat minum.
Bila kuat minum mestilah kuat kencing.
Selalu juga diapers ayip bocor.
Malam tadi umi kene tukar 3 kali baju ayip sebab ayip asyik bocor.

Umi beli promo package yang auntie Haza sedang promosikan sekarang.
Save 8%.
Agak sikit tapi cukuplah bagi umi.
Umi ni dalam pada orang nak raya, sibuk cari kuih raya and so on, boleh lak lagi shopping barang ayip dulu.
Umi tak kesah..
Lagipun taun ni kita tak balik kampung kuala kangsar.
Jimat sikit belanja.
Raya kat KL cuma ada kita, tok wan, atok, Mak yang, Pak ngah, Pak su dan Uncle Hafiz.
Bunda mariam beraya ngan uncle shahrin and family kat Muadzam..
Kalau jejalan umah orang pun maybe yang ada kat KL tok wah ngan tok Tar..
Orang lain sumer balik kampung.

Errr sebenarnya umi bukan ade duit sangat tau Yip.
Umi pejam mata jer bayar sumer2 tu.
Selagi loan bank umi tak settle selagi tulah umi ni sengkek.
Umi kena bayar loan kereta lagi, utang kredit kad lagi.
Sebab tu umi takleh berenti kerja lagi.
Kalau ikutkan umi memang nak sangat benti kerja jaga ayip.
Sayang kene sabar dululah yer..