Monday, July 6, 2009

Aduhai Sayang.

See, lena kan Baby cayang ni tido. This photo was captured on saturday 4th sewaktu cayang Ayip sedang tido petang.

Saturday, hubby pergi ikut rombongan adik dia kenduri kat belah pihak lelaki plak. Kenduri kat temerloh. A bit jauh kata dia. Pagi-pagi lagi dia dah keluar. Aku dan cayang Ayip tak ikut. Leceh nak bawa baby jalan jauh-jauh. Risau nanti terlalu penat boleh buat demam. Lagipun aku belum bersedia berjumpa saudara-mara. Risau ada pertanyaan atau saranan yang bakal merobek semula hati aku, sekaligus mengoyakkan pertalian kami. GITEW. Masa hubby keluar, Aku ngan Cayang Ayip masih tido dengan bestnya. Since ambik dari umah Pengasuh semalam Cayang Ayip ku sangat letih. Tido lena sepanjang malam sampai ke pagi. Hanya bangun untuk menyusu. Aku tukar pampers dia pun dia tido. Tak buat bunyi dan mengeliat seperti biasa. I guess dia keterlaluan penat.

Around 9am Cayang baru bangun mandi. Lepas dimandikan dan dipakaikan baju, aku ingat dia akan berjaga lama. Rupa-rupanya lepas menyusu dia tido balik. Lena. Ni lah masanya untuk aku mandi pulak. Letihnya dia.... Dan begitulah dia sepanjang hari itu sampai ke petang bawa ke malam. Dan aku notice yang hari ini tangisan dia a bit difference. Bunyi dia terlebih soft dan manja. Macam nangis ngada-ngada gitu. Kalau aku jauh dari dia cth tgh solat atau basuh botol dia kat dapur, dalam tidur pun dia memanggil dengan bunyi manjanya itu. Hehehehe.... Merajuk ker dia aku hantar ke rumah pengasuh ek?

Baby seusia Ayip dah kenal ker dengan ibu bapanya yer? I wonder. Memang dalam buku kata dah. Tapi real life ngan buku sama ker? Bukan apa, Ayip selalu buat muka menjebik nak nangis atau memang betul2 nangis tiap kali aku antar ke umah pengasuh. Pandangan mata dia menunjukkan kerisauan bila aku ngan hubby riuh bersiap nak gi kerja. Hari biasa seawal jam 6.30 atau 7 dia dah jaga. Tapi hari sabtu dan ahad dia hanya akan terjaga jam 8 pagi sama seperti waktu aku menjaganya sebelum ini. Adakah semakin payah untuk aku meninggalkan dia selepas ni? Huaaaaa surprizes!

Semalam, aku, hubby dan Cayang Ayip gi Mydin subang. Pergi seawal pukul 10.30 pagi. Tapi orang dah ramai. Mujur dapat gak parking dekat dengan pintu sisi mydin tu. Tujuan utamanya ialah nak beli almari baju Cayang dan barang umah. Dan sememangnya itu je lah yang sempat dibeli. Sebab Cayang Ayip ni jenis tak suka riuh. Langsung tak tido dan asyik merungut sorang2 dalam stroller. Ah tak sabar nak tunggu dia besar. Boleh gendong dengan baby sling. Stroller dia plak nak kena tutup sentiasa sebab ramai orang yang suka mengintai dia. Aku takut kalau ada yang terbersin atau terbatuk kena dia. Huh... Aku ni ibu yang too protective ker? Yer kot.

Dalam sejam lebih gak kita orang shopping lepas tu tapau nasi dan balik umah. Ayip dah start mengamuk dah. Masuk kereta jer terus minum susu dan tido. See.. Dia takkan tido kalau suasana bising. Dalam kereta dia boleh tido sebab yang dia dengar itu biasa ada di rumah. Radio, umi dan abi dia. Sampai umah dia jaga balik. dan terus tak tido sampai kul 3 gitu. Tido kejap jer kemudian nanggis penuh manja. Aduhai sayang.......

No comments: