Monday, April 12, 2010

Perjalanan kami hampir setahun



Sayang umi dah hampir setahun. Tinggal 8 hari saja lagi. Umi tengah giat merangka dan merancang kenduri doa selamat untuk Ayip. Umi cuba sedaya upaya umi untuk tak meminta tolong dari Abi. Semuanya umi uruskan sendiri kerana Abi agak susah diajak berbincang kebelakangan ini. Abi penat. Kerja banyak. Karenah orang sekeliling pun banyak yang abi kena layan.. Tak apalah sayang. Umi akan keluarkan duit umi dan tenaga umi untuk awak punya kenduri hari lahir pertama..

Ayip sekarang dah sangat nakal. Hobi dia kalau kat rumah ialah memanjat sofa, cuba berdiri di rak tv dan petik swis tv, tarik wayar astro dan panjat kipas. Kalau di dapur, dia paling suka laci tempat aku simpan cawan teh.. dia akan bukak, keluarkan cawan dan ketuk kat lantai.. hasilnya pecah.. Peti sejuk juga adalah tempat yang paling dia gemari. Pantang dibuka, terus masuk dan huru harakan semua botol kicap dan sos kat dalamnya.. Laju tangan dia tolak kesana kemari. Jari-jari kecil itu juga sangat rajin mengutip habuk2 kecik dan dimasukkan ke dalam mulut.


Sabtu lepas, kami belikan dia car seat baru. Yang lama dah pendek dan tak boleh digunapakai budak besar tu lagi. Abi beli untuk birthday dia. Tapi hari ini dah rasmi. Kemudian kami ke seri kembangan untuk membeli mambrans pam spectraku. Tapi takdak stok plak. On the way balik, jalan jammed teramat sangat. Lalu abi lencong ke putrajaya. Ku cadangkan kami urut ayip ker rumah opah di Sepang. Abi Ayip ikut saja. Lalu kami telefon opah. Kebetulan opah tak kemana-mana.

Saat diurut, Ayip menangis dengan kuat. Sakit sangat rasanya. Bila urut kat punggung dan pehanya, lagi kuat dia menjerit. Sedih hati umi melihat Ayip merayap nak lari dari urutan opah.. Merangkak-rangkak dia merayap kearahku.. OPah pulak urut kuat-kuat sambil bersendawa tanpa henti.. Yup.. memang Ayip banyak angin.. Dan opah kata ada urat peha terkedu belah kiri.. Sesudah diurut badan, giliran kepala pula. Sekali lagi dia menjerit.. Kepala dia sakit.. Opah tanya kami "Selalu jatuh kepala ker budak ni?" Ku jawab selalu pah. Dianya lemah, tapi gatal nak berdiri dan memanjat..Opah kata "Patutlah.. Kalau dia jatuh tu engkau urut kepala dia gini. Opah tunjukkan caranya." Hmm aku yakan aje.. tak adanye aku berani.. sesudah selesai kulihat wajah ayip yang sangat berbeza.. Nampak segar bertenaga dan ceria.. Semasa Opah hidangkan air milo dan keropok untuk kami minum dia didukung dan ditatih oleh opah dan cucu-cucunya.. Bukan main riuh suara dia membebel bahasa dia.. "haaa laju jer langkahnye haa. tinggal lagi takleh nak imbang badan. atas berat" kata opah. Dia pon "Dahhhhhhhhh!!!" hehehehe Ayip.. Dah tak takut orang lain dah.. Lega..

Kebelakangan ini, dia dah pandai mengamuk. Kalau nak susu malam, dia jerit kuat-kuat seperti kene pukul. Kalau lambat layan dia pon dia akan jerit.. Biasanya dia begitu kalau merajuk denganku. Puncanya ialah, pada hari khamis lepas, dia main-main bila aku tidurkan. Habis kain buai basah dia sembur air liur. Lepas tu aku pun pukul tangan dia dan jentik pipi dia sampai dia nangis.. Mulai hari tu bukan main terror dia menjerit dan mengamuk.. Hmm sampai hari ini pon aku tak cakap sorry kat dia.. Sabtu pagi pulak, dia tumpahkan sebotol penuh susu yang aku tengah pam. Dia sibuk nak kacau dan terpusinglah botol tu dari valve.. Haaa kan dah tumpah. Hukumannya aku ignore dia.. Tambah plak petang aku biarkan opah sakitkan dia.. emosi betul lah dia tu..hehehehe

Jumaat ni kami akan pergi ke penang untuk kenduri kawin Adik ipar. pertama kali dia berjalan bermalam. Aku harap kami akan dapat bilik sendiri sebab budak ni sangat payah nak tidur kalau ada org asing.. Kalau tak dapat teruklah nak ku dodoi dan jentik tu nanti.. Sebetulnya rasa malas nak ikut. Tapi yerlah, dah setahun usianya, rasanya dah boleh dibawa merayau.. Kena pulak sekarang dia tengah gila berdiri dan tak mahu diam. Mengharap semua orang busy dan tak ada masa nak dukung dia jer.. hehehehe tak mahulah nanti balik dai sana timbul plak peel lain.. Mati den kono dengan mak pah..huhu...

Wednesday, March 24, 2010

TAG: 10

tag dari http://fisaothman.blogspot.com

[1] Siapakah diri anda di rumah?
Isteri kepada encik Syed Ibrahim Adha dan Umi kepada Syed Arif Iskandar, merangkap cleaner, chef dan mem tanpa bayaran.

[2] Siapakah diri anda disamping rakan?
Entahlah, Tak pernah tanya pulak. Errr saya ada rakan ker? Rakan alam cyber banyak la.. Rakan paling rock rakan2 RH dan Facebook.

[3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
Banyak. Salah satu darinya ialah Rumah atas tanah. Tak kira la teres ker bunglo ker umah kampung ker. Janji ada laman untukku menanam pokok kunyit, halia, serai, cili, lengkuas, cekur, terung, kacang panjang, kacang buncis, kacang botol, pokok mangga, pokok limau kasturi, pokok limau nipis, pokok buah nona dan pokok rambutan.

[4] Siapakah nama pasangan anda?
Tu dah tulis kat atas tu

[5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
a) Dia ensem
b)Dia baik
c)Dia bertanggungjawab
d)Dia kelakar
e)Dia tak kedukut denganku

[6] Bila tarikh anda couple?
13 februari 1999

[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Banyak gak. Malas la nak cerita.. Dah nama pun pahit, buat apa dikenang-kenang

[8] Lagu tema cinta anda?
tak ada plak..

[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
ermm nak tgk dia rajin masak.. (saya penat la masak sorang-sorang)
 
[10] Tag 10 rakan ada yang lain
Nak tag semua yang terbaca blog saya.. hehehe (macam la ada orang baca)

Tuesday, March 16, 2010

Saya tak sihat


Saya tertido kelemahan sewaktu umi saya menyediakan makan tengahari saya yang akhirnya saya makan sejam setengah kemudian. Saya makan sikit jer.  Pagi tadi umi dan abi antar saya ke klinik sebab saya demam, selsema teruk dan batuk. Umi saya cuti, tapi abi kerja. Saya batuk teruk sampai muntah-muntah kat klinik. Kat klinik doktor cek dada saya, belakang saya dan tekak saya. Doktor bagi saya gula-gula. Tapi saya takleh makan gula-gula lagi.. Saya masih kecik. Doktor bagi saya ubat.

Sampai rumah, umi mandikan saya dengan air suam. Tapi saya rasa sejuk sampai mengigil. Umi mandikan saya cepat-cepat lepas tu pakaikan baju jarang supaya panas badan saya turun. Lepas tu umi bagi ubat. Tapi saya muntahkan balik semua ubat.. Eh ada ker yang saya makan yer.. Ada kut sebab tu saya ngantuk sangat. Lepas muntah, umi bagi saya susu sikit. Tapi saya tak ada selera. Saya minum sikit jer. Terus saya tidor.. Sejam kemudian saya rasa lapar. Saya nangis mintak susu. Umi bagi susu sikit lagi kemudian umi kata nak bagi saya makan nasik. Umi kedapur masak lauk saya. Tapi kejap jer umi panggil saya, saya dah diam.. Umi tengok saya.. "lohhh tidur" kata umi sambil usap2 kepala saya. Umi biarkan saya tidur macam tu...

Lepas makan nasik pukul 2 petang, saya tidur lagi. Kali ini saya tidur kat tempat yang elok sikit. Ditengah-tengah tilam. Umi baring sebelah saya sambil belai-belai rambut saya. Saya bangun pukul 5 petang. Umi bagi saya ubat lagi dan mandikan saya sekali lagi.. Saya sejuk. Tapi umi kata mesti mandi untuk turunkan panas badan. Demam saya masih belum kebah.. Selsema makin teruk..

Hari Sabtu saya rasa sihat sikit. Demam saya dah kebah. Selsema saya juga dah kurang. Tapi saya masih batuk. Umi tetap bagi saya ubat tanpa belas kasihan.. Hasilnya saya sihat sepenuhnya pada ari ahad. Cuma batuk saya masih tak hilang. Kahak saya banyak..

Semalam (15.3.10) saya pergi rumah mak pah macam selalu. Umi hantar saya. Saya diserang batuk teruk semula. Umi dan abi saya pun batuk. Sangat teruk. Petang semalam saya muntah dalam buai. Tapi abi tak perasan. Lepas umi mandi umi jenguk saya dalam buai macam selalu. Umi tanya abi pesal tak tukar baju dia? basah ni? Abi kata sikit jer. Umi kata muntah ni.. sampai abis basah dada sampai ketiak sikit hapa. Abi kata bila masa dia muntah? See betapa cuainya abi saya. sebab tu umi tak bagi dia jaga saya lama-lama. Dia kalau tengok TV, dia boleh lupa dunia. Adalah sekali dia leka tengok TV tanpa sedar saya koyakkan ubat nyamuk dan makan kertas berwap ubat nyamuk. Umi marah dia teruk-teruk.. Hehehehe... Umi cuba tukar baju saya  tapi saya batuk lagi dan muntah lagi.. Habis basah baju dan seluar saya. Kat lantai penuh muntah saya.. Umi cuci semua. Umi tukar baju saya, lampin saya dan kain buai saya.. Lepas tu saya sambung tidur balik. Oh ya sebelum tidur tadi umi bagi saya ubat batuk yan terakhir.. Iskhhh sampai abis ubat masih juga saya tak baik batuk.. Kesian umi selalu jaga malam-malam sebab saya batuk. Kalau saya batuk, umi akan sapu minyak panas kat dada dan tepuk-tepuk belakang saya sampai saya tidur semula. Umi pun batuk juga. Tapi takde sapa nak urut umi atau sapu minyak kat umi.. Umi tak boleh makan ubat batuk sebab umi masih susukan saya... Sian umi... (Psttt ... sebenarnya  umi lebih kesiankan Ayip dari diri umi sendiri)

Tuesday, February 23, 2010

Aduhai sayang

Tengok mata kiter umi buat..

Pagi ini Ayip bagun awal. Seawal jam 5.13pagi..
Minum susu habis 4oz kemudian tak nak tido dah..
Sibuk nak panjat badan umi.
Umi buat-buat tido pon dia tak nak ikut gak.
Dia cubit idung umi dia cakar mata umi.
Pastu merayap seluruh tilam.
Akhirnya pukul 6.30 dia tertidur juga.
Lalu umi pun keluar untuk pam susu.
Selesai pam dan cuci serta menyelesaikan semua urusan pagi umi ingat nak mandi.
Umi masuk bilik jenguk Ayip kejap.
Dia masih lena tidur tertiarap denan kepala disorok bawah comforter..
Umi rapatkan pintu bilik dalam jarak 2cm terbuka.
Lalu umi pun mandi dengan aman seperti biasa.
Tengah dok syok sabun badan tiba-tiba dengar bunyi bangku kecik kat dapur seperti ditolak-tolak.
Ingat orang atas buat.
Dengar lagi dekat.
Umi jenguk keluar bilik air.
Hah anak umi tersengih memandang umi. 
Aduhai sayang....
Macamana dia boleh buka pintu?
Haaa itulah kebijaksanaan ayip.
Dia akan tarik sikit demi sedikit sambil adjust badan dia untuk keluar sampai lolos..
Masa keluar bilik air aku tengok kan main luas pintu bilik dibukaknya.. 
Hrmmm... 
Magik yang tak disangka-sangka.

Ayip ginilah, kalau bangun tido dia tak nangis.
Terus merayap.
Kalau kita ada sebelah dia terus senyum dan menegur..
Kadang-kadang aku risau dengan tebiat dia..
Risau kalau teralpa.
Entah apa lagi la yang dia buat pulak..
Hmmm Semoga Allah sentiasa melindungi dia. Amin.

Monday, February 22, 2010

Semakin hari semakin cinta

 
Apasal buat muka gitu? besarnyer ikan kita tu kan?

 
Senyuman meruntun jiwa. Khas buat umi tersayang.

 
Wajahmu selalu menawan hati umi.


Please umi... Read this book for me.

best plak termometer ni ek.

Setiap hari tak pernah jemu melihat wajahmu..
Tak pernah bosan menatap matamu.
Tapi apasal kamu degil.
Umi suruh Clap Hand kamu tak mau.
Umi suruh Raise Bye Bye kamu tak mau.
Umi kata jangan main kat dapur kamu tak ikut.
Umi kata jangan memanjat kamu tetap panjat.
Umi kata tido, kamu menjerit.
Umi kata jangan main pintu kamu mengamuk.

Umi tau, kamu ada perasaan.
Perasaan tak mahu dikuasai.
Perasaan mahu berdikari.
Kamu lebih mirip perangai umi.
Agak kasar, degil dan kendiri.
Kamu juga mewarisi mata umi.
Sukar dilelapkan dan senang sungguh dibangunkan.
Kamu malu seperti umi, kalau dipandang tepat kematamu, kamu akan mengelak tersipu-sipu.
Umi risau dengan hal itu.
Risau kamu juga nantinya tidak berkeyakinan seperti umi.
Tapi umi akan cuba didik kamu sebaik-baiknya..
Sekurang-kurangnya jadilah anak yang baik dan beriman.

Sayang, umi cinta kamu. Sangat-sangat cinta.

Wednesday, February 17, 2010

Cuti-cuti Ayip

Heading to Port Dickson. I'm happy... Yeayyy


Dah sampai ker umi? Napa nak kena pakai topi?

Owh ramainya orang. Gini rupanya pantai..

Apa menda la batman tu buat kat atas ni yer?

Nak baca jugak.

Mam mam... Dapnyer. Bubur nasi lauk carrot, sawi dan ayam. Umi masak taw.

Penatnya saya. Sampai umah kejut saya yer umi.

Dah dua ari berjalan. Arini duk umah jer ker?

muka kita malam tadi. Tgh sibuk ikut umi dan abi berkemas. hehehe

Ayip Gi PD!
huhu...
Inilah pertama kali Ayip jalan-jalan tanpa tujuan.
Sebelum ni Ayip penah gi Sungai Besar, kenduri kawan Umi.
Ayip pernah gi Banting, birthday party kawan Ayip.
Tu jer lah paling jauh pun..

Kami bawa Ayip gi PD sebab nak test dia boleh ker tak duduk dalam car seat lama-lama.
Disamping tu, umi nak belikan Ayip pelampung cantik.
Kami ke PD awal pagi juga.
Seawal kul 9.30 dah keluar rumah. 
Oleh kerana masih awal, kami memilih untuk ikut jalan KLIA terus ke nilai dan PD.
Tak lah kami tersangkut jammed.
Ayip yang kepenatan sebab kena bangun awal dah lelap tido..
Alhamdullilah, dia langsung tak kisah pun duduk dalam car seat.
Elok jer dia tido..
Hari tu kami naik waja Umi. 
Agak aman dan selesa sikit duduk kat belakang.
Sampai PD, matahari dah tegak atas kepala.
Panasnya!!!!!!!
Kami pilih port dekat jer.. Tak sampai teluk kemang lagi..
Kami takut jammed dan ramai sangat orang.
Kami bentang tikar bawah pokok dan lepak kat situ bersama Ayip.
Paling syok, Ayip terus selongkar bakul sesampainya kat tikar.
Semua dikeluarkan dan dia sibuk bermain botol susu kosong dia.

Sempat lah juga dia makan nasik kat pantai.
Main tangkap semut dan rasa-rasa pasir pantai..
Tapi kami tak bawa dia ke gigi air sebab panas sangat.
Takut demam plak..
Selepas lepak kat pantai kami beli pelampung.
Umi beli pelampung gajah kaler biru untuk Ayip..
Cantik.
Kemudian kami balik.
Ayip yang dah kenyang dan penat terus tido.
Abi saja jer ikut jalan jauh sikit sebab nak bagi dia tido lama.
Sampai jer umah terus sedar.
Pastu taknak tido-tido dah..
Kul 5 umi mandikan Ayip.
Kemudian baru la nak tido.
Umi pun join sekali.
Baru lelap 10 minit, Mak dan abah datang umah lak.
Ayip pun terjaga sekali..
Pantang dengar suara orang lain.
Anak umi kan.. Peel pun sama..

Malam tu dia tido lena sampai abish umi dan abi kena sepak terajang kaki dia..
Lena tapi lasak.
Esoknya kami kena bangun awal lagi. 
Mandi awal pagi lagi sebab nak ikut Ayah tar serombongan menghantar Anaknya bertunang.
"Sayang, arini kita gi lagi jauh"
Ayip yang notti kejap bukak kasut, kejap bukak topi... Aduiiiii
Dalam Car seat dia tido dari seremban sampai batu pahat.
Dengan bunyi jalan simen yang bising ya amat pun dia boleh tido..
Good boy anak umi.
Semasa berkumpul kat masjid, aku sempat bagi ayip makan sesuap dua.
Sekali orang ajak pergi lak..
Adeh, sian anak umi..
Sampai umah bakal tunang tu, aku sambung bagi dia makan lagi.
Tapi dia dah tak nak..
Dah sejuk agaknya bubur tu..
Gitu gini makan-makan  sembang-sembang kami pergi ker masjid semula untuk sembahyang.
Umi yang tak boleh sembahyang, amik kesempatan mandikan ayip.
Kesian dia mandi air sejuk. 

Lepas tukar baju dan minum susu dia tentu ngantuk.
Jam pun dah kul 3 petang.
Masuk jer kereta terus tido..
Tapi tidonya tak berapa aman. 
Asyik terkejut dan meracau sikit.
Abi lak berenti isi minyak kat muar.
Ayip ni jenis takleh ada suara asing kalau tido.
Terus jer terjaga dan tak tido-tido sampai KL kul 8 malam.
Jalan plak jammed sesangat.
Jenuh ler kami keluar masuk highway nak elak jammed.
Sampai umah terus lap badan dia ngan towel suam dan bagi susu.
Lepas tu dia tido kat buai.
Kejap-kejap terkejut..
AAAaaaa ni yang tak senang bawa bejalan ni..
Ni lah dia..
Lepas jer makan, aku terus bawa dia masuk bilik dan tido..
Penat tak ingat wooo...
Sebelum tu sempat gak pam susu. dapat 11 oz. 
sepanjang hari tak pam, bengkak giler B aku.
Dahlah boleh selamba tinggalkan pam ameda kat opis.
kalau bawak boleh gak pam lam keta..
Perjalanan tak dirancang kan.

semalam, kami rest jer kat umah..
Nampaknya Ayip tak lah susah sangat nak handle..
Dia memang anak yang baik..

Tuesday, February 9, 2010

SEMAKIN COMEL DAN NOTTI

 
Tengok mata kiter.. Sampai juling tgk umi.

 
Tengok senyuman kiter. Comey kan? nampak gigi.
Ayip semakin besar dan panjang. 
Umi ukur dah 2 kaki setengah.. 
Terlebih kalsium dak ni..
Semakin dia besar, semakin banyak akalnya.
Seawal pukul 7 pagi dah bangun.
Biasanya lepas dia jaga, umi letak dia kat ruang tamu.
Perkara pertama yang dia buat, mengesot kearah bakul mainan dia dan tumbangkan.
Lepas tu keluarkan satu-demi satu sampai tak ada langsung yang tinggal didalam bakul dan sepahkan.
Biasanya dia stick kepada satu mainan tak sampai 5 minit, kemudian dia akan mula menyibuk kat dapur dengan umi.
Laluan yang sepatutnya mudah dia buatkan susah kerana dia suka lalu kat atas tapak kipas angin.
Ada kala dia lalu ikut celah tiang kipas dan dinding untuk bolos ke dapur.
Adventure ler tu bagi dia.
Selalunya sebelum sampai dapur dia akan singgah kat kipas dan cuba berdiri berpegang pada tiang kipas..
Kat dapur spot favourite dia ialah bakul simpan sabun basuh baju dan container beras.
Kemudian dia akan sibuk nak masuk bilik air..
Kalau dulu dia paling takut air.
Sekarang, dia boleh tadah tangan kat pili air yg tengah mengalir sampai basah ketiak..

Hujung minggu, kalau kami tak keluar, sepanjang hari dia boleh bermain sahaja seluruh rumah.
Nak tidokan dia harus dipaksa.
Itupun letih tengok dia meniarap dalam buaian.
Berpusing 5-6 kali baru tido..
Nak bagi dia tido lama, kita pun kena tido sekali dengan dia..
Biasanya umi akan teman dia tido sambil baring bawah buaian dia dan tgk tv.
Bila dia berbunyi dan mengintai, umi akan buat-buat tido..
Bila dia tgk umi tido dia akan sambung tido balik..

Semenjak dua menjak ni dia dah pandai mengajuk percakapan kita yang senang-senang.
Paling senang dia ikut ialah ADOI.. Tapi bunyi sebutan dia ATEIII
KAKAK jadi ATAK
AISHAH jadi ashah...
UMI jadi MEI
Paling terer dia sebut MAM.
Pantang tgk org bawa pinggan dan mangkuk terus "MAM".
Semalam dia ajuk abi berdengkur.
Ajaibnya, dia boleh ikut sebijik sama cam abi nyer bunyi.
Terus jer umi dan abi tergelak.
Bila orang gelak, dia pun sibuk buat-buat gelak..
Hehehehehe... 
Dia memang ceria selalu.

Tapi Ayip akan hilang ceria bila jumpa nenek-nenek.
Pagi tadi, dia nangis bersungguh-sungguh masa umi antar kat umah mak pah.
Sebab kat umah kak pah ada nenek (mak kak pah) dan kakak kak pah.
Nenek tu hulur tangan jer dia terus peluk umi dan sembunyikan muka.
Umi letak atas lantai terus nangis.
Masa umi tinggalkan dia bersungguh dia mengesot ikut umi dari belakang sambil nangis..
Siannya, anak umi..
Mak Pah kata, ada seorang nenek (jiran mak pah) selalu datang umah. 
Nenek tu suka nak dukung dia.
Tapi tiap kali nenek tu amik, dia akan nangis.
Tapi dengan lelaki tua (atok-atok) dia tak kisah. 
Tak pernah jumpa pun dia boleh geng..
Kebetulan semalam abang mak pah pun ada datang umah.
Dia dukung ler Ayip. Boleh lak dia senyap dan senyum-senyum..
Dengan pakcik india kat kwsan umah kitaorang pun dia okey jer.
Boleh bergurau senda ngan pakcik india tu..
Cuba kalau nenek yang dekat, pasti ditengok jer muka orang tu pastu jebik.
Bagi dia nenek is disaster..
Agaknya sebab nenek suka busy bodi kacau cuit dia kut..
Dia bukan suka org cuit-cuit.