Tuesday, July 14, 2009

Ayipku yang penat!


Semalam petang amik Ayip lambat sikit dari umah pengasuh. Masa aku sampai Ayip tengah menyusu. Dak Baizura plak tgh mengamuk. Rupa-rupanya dia takut dgn aku. Hehehehe... Nampak ngat aku tak cun.

Sampai umah jer, tak sempat bukak pintu abis Ayip dah jerit ngging... Hehehe tadi aku stopkan jer susu dia sebab Kak Siah selamba jer susukan dia sambil baring. Nak tegur cam risau plak. Kene tunggu waktu yang sesuai. Masuk umah trus susukan dia sampai abis 3oz. Kemudian Ayip trus tido. Aku pun ambik kesempatan tukar baju dan basuh botol susu dia.

Sampai lepas azan maghrib Ayip lena tido dalam dakapan aku. Ayip memang gitu, suka sangat tido berdakap. Tapi bila aku letak jer kat tilam trus dia melalak balik. Adeh. baru ingat nak solat. Lepas tu try pujuk balik lelama tido la juga dia. Waktu maghrib pun tinggal 15 minit jer lagi. Aku solat cepat-cepat. Ingat dia akan bangun sekejap cam selalu. Tapi tak. Selamba jer dia tido walaupun macam2 kerja aku buat. Pam susulah, basuh baju la, sidai baju la, gosok tudung la. Tetap lena depan TV. TV plak aku pasang kuat2 suara dia. Buat derk jer. Selesai semua kerja almost 10.30 dan selesai solat aku bawa dia masuk bilik. Merengek sikit jer dengan bunyi jangan kacau dia. Tukar pampers pun tak jaga juga. Adehh penatnya dia. Bila dia gerak dan mengeliat jer aku tanya "Nak ngging?" Tapi tetap tido balik sampai la aku pon tertido sama. Jam 2.30 pagi baru dia betul2 jaga mintak susu. Lepas tu tido semula sampai 5.30pagi. Menyusu tak sampai setengah oz pastu sendawa. Kendian dia meneran cam buang air besar. Tapi aku buat tak layan sebab lately ni dia selalu buat gitu tapi takder apa yang keluar. Tah bila dia tertido aku pun tak sedar. Sedar2 jer dah 6.30. Cepat2 solat dan mandi. Selesai jer aku mandi dia nangis nak susu lagi. Aku pun sambung bagi lagi. Tak tau lagi dia yayak ni. Nampak cam selesa jer dia. Lepas abis susu trus tido. Aku pun siap apa yang patut, pam susu sekian barulah tukar pampers dia. "Ayip!!!! ada yayik tak bagitau ummi." Trus dia senyum kemudian tido lagi. Masa aku lap punggung dia ngan baby wipes pun ngeliat sikit2 jer sebab sejuk kut. Adui yai anak aku.
Pas tukar pampers trus antar ke umah pengasuh. Namun Ayip tetap tido. Tak terjaga bila diangkat seperti biasa. Sampai umah pengasuh pun tetap tido. Rupa-rupanya siang semalam dia tak tido sangat kata kak siah. Tido tak sampai 30 minit dah jaga.

Hmmmm... sindrom hari isnin dia memang terjadi setiap minggu sejak antar umah pengasuh. Mungkin pertukaran environment dan penjaga membuat dia resah dan tak boleh tido. Tapi anehnya sabtu ahad dia tido elok jer kat umah. Barangkali juga bau ketiak umi dia ni menenangkan dia. Begitulah menurut apa yang aku baca. Baguskah untuk perkembangan mental dia? Ya sememangnya bagus. Sebab anak yang dijaga oleh ibu sendiri atau orang gaji dirumah dan tidak didedahkan dengan persekitaran luar agak kurang keyakinan diri dibanding anak yang dijaga oleh pengasuh dan terdedah dengan kanak-kanak lain disekelilingnya. Itupun aku dapat dari pembacaan. Rasanya memang betul. Aku dijaga oleh orang gaji dan duniaku cuma dirumah sebelum aku reti bermain. Dan sifat aku agak pendiam dan tak friendly saat mula2 melangkah keluar bermain bersama kawan-kawan. Memang aku akui sampai sekarang pun aku kurang keyakinan diri dan agak x friendly.Tapi bergantung juga pada individu tu sendiri kut. Wallahualam.

Monday, July 6, 2009

Aduhai Sayang.

See, lena kan Baby cayang ni tido. This photo was captured on saturday 4th sewaktu cayang Ayip sedang tido petang.

Saturday, hubby pergi ikut rombongan adik dia kenduri kat belah pihak lelaki plak. Kenduri kat temerloh. A bit jauh kata dia. Pagi-pagi lagi dia dah keluar. Aku dan cayang Ayip tak ikut. Leceh nak bawa baby jalan jauh-jauh. Risau nanti terlalu penat boleh buat demam. Lagipun aku belum bersedia berjumpa saudara-mara. Risau ada pertanyaan atau saranan yang bakal merobek semula hati aku, sekaligus mengoyakkan pertalian kami. GITEW. Masa hubby keluar, Aku ngan Cayang Ayip masih tido dengan bestnya. Since ambik dari umah Pengasuh semalam Cayang Ayip ku sangat letih. Tido lena sepanjang malam sampai ke pagi. Hanya bangun untuk menyusu. Aku tukar pampers dia pun dia tido. Tak buat bunyi dan mengeliat seperti biasa. I guess dia keterlaluan penat.

Around 9am Cayang baru bangun mandi. Lepas dimandikan dan dipakaikan baju, aku ingat dia akan berjaga lama. Rupa-rupanya lepas menyusu dia tido balik. Lena. Ni lah masanya untuk aku mandi pulak. Letihnya dia.... Dan begitulah dia sepanjang hari itu sampai ke petang bawa ke malam. Dan aku notice yang hari ini tangisan dia a bit difference. Bunyi dia terlebih soft dan manja. Macam nangis ngada-ngada gitu. Kalau aku jauh dari dia cth tgh solat atau basuh botol dia kat dapur, dalam tidur pun dia memanggil dengan bunyi manjanya itu. Hehehehe.... Merajuk ker dia aku hantar ke rumah pengasuh ek?

Baby seusia Ayip dah kenal ker dengan ibu bapanya yer? I wonder. Memang dalam buku kata dah. Tapi real life ngan buku sama ker? Bukan apa, Ayip selalu buat muka menjebik nak nangis atau memang betul2 nangis tiap kali aku antar ke umah pengasuh. Pandangan mata dia menunjukkan kerisauan bila aku ngan hubby riuh bersiap nak gi kerja. Hari biasa seawal jam 6.30 atau 7 dia dah jaga. Tapi hari sabtu dan ahad dia hanya akan terjaga jam 8 pagi sama seperti waktu aku menjaganya sebelum ini. Adakah semakin payah untuk aku meninggalkan dia selepas ni? Huaaaaa surprizes!

Semalam, aku, hubby dan Cayang Ayip gi Mydin subang. Pergi seawal pukul 10.30 pagi. Tapi orang dah ramai. Mujur dapat gak parking dekat dengan pintu sisi mydin tu. Tujuan utamanya ialah nak beli almari baju Cayang dan barang umah. Dan sememangnya itu je lah yang sempat dibeli. Sebab Cayang Ayip ni jenis tak suka riuh. Langsung tak tido dan asyik merungut sorang2 dalam stroller. Ah tak sabar nak tunggu dia besar. Boleh gendong dengan baby sling. Stroller dia plak nak kena tutup sentiasa sebab ramai orang yang suka mengintai dia. Aku takut kalau ada yang terbersin atau terbatuk kena dia. Huh... Aku ni ibu yang too protective ker? Yer kot.

Dalam sejam lebih gak kita orang shopping lepas tu tapau nasi dan balik umah. Ayip dah start mengamuk dah. Masuk kereta jer terus minum susu dan tido. See.. Dia takkan tido kalau suasana bising. Dalam kereta dia boleh tido sebab yang dia dengar itu biasa ada di rumah. Radio, umi dan abi dia. Sampai umah dia jaga balik. dan terus tak tido sampai kul 3 gitu. Tido kejap jer kemudian nanggis penuh manja. Aduhai sayang.......

Wednesday, July 1, 2009

Permata hati Umi dan Abi


This photos was captured one day after his birth day. Umi love you so much sayang.

My sayang with his Abi. Kini cintaku harus dibagi dua. Namun tidak pernah terasa kurang seperti selalu penuh buat keduanya.






Sleep with style. He like to be free.

He is calmly sleeping on my arm. Lot of love for you sayang!
This photo was captured at 25 days of sayang life. He is having a 10 second apnea and was admitted at PPUM for two days. Sadly it's was weekend. No doctor incharce. Kesian my sayang.

Tuesday, June 30, 2009

Macam nyer muke

Muka masam ni dicapture masa tengah tunggu giliran masuk bilik paed on 22 June 09. Risau sebab umi cakap "Abish la punggung dia kene suntik ni kang'. Trus senyap dan masamkan muka. Hehehehe...... Buah hati aku... Kuat merajuk cam aku jugek.

I'm Back!

Since yesterday, I'm back to my rutine life before. Go to work! Hehehehe.... Meja aku dah berhabuk. Cawan silver dah ada serangga kecik mati kat dalam dia. iMac? Selalu dibukak oleh my boss tapi tak pernah lap. Comotnya dia. Kerusi hijau? Masih sihat macam hari terakhir aku meninggalkan dia dulu. Kalender? Masih berada di bulan April.

Rasa sedeh sebab kena tinggalkan Ayip kat jagaan orang lain. Ayip plak cam paham-paham. Sepanjang hari Ahad dia taknak tido. Kalau tido pun kejap dengan mata terbuka. Sepanjang malam pun dia sibuk merengek sambil menepuk-nepuk lengan dan dada aku. Seawal 7 pagi semalam dia dah jaga. Bulat mata dia. Masa aku letak atas tilam dia kat umah pengasuh trus jer nangis. Sekejap jer la. Lepas tu aku tepuk2 buntut dia jap baru senyap. Kul 12.30 aku call kak siah bertanya khabar Ayip. Kak siah kata dia gelisah. Tak mau tido sangat. Menyusu sikit tido kejap pastu bangun lagi. Aduhai Ayip.

Masa aku amik dia petang, dia dah siap mandi dan berbaju lengan panjang. Ambik jer dari tangan kak siah trus merengek manja. Sah dia dah kenal siapa umi dia. Kendian kak Siah tanya aku "dia masih nyusu badan eh?" Aku jawab "Ha ah". Kak siah cakap "Patutlah. Dok cari-cari kat situ kalau kita dukung". Aku cuma gelak jer. Itulah ayip. Sebelum ni taknak susu badan. Sekarang Umi dah kerja baru dia tau rindu. Hahahaha... Memang lately ni dia suka direct breast feed sebelum tido. Dia buat macam toys jer pun. Bukan nak isap sungguh2 bagi kenyang. Selalunya dia saja isap lama-lama pelan-pelan sambil mata terpejam. Manja kan anak aku ni?

Sampai umah jer baru muka dia ceria balik. Malam tadi bukan main riang lagi dia bergelak ketawa bila aku berborak ngan dia. Barangkali disebabkan dia tak dapat tido siang yang cukup, malam tadi dia tido kul 10 malam sampai 6 pagi tadi baru bangun mintang 'Ngging'. Panggilan dia kalau nak susu. Dalam tangisan dia mesti sebut 'Ngging'. Tu maknanya dia nak susu. Kalau dia sekadar merengek sebab tak selesa ke basah takkan keluar bunyi 'Ngging' tu. Aku pun aneh tgk anak aku yang sorang ni. Agaknya terlebih DHA kut sebab aku makan 2 biji fish oil setiap hari since kandungan 7 bulan.

Pagi ni rasanya mood dia baik sikit. Masa aku hantar tadi dia masih tido. Tido dengan muka berkerut. Harap-harap Kak Siah jaga Ayip dengan penuh kasih sayang. Semalam petang masa amik ayip sempatlah jumpa budak 2 tahun yang kak siah jaga tu. Rupa-rupanya aku kenal mak ayah dia. Owhhh... senang banyak la. Mak baizura pun aku kenal. Tapi lupa lak tanya nama budak lelaki tu. Beliau memang aku tau tak nakal langsung. Alhamdullilah... Lega sikit tinggalkan Ayip ngan diaorang. Tapi masalahnya pagi ni 2 orang anak kak siah demam pulak. Aduiyai.... harap2 Ayip kuat menentang jangkitan demam. Sekarang pun kepala dia panas sikit dibanding badan. Nak kena lumur air asam jawa gak bagi sejuk ni kang.

Oh ya... orang2 kat opis semua cakap aku dah kurus. Yeehaaaaa... Mana tak kurus. Bukan makan sangat masa jaga Ayip kat umah. Makan apa ada jer. Lepas ni pun kena pantang lagi. Seafood, kacang, telur sumer takleh makan sebab Ayip alahan.

Sunday, June 7, 2009

Kembali ke blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat membaca kepada sesiapa uyang sengaja singgah atau tersinggah di laman blog saya. Saya hanyalah seorang hamba Allah yang suka menulis.
Menulis untuk melepaskan segala perasaan yang terbuku dalam jiwa.
Andainya anda suka dengan tulisan saya, teruskan membaca.
Tapi andainya anda tak suka... Tinggalkan saja.

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan sebarang kritikan, sokongan atau kutukan pada blog saya.
Insya-Allah saya menerimanya dengan hati terbuka.