Monday, October 12, 2009

Sayu Rasa Hati


Ini beg Ayip.
Beg yang dia bawa gi umah pengasuh tetiap hari isnin sampai jumaat.
Petang semalam, rumah kami diserang oleh anak-anak babysitter Ayip dan kawan-kawannya.
Abi Ayip pulak tak ada kat umah.
Dah gi kuching tengahhari semalam.
Oleh kerana dah banyak kali diaorang datang tapi kami takder kat umah aku pun persilakan derang masuk.
Aku ingat diaorang macam budak-budak lain.
Rupa-rupanya.......

Masuk jer terus menuju ke bakul mainan Ayip.
Satu demi satu dikeluarkan, dibelasah, di baling ditekan.
Aku hanya mampu memandang mainan berharga ratusan ringgit itu rabak.
Nak dimarah anak orang.
Yang paling nakal anak BS yang paling bongsu.
Semua bilik dia masuk.
Semua benda yang terpamer dia usik dan ambik buat main.
Semua sofa dan kerusi dia panjat.
Mengucap panjang aku dalam hati.

Ayip pula, terkebil-kebil rimas.
Ada yang menyuakan mainan yang keras kat tangan dia.
Mujur aku sempat nampak dan alihkan.
Buatnya dia ketuk kat kepala dia?
Hmmm....
Alahai budak-budak... Tak dapat dijangka..

Malam tu aku simpan baju Ayip dalam beg macam biasa.
Tapi entah kenapa.
Kali ini perasaannya berbeza.
Sayu dan berbelah bagi.
Semua gara-gara melihat kelakuan anak pengasuh petang tadi.
Hati mula rasa sangsi dengan keselamatan Ayip.
Hati mula rasa bersalah meletakkan dia bersama budak sebuas itu.
Patutlah, dimukanya selalu ada luka yang tidak logik dia buat sendiri.
Patutlah kadang ada lebam dikaki atau tangannya.
mungkin mereka memberi dia mainan yang keras dan tajam.
Ayipku pula suka membanting tangannya atas bawah.
Tak mustahil terkena muka dan kepala, malah kaki tangan juga.
Patutlah juga Ayip sentiasa penat tak berdaya tiap kali dihantar kerumah BS.
Tentu dia tak boleh tidur langsung!

Lalu aku, bertanya kepada jiran.
Kalau ada kenal sesiapa yang mengasuh budak tapi tak ramai umatnya, tolong bagitau saya.
Malangnya jiran-jiranku juga sama sepertiku.
Tak berapa tahu dan kenal orang sekeliling kami.
Adehhh...

Kalaulah abi Ayip kaya...
Kan bagus..
Boleh aku jaga Ayip sendiri.
Rasa macam nak jual kereta dan berenti kerja pun ada juga.
Tapi aku harus bersabar.
Masih ada loan bank yang perlu dilunaskan.
Perlu juga berkerja demi menampung biaya Ayip.
Supaya dia boleh membesar dan belajar dengan sempurna.
Tapi dimana letak sempurna kalau begini kesudahannya?

Wednesday, October 7, 2009

Bigger fridge needed


Stock ebm Ayip dah menimbun.
Lower row peti sejuk beta dah penuh sampai ke pintu.
Walaupun ayip minum banyak setiap hari, namun stock susu masih tak berkurang.
Alhamdullilah.
Bulan syawal ni mencurah-curah plak air susu.
Jarang sekali aku boleh store dalam satu bekas kalau pump waktu pagi.
Harus distore dalam 2 bekas.
So far paling sikit aku dapat 7 oz.

Masih lagi bergantung kepada motilium.
Tapi dalam dos yang amat kurang.
Sepatutnya kena diambik 3 biji sehari.
Tapi aku makan 2 biji jer.
Kekadang satu bijik sehari.
Ikut ingat.

Waktu malam Ayip minum ebm sepenuhnya.
Waktu siang dicampur FM lagi.
Pengasuh kata Ayip kurang sabar menunggu susu siap.
hmmmm...
Takper dimaafkan.
Hujung minggu 100% ebm atau fresh milk.
Malangnya Ayip still tak nak direct BF..

Monday, October 5, 2009

Ayip raya sana sini

Abi dan Ayip kat umah orang kenduri..
Tak nak pandang plak dia...

Umi dan Ayip masih di umah oang kenduri.

Hujung minggu Ayip sangat busy.
Jummat malam aka malam sabtu, Ayip melawat sepupu dia Rayyan kat umah Tok Wan.
Sebenarnya Ayip dah ngantuk sangat.
Paksakan juga berjalan.
Hehehehe.. Sian dia.
Sampai umah tok dia, kejap jer dia jaga pastu baringkan kat sofa terus tido..
Yang menariknya ialah melihat muka dia memandang rayyan yang sedang menyusu badan.
Muka curious giler..
Kul 11 baru balik umah.
Sampai umah trus simpan dalam bilik dan tido.

Sabtu, kami memenuhi undangan rumah terbuka kawan hubby kat Meru.
Ayip malu-malu miouw..
Mak kawan tu amik memula dia ok jer..
Tapi bila terasa lain macam rupa dia terus nangis...
Dia dah kenal orang agaknya...
Tapi bila orang tak pegang, dia okey jer senyum kat orang.
Jinak-jinak merpati kata orang..

Lepas ke Meru, Kami pergi ke Sungai Besi pulak, umah cousin Hubby.
Time tu dah lewat sikit.
So pergi sekejap jer.
Ayip pun dah ngantuk sangat sampai sempat tumpang tido kat tilam anak cousin tu..
Sampai umah pun dah agak petang..
Lepas jer mandi dia terus tido tak mempedulikan keadaan sekeliling dah.

Ahad, kami memenuhi undangan majlis perkahwinan kawan kat sungai Besar pulak.
Hajat dihati nak amik gamba tgh sawah menghijau.
Tapi sawah tengah perang.. Tengah di bajak daaa...
Hishhh haru..
Sempat gak amik sekelik dua kat umah kenduri tu..
Wajib amik..
Ayip nampaknya in a good mood.
Dari shah Alam sampai sg besar dia tido jer.
Jalan melompat-lompat pun dia still steady.
Masa kat umah org tu pun dia tak meragam.
Dia cuma agak bz bercakap.
Ayat yang paling sering keluar dari mulut dia ialah 'pah' dan 'buah'..

Dalam perjalanan balik, aku saja nak tgk cermin make up yang ada kat belakang sun shade kereta.
Sekali Ayip pun terpandang sama.
Terus senyum lebar.
Memula senyum jer.
Bila aku ajak ba chak ngan cermin tu sampai menjerit dan mengekek dia gelak.
Bila aku dah stop ba cak ngan dia, dia masih pandang kat atas tu mintak main lagi.
Bukak lagi cermin tu, mengekek lagi gelak..
Hehehehee...
Rasa bahagia sungguh mendengar gelak tawa dia.
Rasa gembira melihat senyuman dia yang tak bergigi lagi tu..
Dari sungai besar kami ke umah kawan hubby kat Shah Alam pulak.
Malas nak patah balik.
Kira on the way trip la ni..
Makan dan makan lagi..
Tengok la muka umi tu.
Dah debab balik.

Sama cam sabtu tu.
Balik umah agak lewat.
Mandikan ayip.
Pastu sendiri mandi, solat sumer.
Ayip yang sangat penat, tido jer dari lepas mandi sampai pagi tadi.
Bangun untuk menyusu jer.
Sebelom mandi tu dia sempat bergolek sampai landing atas tikar.
Abi tak nampak dia.
Tau-tau dah atas tikar.
Nangis gak sikit.
Terhantuk kat tikar kut.
Ayip memang ganas.
Lepas ni kene bentang tilam besar kat ruang tamu.
Balut sumer bucu tajam ngan padding.
Taruk tilam bawah katil dan baby cot!
Boleh gitu cayang?


Wednesday, September 30, 2009

Kisah Hari Raya

Ayip dengan baju rayanya pada raya ketiga.
Ni nak raya gi Sogo. hehehe

Sebelum keluar umah. Amik gambar se-kelik dulu..
Baju umi tak berapa nak tema la ngan Ayip dan Abi.

Memandu pulang ke kampung. Good driver..
Tumpukan kepada pemanduan.

Aiseh sempat jeling umi yer sayang.

Kat umah Mak Abah.. Sempat ngambik se-kelik lagi.
Terima kasih banyak-banyak kepada encik tripod yang dah berusia 11 taun ..

Ayip abi dan pak su Uyen dier...cheh
macam holding hand, padahal camera technique.
Dasat!

Ayip bersama tok wan dan tok abah dia..

Ayip dan tok wan dia.
Beria tok wan nak dekatkan muka kat ayip.
Tapi Ayip belagak plak.
Tak layan tu..
Dasat!

Ayip dan pak su uyen dia...

Ayip dah Pak Ngah dia.
Pak ngah ni memang suka budak-budak.
Tengoklah betapa cerianyer dia ngan Ayip.
Serasi sejiwa gitu..

Ayip dan tok dia.
Hensome la atok dan cucu ni..

Ayip dah tok wan Lah dia.
Pandai lak dia posing..
Tgh tunggu maghrib ni..
Ayip pun dah rimas tak mandi lagi.
Tapi still macho

Kat umah tok wan Lah dan tok Tar. Tengah membelasah lemang dan kuih raya bersama aiskerim Radix dan kola radix..
Terlupa lak nak pow sebotol kola radix kat Tok Tar..
Wakakakaka ada hati..


Raya taun ni, kami ada kat KL jer.
Tak balik kampung pun.
Pagi-pagi raya Aku berkejaran di dapur memanaskan dendeng daging yang dah siap dimasak malamnya.
Lepas tu masukkan dalam bekas bersama ketupat pulut dan ketupat beras nak bawa ke rumah mak abah kat pantai dalam.
Jauh giler kampung.. Ahak ahak..
Seberang sungai klang jer bebeh..
Eh sungai gombak ker klang ek?
Biorlah.. janji sungai..

Lepas abi balik solat aidilfitri kami sempat amik 2 snap gambar kat umah.
Terpaksa tutup langsir sebab kamera tak mesra cahaya.
hehehehe..
Pastu terus gerak gi umah mak abah.
Sampai sana yang ada cuma mak, abah, Angah dan Uyen.
Eija kat muar, umah mertua dia.
Dia baru jer selamat melahirkan sepupu Ayip Meor Rayyan Zikri pada hari jumaat 18 sept kul 4 pagi lebey.
Yeh yeh,.. ayip dah ada cousin.
Mariam plak, kat muadzam beraya ngan suami dan mertua di sana.
Terpaksa lah begitu sebab suaminyer kena kerja.
Susah gak jadi duktur kan..

Ayip ni ngantuk sebenarnya.
Lepas dibelasah ciuman dan gomolan pakcik2 dan tok nenek dia trus tido.
Bangun tido kene amik gambar plak.
Lepas makan2 sikit, kitaorang balik umah sebab aku kene pam susu.
Raya-raya jugak, susu tetap kena pam.
Lepas tu kul 3 gerak gi umah Ayah wah (Abang Abah) kat Tasik permaisuri..
Ayip kene lenjan lagi.
Kat sana ada pakcik dia yang suka budak sama cam pak ngah.
Pakcik syed Hussin.
Tak lepas dia dukung Ayip..
hehehehe.. dia blom ada anak lagi. Baru jer kawin ngan kak Pan Suhainiku..

Pas tu gerak gi umah Ayah Tar (Adik abah) kat bangi.
Lama gak merayap kat situ.
Dari asar bawa ke maghrib juga.
Ayip kene belasah lagi dgn askar2 dan princes2 tok tar..
Adehh... Namun beliau tetap steady.
Masa orang semayang jemaah maghrib dia melalak menunjukkan amukan dan memberitahu yang dia dah penat.
Lepas di timang dipujuk tak juga mau aman, akhirnya kami balik.
Mak abah masih kat situ tunggu tok wah datang plak.
Pak ngah kata kul 11 mlm baru depa balik.

Kami plak, sampai umah kul 9 malam.
Trus masak air mandikan ayip yang tgh lena tido.
Bangunkan juga sebab tak nak dia tido dalam keadaan kotor.
Sib baik mood dia ok.
Tak nangis pon.
Lepas mandi minum sedas pastu terus tido tak bergerak-gerak lagi.
Lena selena-lenanya.
Memang penat betul dia.

Raya kedua, boss dan kawan2 hak duk satu flat ngan aku datang beraya.
Aku masak spaggethi dan hidangkan dendeng dan hidangkan dendeng daging bersama ketupat dan lemang jer.
Selain tu adalah 12 jenis kuih tunjuk.
Oklah.. tak mambazir.
Malam tu Pak su dan pak ngah ayip lak datang umah.
Meriah sungguh.
Abah ngan mak gi tengok eija kat muar.
Hmmm...

Raya ketiga kami raya kat sogo.
Shopping barang ayip.
Harus habis beratus ringgit.
Giler..

Raya ke empat abi balik kampung ngan mak abah dia.
Raya kelima abi dan rombongannya gi merisik dan meminang girlfriend pak ngah ayip kat penang.
10 malam baru abi sampai umah.
Ayip da tido..

Raya ke 6 tak kemana.
lepak golek2 kat umah.

Raya ke 7 pun tak kemana.
Mak abah dan tok papa dan opah chik plak datang umah.
Kebetulan aku masak soto.
Langkah kanan orang kata.
Datang plak time maghrib.
Kena sangat la trus makan malam.

Raya ke 8 gi kenduri kawin kawan abi kat shah alam.
sempat gi umah member yang duk sana juga sebelom kenduri tu..
Memang dasat...

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya


Sempena hari raya yang bakal menjelang sehari lebih jer lagi, aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua pengikut-pengikut blog ini dan pembaca-pembaca baik sengaja atau yang terbaca.
Mohon ampun maaf andainya ada tulisan yang menyinggung perasaan.
Semoga hari raya kita semua ceria-ceria selalu..

Wednesday, September 16, 2009

Ayip basah!

Masamnyer muka. Ada lah tu yang dia tak puas ati.

Adehhh...
Malam tadi aku cuba pakaikan Ayip dengan cloth diapers kaler coklat yang sebelom ni sememangnya akan bocor kalau dipakai.
Ayip pakai dari kul 2 pagi till 4.40am..
Memula ku raba ok jer.
Kering.
Sekali lepas rendam EBM dia dan nak feeding dia aku rasa
"weihh basahnyer awak. Sampai belakang pun lenjun."
Ayip yang dah nangish nak susu tak boleh tunggu lagi.
Lalu aku bagi dia susu dulu.
Lepas burb aku tukar baju, lapik tilam dan diapers dia.

Eheh... lupa nak letak wet tissue kat luar bilik..
Masa lap badan dia ngan wet tissue Ayip mengigil sojuk..
Benda tu sejuk kena air cond daaa.. hahahaha..
Lepas siap berbaju dia sedu..
Aku dah agak dah..
kalau ayip sejuk mesti dia sedu.
Sian anak umi.
Ampeh tul cloth diaper nan 2 bijik tu kan sayang.

Akhirnya aku dan hubby terpaksa bersahur shift lagi.
Ayip kalau dah sedu memang payah nak tido balik.
Macam-macam bunyi dia buat.
Macam-macam aksi dia kerjakan tangan aku.
Sampai juling-juling mata dia konon nak tarik tangan aku masuk mulut dia..
hehehehehe...

Alkisahnya, aku ada beli Cloth diaper 5 helai beberapa minggu sudah.
Hak 3 helai (oren, putih dan ijau) takder masalah.
So far tak pernah bocor.
Hak 2 lai lagi (Hitam dan dark Choc) asyik bocor.
First time pakai, baru jer dipakaikan kat ayip dia terus kencin..
Kebetulan abi dia handle dia nak bagi susu.
Abish ngan abi-abi basah..
Ok takper.. ingat masalah teknikal salah letak insert ker apa.
Aku try pakaikan hak coklat plak..
Tak sampai 10 minit, basah lencun sampai ke tilam.
Cuba dicuci lagi dan ulang pakai.
Sama juga. BOCOR!
Tak putus asa. Cuci dan pakai lagi.
TETAP BOCOR!
Tiga kali bocor aku dah mati akal.
Hubby kata maybe rosak.
Aku plak fenin.
Boleh ker CD rosak?
CD lagu maybe laaa... huhaaaa.
Lalu ku sms puan penjual.
Beliau suh aku cuci and cuci again..
Owhh ok.. akan ku cuba..
and will wait and see..
Cuti raya nanti aku nak cuci dan jemur kat tingkap direct sun every Day!
Kalau bocor juga...
Ku beli yang lain.. heheheheh

Monday, September 14, 2009

Ayip meniarap


Ayip dah boleh meniarap.
Ayip sangat suka meniarap.
Tengah-tengah melalak nak tido pun boleh pusing dan meniarap.
Pastu boleh senyum-senyum plak lagi.


Umi nak tukar pampers dia pun dia boleh meniarap lagi.
Kepala masih goyang-goyang tak kuat.
Nafas termengah-mengah menampung berat badan.
Tapi tetap suka meniarap.

Adakala, dia cuba.
Tapi tak berjaya.
Dia jerit dan geram sampai merah muka.
Tetap tak berjaya.
Umi kata, punggung tu berat sangat.
Cuba lagi.
Akhirnya umi tolong tolak buntut dia.
Terus terbalik dan senyum..
Hmmmm....

Eh eh,.. mata ayip juling kan?
Abi kata juling air.
Kadang-kadang nampak jelas sangat dia juling.
Sebab apa yer?
Sebelom ni dia tak juling pun.
Umi notice sejak dia disergah oleh budak 2 taun kat umah pengasuh tu sampai nangis terkejut dia terus juling kekal.
adehhh...
Takper lah ayip.
Janji sihat.
Mata tu nanti umi buat treatment.