Tuesday, February 9, 2010

SEMAKIN COMEL DAN NOTTI

 
Tengok mata kiter.. Sampai juling tgk umi.

 
Tengok senyuman kiter. Comey kan? nampak gigi.
Ayip semakin besar dan panjang. 
Umi ukur dah 2 kaki setengah.. 
Terlebih kalsium dak ni..
Semakin dia besar, semakin banyak akalnya.
Seawal pukul 7 pagi dah bangun.
Biasanya lepas dia jaga, umi letak dia kat ruang tamu.
Perkara pertama yang dia buat, mengesot kearah bakul mainan dia dan tumbangkan.
Lepas tu keluarkan satu-demi satu sampai tak ada langsung yang tinggal didalam bakul dan sepahkan.
Biasanya dia stick kepada satu mainan tak sampai 5 minit, kemudian dia akan mula menyibuk kat dapur dengan umi.
Laluan yang sepatutnya mudah dia buatkan susah kerana dia suka lalu kat atas tapak kipas angin.
Ada kala dia lalu ikut celah tiang kipas dan dinding untuk bolos ke dapur.
Adventure ler tu bagi dia.
Selalunya sebelum sampai dapur dia akan singgah kat kipas dan cuba berdiri berpegang pada tiang kipas..
Kat dapur spot favourite dia ialah bakul simpan sabun basuh baju dan container beras.
Kemudian dia akan sibuk nak masuk bilik air..
Kalau dulu dia paling takut air.
Sekarang, dia boleh tadah tangan kat pili air yg tengah mengalir sampai basah ketiak..

Hujung minggu, kalau kami tak keluar, sepanjang hari dia boleh bermain sahaja seluruh rumah.
Nak tidokan dia harus dipaksa.
Itupun letih tengok dia meniarap dalam buaian.
Berpusing 5-6 kali baru tido..
Nak bagi dia tido lama, kita pun kena tido sekali dengan dia..
Biasanya umi akan teman dia tido sambil baring bawah buaian dia dan tgk tv.
Bila dia berbunyi dan mengintai, umi akan buat-buat tido..
Bila dia tgk umi tido dia akan sambung tido balik..

Semenjak dua menjak ni dia dah pandai mengajuk percakapan kita yang senang-senang.
Paling senang dia ikut ialah ADOI.. Tapi bunyi sebutan dia ATEIII
KAKAK jadi ATAK
AISHAH jadi ashah...
UMI jadi MEI
Paling terer dia sebut MAM.
Pantang tgk org bawa pinggan dan mangkuk terus "MAM".
Semalam dia ajuk abi berdengkur.
Ajaibnya, dia boleh ikut sebijik sama cam abi nyer bunyi.
Terus jer umi dan abi tergelak.
Bila orang gelak, dia pun sibuk buat-buat gelak..
Hehehehehe... 
Dia memang ceria selalu.

Tapi Ayip akan hilang ceria bila jumpa nenek-nenek.
Pagi tadi, dia nangis bersungguh-sungguh masa umi antar kat umah mak pah.
Sebab kat umah kak pah ada nenek (mak kak pah) dan kakak kak pah.
Nenek tu hulur tangan jer dia terus peluk umi dan sembunyikan muka.
Umi letak atas lantai terus nangis.
Masa umi tinggalkan dia bersungguh dia mengesot ikut umi dari belakang sambil nangis..
Siannya, anak umi..
Mak Pah kata, ada seorang nenek (jiran mak pah) selalu datang umah. 
Nenek tu suka nak dukung dia.
Tapi tiap kali nenek tu amik, dia akan nangis.
Tapi dengan lelaki tua (atok-atok) dia tak kisah. 
Tak pernah jumpa pun dia boleh geng..
Kebetulan semalam abang mak pah pun ada datang umah.
Dia dukung ler Ayip. Boleh lak dia senyap dan senyum-senyum..
Dengan pakcik india kat kwsan umah kitaorang pun dia okey jer.
Boleh bergurau senda ngan pakcik india tu..
Cuba kalau nenek yang dekat, pasti ditengok jer muka orang tu pastu jebik.
Bagi dia nenek is disaster..
Agaknya sebab nenek suka busy bodi kacau cuit dia kut..
Dia bukan suka org cuit-cuit.


Monday, February 8, 2010

BEEF steak

 

Beef steak

Daging
sekeping daging batang pinang diketuk.

Bahan A
Sedikit lada hitam
2 biji bawang merah dikisar halus
2 biji bawang putih dikisar halus
2 cm halia dikisar halus
sesudu teh basil kering dikisar halus.
Sedikit garam dan sos perang untuk perisa

Perap daging dengan bahan A semalaman atau sekurang-kurangnya sejam.
Kemudian bakar atas kuali leper atau oven.
Mashed potato.

Sebiji kentang (besar)
2 sudu susu cair (dipanaskan)

Rebus kentang sampai lembut dan ditoskan.
Lenyek dalam mangkuk yang agak muat dan dicampir sekali dengan susu.

Sos potato.
Sedikit bawang bangla dicincang halus
Sebiji bawang putih dicincang halus
2-3 biji cendawan butang dalam tin dihiris atau dicincang
sedikit lada hitam
setengah atau suku ketul kiub pati ayam
sesudu teh tepung jagung (bancuh dengan air)
Sedikit creamer masakan
Tumis bawang hingga perang
masukkan cendawan kiub pati ayam dan lada hitam
kemudian masukkan creamer dan dibiarkan mendidih
kemudian masukkan air tepung jagung dan didihkan sikit lagi.
Sedia untuk dingap..


Wednesday, February 3, 2010

CERIA!

 
Muka saya ketika saya selsema dan tgh marah umi yang halang laluan saya kedapur.

 
Rupa saya tiap kali nampak handphone umi. Sedap woo(tgk air liur saya meleleh)

 
 Rupa saya malu-malu meow bila umi tangkap gambar saya. Eh nampak 2 batang gigi saya.

 
Tengoklah umi saya. ada ka letak spider atas kepala saya.

 
Rupa saya sedang merayu umi taknak pakai baju dan seluar dan lampin..Saya panas...

 
Rupa saya yang kantoi disergah umi ketika memanjat tiang kipas.

 
Rupa saya yang perasan umi nak main kejar-kejar dengan saya.

 
Ermmmm apa benda ni ek? Dah pegang tapi sejuk..

 
Pegang lagi lah. Sejukkkkk..... ermm nampak cam boleh dimakan.

 
Cuba rasa sikit..Boleh ker umi?

 
Ermmm sedap.. tapi pesal tak boleh gigit ni?

 
Degil ler benda ni. Boleh makan ker macam benda2 lain yang umi bagi ek?

 
Umi, nah amiklah, tak mau dah..

 
Sampai meleleh air liur saya gigit tapi tak juga dapat..
P/S: akhirnya epal itu berakhir didalam perut umi. Adalah masuk sikit dalam peyut Ayip.

Walaupun dia selsema teruk sejak jumaat, dia tetap ceria dan aktif.. 
Dialah penawar duka lara umi yang paling best..

Tuesday, January 19, 2010

Busy (body) Baby


Haaa main gi bakul. kan umi dah taruk dalam bakul. Rasekan..


Sebelom buat jahat, tgk muka umi dulu, ada baik ker dak..
Kalau baik boleh teruskan.


Hehehehe.... keluarkan semuanya dari dalam.


Tgk, kiter mam biskut. dap taw..

Ayip dan umi seperti selalu, home type person.
Hujung minggu lepak jer kat umah.
Abi plak sakit gigi eh silap bengkak gusi.
Ari sabtu abi ada family day kat desa waterpark.
Abi takmoh bawa ayip dan umi g.
Abi kata bahaya, panas dan rimas.
Okehlah, umi dan Ayip tinggal ler kat umah.
Abi kata nak pi beli tiket flight lepas gi DWP.
Tapi kerana kesakitan gusinya, dia trus balik umah bawa 2 kotak dinner plate kentaki dan trus tido.
Sudahnya umi yang belasah ayam kentaki sejuk tajaan telekom itu.
Petang tu  pulak, kawan umi papa Faris Ikhwan dan family datang umah.
Umi dah siap buat puding roti untuk derang.
Baru tghari tadi umi dan ayip cari roti, kismis dan susu segar ke kedai..
Sian ayip berpeluh-peluh umi bawa ke kedai tgh2 panas.

Hari ahad, abi makin parah. Abi gi klinik.
Doktor suh gi jumpa duktur gigi.
Tapi ari ahad sumer klinik gigi tutup.
Abi balik umah dan tido.
Umi masak bubur untuk ayip dan abi sekali.
Blend sampai halus bagi abi mam.
Tapi abi takder selera.
Abi mam sikit jer.
Ayip plak, tetap macam ayip.
Nakal dan laju membantu umi kemaskan umah.
Semua bakul dia tarik, sorong dan heret merata umah.
Kadang tangan terkepit. Kadang dahi terpukul oleh bakul.
Tapi dia berubah wajah sekejap.
Kalau umi tak marah tak jadi ler nangis.
Kejap lagi masuk dapur plak, cuba tarik botol dynamo, tumbangkan tupperware beras, tumbangkan baldi baju kotor dia dan gigit selipar dapur.
bila umi dah bertukar menjadi tarzan wanita baru nak lari masuk ruang tamu, main plak kabinet..
Hurmmm... mainan sendiri banyak, tapi nak gak main benda yg takleh dimain.
Budak sungguh.

sejak abi sakit, abi tido kat luar.
Abi kata tak mau ganggu ayip dan tak tahan sejuk kena ekon gak.
Ayip pe lagi. Separuh katil dia konker sesorang.
Umi ler yang letih, tengah-tengah malam dok angkat ayip tido kat tempat sepatutnya.
Tapi bila bangun pagi jer tgk ayip mesti kat ceruk lain dah.
Untuk langkah keselamatan, umi dan abi letak bantak dan tilam kat tepi katil, bawah katil dan ata katil. buat kubu menghalang Ayip.
For now berkesan.
Tapi next time kena fikirkan juga cara selamat nak tido ngan ayip. I've thingking of, tido bawah jer.
Nak kena beli tilam kecik yang selesa untuk kami tido di bawah plak.

malam isnin Tok ayip datang bersama rayyan, mama dan papa rayyan serta aunty mariam.
Ayip yang dah ngantuk tak abis abis menjerit.
Rayyan yang mulanya tido pun boleh terjaga mendengar suara ayip yang kuat amat.
Gamat sekejap umah dek kerana keriuhan cucu-cucu atok.
Akhirnya kul 10 ayip dah tak tahan.
Umi masukkan dalam buai.
20 minit gak buai dia sambil dia menahan mata sebelum akhirnya tertido kepenatan.
Tido ler sampai pagi..
Kul 6 minum susu pastu tido balik sebelum rasa nak termuntah dan terus jaga.
On te way gi umah mak pah, mulut tak diam menjerit.
Masih mengantuk.
Oh ya, Ayip dah pandai bye-bye.
Kadang tanpa disuruh dia tau bye sendiri.. Hehehe comel..


Friday, January 15, 2010

Fotoblog ler pulak


Muka umi setelah ditepung tawar dengan bedak jonson baby.. hahaha putih  nak mampos.. giler.



Bubur nasi plus ikan dan bayam.. Ayip suka.. Boleh abish banyak ni.



Umi, Ayip boleh merangkak tau sebenarnya. Tapi Ayip malas jer.. Tengok ni umi. See



Umi nak pam susu untuk Ayip ek? Meh ayip tolong pasangkan sumer.



Ayip: "Umi nak speed berapa? Cam tak cukup kuat jer tu?"
Spectra: "Ayarkhh mati ler aku dikerjakan oleh budak ini"



Umi cepatlah, ayip lapar. Ayip gigit tube ni lah..



Yeyey, akhirnya dapat gak biskut...Tak moh bagi umi (Akhirnya masuk perut umi lagi banyak)



Umi bagi buah epal plak.. Ish camana nak amik ni?



Tak dapat-dapat pun epal ni? Iskhhh... iskhhhh



Epal tadi gi mana ek? Ahh tupperware ni lagi sedap kot. Try kunyah.



Napa umi marah Ayip nak mam tupperware?
Umi!!!!!! nak mam Tupperware.. Epal mana?

Hehehehe
Aktiviti kami berdua sepanjang 2 hari dirumah minggu lepas..


Thursday, January 7, 2010

Whole week story about us


Me, Ayip, Kak Risa & Mia

Still at mia house.


Sonoknyer orang ni tido sambil peluk barney.


kipas pun dibuat gendang.


buat2 manja supaya umi tak babab tangan.

Dah berkarat dah blog kita ni Ayip.
Malas tul umi nak menaip.

Haaa pejam celik pejam celik sambil bernafas, akhirnya sampai gak taun 2010.
Ayip pun dah 250 hari (dalam perut) + 222 hari lahir kedunia.
Dah pun berusia 8 bulan 2 minggu lebih.
Kebijaksanaan dia semakin terserlah.
Ketangkasan kaki tangan juga semakin berkembang.
Berat badan dan panjang badan juga kian bertambah.
Bererti mesti beli baju baru, mainan baru, makanan baru dan buku baru. heheheh
Oleh yang demikian pada hari rabu lepas (30.12.09) kami jalan-jalan ke Sogo untuk shopping baju Ayip.
kebetulan umi baru dapat dwet bonus (Yahuuuuuuu)
Mak pah kata beli baju hak umo 2 tahun.
Dan sememangnya aku beli semua hak 2 taun nyer saiz.
Namun tidak semua muat lama dibadan ayip.
Bila dipakaikan kat dia tetap gak ngam2 jer..
Wahh besar sungguh anak umi.
Cabarannya ialah mencari seluar Ayip.
Kaki dia panjang. so kena beli yang betul2 besar baru muat.
Pilih punya pilih kena la dalam dua ratus lebih baju ayip sahaja.
Takpalah, rezeki anak umi.

Hari jumaat kami memenuhi undangan ke rumah kawan umi kat Bandar Mahkota , Banting.
Anak dia princess mia nyer birthday Party.
elok jer kami keluar umah terus ujan selebat-lebatnya.
Ayip yang dah kenyang lepas makan bubur dan minum air terus tido dalam pangkuan aku.
Lena dia tido sampai la kami masuk ke jalan klang banting.
Banyak la plak tali air. Tiap kali lalu jambatan muka dia berkerut terkejut.
Elok sampai simpang umah mia dia terjaga.
Bufday party mia sangat nice.
Simple dan best.
Takder lagu-lagu takder honk2.. Very peacefull.
Yang hadir mostly sedara mara kak risa dan abang Hasram.
Ada gak geng tempat kerja.
Makanan yang sempat aku rembat pula ialah soto, kuah kacang ngan nasi impit, buah nangka dan kek mia.
Cedap hingga menjilat jari.

Ari sabtu masing-masing kepenatan.
Umi plak selsema.
Abi terbongkang.
Ayip jer yang sentiasa cargas mengemas baju yang dah siap berlipat dalam bakul.
Tangan dia sentiasa rajin mencapai segala wayar dan tali yang terdedah kepada penglihatan.
Cara dia nak tunjuk dia pandai amik ialah dengan menjerit ehhhh.. sambil mata dia tengok kita.
Ari ahad pun kami bermalas-malas dirumah saja sambil berkejaran dengan Ayip.
Semenjak Ayip pandai merayap, umilah yang paling busy.
Tiap hari kena mop umah 2 kali.
Sekali pagi sekali petang.
Karpet kena selalu bersih dari habuk atau benda2 halus.
Takut dia kutip.
Dalam pada dia bermain, berkali-kali juga kepala terhantuk mainan.
Terhantuk pintu dan dinding.
Dagu terhantuk lantai.
Biasanya bila dia sakit dia pandang muka umi mintak simpati.
Kalau umi jegilkan mata mesti dia tak jadi nangis.
Tapi kalau umi kata "sakit tak?" mesti nangis.
Ngada-ngada betul manja dia..

Hari selasa Abi demam.
Abi amik cuti sakit @ MC.
Tapi ayip tetap gi kerja ikut umi.
Malam tu umi pam susu bersama ayip yang sedang liar bermain, sebab abi tak larat nak jaga ayip sangat.
Sekali tengah umi pam elok jer dia cabut tube dari pump.
Serentak umi dan abi cakap "Haaa buat apa tu?"
Terus dia tunduk jer pandang pump tu sambil tangan dia pusing-pusing tube yang dah tercabut tu.
Lama dia tunduk dengan mulut muncung.
Umi yang kesian tgk dia majuk pun terus usap-usap kepala dia sambil panggil dia sayang dan bagitau dia umi tak marah.
3-4 kali ulang cakap tak marah baru dia angkat muka dan mencebik cam nak nangis.
Mata dah penuh bertakung air.
Muka dia time tu memang sedih giler..
Pasu umi usap2 kepala dia lagi.
Terus tak jadi nangis.
Hehehe.... Manja. Pandai merajuk..

Semalam plak abi lambat amik kitaorg kat umah mak pah.
sempat la berchit chat ngan mummy aishah.
Wah depa cakap bahasa urdu (hindi).
Beshnyer...
Senang nak tgk citer hindi.
Lalu aku ceritakan kepada mak pah yang Abi ayip suka tgk citer tamil.
Kiter pun layan gak masa petnan.
Tu yang ayip suka sebut Vah vah..(mari) dalam bahasa tamil.
Gelak besar mak pah dan mummy aishah.
Tapi memang ayip suka sebut vah vah vah...
Dia memanggil pun vah vah vah...
hehehehe.. satu malaysia betul anak umi ni.







Monday, December 28, 2009

Hanya kita berdua


Selongkar jangan tak selongkar.


Dah pandai pegang botol susu sendiri.


Suka sgt duk kat kaki umi..


Demam-demam pun tetap cergas makan remote control.

Ni minggu ketiga aku cuti hari jumaat.
Bererti cuti 3 hari seminggu.
Sesuatu yang sangat mengembirakan Ayip.
Tak perlu mengawal gerak jarinya, tak perlu meleleh air mata dimarahi mak pah.
Tapi dak ayip ni klakar, suka panggil mak pah..
Dia pandai sebut "Ma Pah". hehehehe

Hari jumaat, cadang nak amik alden.
Tapi beliau ada kamping ngan rakan-rakan. last minute plan.
Takpalah, budak muda nak berseronok.
Abi ayip pepagi lagi dah chow tinggalkan ayip dan umi semata-mata nak teman mak abah dia dan adik pempuan dia ke JB umah adik dia kat sana.
Ayip dah mula menunjukkan tanda2 akan demam.
Hidung sikit sumbat.
Cepat-cepat aku letak nasal drop.
Alhamdullilah dia tak jadik selsema.
Hari kami berdua sibuk dengan kerja kejar mengejar sambil berebut kain baju yang nak dilipat, tilam bantal yang nak dikemas..
Badan ayip agak suam. Tapi suhu masih ok below 37.3 celcius.
Ayip kejap-kejap tengok pintu. Tunggu abi balik.
Sian ayip. Bangun tido jer mesti pandang kat sofa tpt abi selalu baring. Lama dia tenung sebelum tgk muka aku.
Mintak jawapan ler tu agaknya.
Petang tu hujan turun agak lebat.
Lepas mandi ayip terus tido sampai maghrib.
Bangun tido tgk sofa lagi. Pandang pintu lagi lalu ku katakan padanya;
"Abi tak balik malam ni. Abi tak cayang awak. Dia cayang mak dia jer."
seperti faham, dia tak mencari lagi selepas itu hingga ahad!

Hari sabtu pagi, aku bangun awal mcm biasa.
Sekali pas solat nak cuci tangan nak pam susu tgk air dah kecik.
Sah pam tangki rosak lagi.
Bangga tul duk umah ni..
Takpa, aku teruskan kerja pam susu sebelom angkut air dari pili bomba depan umah.
Lepas isi penuh sebaldi besar aku tersandar keletihan.
Baru teringat yang parut c-zer masih berbisa..
Baru terasa, adoh sakitnyer perut ni rasa nak terburai lukanya..

Masuk bilik tgk ayip.
Tido tertiarap. Aku rasa dahi dia, makin panas..
Tgk suhu 37.2 lagi..
Selera makan dia tetap ok.
Tetap cergas, merayap seluruh rumah dan mengetuk2 semua remote yang dijumpai atas lantai.
Malah dah pandai menyelongkar benda2 atas sofa dan rak tv juga..
Jenuh ler aku menyelamatkan dia dari segala bahaya.
Pantang nampak wayar dan tali, laju jer kejar dan tarik.
Petang tu lepas bangun tido aku rasa badan dia panas membahang.
Cek suhu tgk 37.6
Wah tinggi..
Demam..
Terus masukkan cool fever dalam peti sejuk dan bagi ayip susu dan ubat demam.
Lepas mandi petang pakaikan dia cool fever.
Sib baik malam demam dah kebah.
Jenuh gak paksa dia minum susu fresh dari badan..
Nampak 'B' cam nampak hantu.. hehehehe...

Anak umi yang semakin bijak ni dah pandai mengomel.
Bila ada yang kiter  rampas dari dia mula la mulut dia bising menyebut perkataan2 yang tak tahu apa maknanya.
Macam2 bunyi yang keluar dengan muncungnya yang memanjang.
Dia langsung tak takut ngan umi.
Kalau umi babab tangan dia, dia babab tangan umi balik.
Kalau tangan umi tak dapat, dia babab lantai.
Hehehehe..
Sabtu malam dia tido lena.
Tido kul 11.
kul 6.30 baru bangun mintak susu.
Tapi sebelom tido nak kene urut dulu bahu dan belakang dia, baru leh tido.
Lenguh agaknya asyik merayap.

Ari ahad Ayip dah tak demam.
Tapi peelnyer dah bertambah lucu dan nakal.
Kemana aku pergi, dia akan ikut merayap sekali.
Aku ke dapur dia kedapur, aku ker bilik dia ke bilik.
Siap mendengus-dengus bunyi sebab nak lajukan kayuhan dia..
abi dia lak balik lambat.
kul 6 lebih baru sampai.
dianya pun dah taknak kawan abi.
Asik cari umi manjang.
Alahai anak umi