Thursday, March 3, 2011

Friends

errr alamak.. dari mana aku cilok gambar nih?


Do you have a friends?
Yes i do...
Saya selalu menjadikan diri saya sebagai kawan kepada sesiapa saja.
Saya mendengar luahan hati, masalah dan suka duka sesiapa saja yang berkawan dengan saya.
Sedikitpun saya tidak pernah kisah tentang itu.
Saya suka mendengar, membaca dan sama-sama menyelami apa jua yang mereka luahkan.

Tapi, disebalik itu, tahukah anda.. Saya tidak punya tempat untuk benar-benar berkongsi.
Yup saya punya sahabat, kadangkala saya menceritakan basicnya masalah saya pada dia.
Tapi tidak sepenuhnya..
Kenapa ya?
Kerana saya tetap terikat dengan belenggu dalam jiwa saya.
Susah mempercayai sesiapa.
Kenapa ya?
Pernahkan sesiapa mengkhianati saya?
Ya pernah..!!
Saya percayakan dia dengan nyawa saya.
Berkongsi semua suka duka dengannya..
berkongsi semua rahsia dengannya..
Tapi dia tidak menyimpan amanah yang saya berikan.
Malah dia sanggup menghancurkan sebuah perasaan demi nama sebuah persahabatan!

Sejak hari itu, saya tidak lagi berani rapat dengan sesiapa..
Di pejabat saya sendirian.. kemana pon sendirian..
Di kolej dulupun saya sering sendirian..
Di universiti pon saya sendirian..
kenapa ya?
Alah senang jer jawapan dia. SAYA KERA SUMBANG DAN TAK TAHU BERKAWAN.

Di facebook: Saya main accept saja sesiapa yang add saya.
Tapi bila saya rasa tak berkenan dengan status dan cara dia menyampaikannya, saya remove dia..
JAHATNYA KAMU.. kata stacy.. mungkin ditujukan untuk saya..

Bagaimana pula dengan hal menjadikan suami sebagai sahabat?
Errr itupun saya keliru.
Sudah masuk 9 tahun saya kahwin plus 3 tahun bercinta.
Hingga kini saya tak kenal suami saya sepenuhnya..
Banyak yang saya tak tahu tentang dia.
Malah ramai lagi saudara-mara belah dia yang saya tak kenal (Atau malas nak kenal) LEBEY KURANG LA TUH..
Seorang sahabat seharusnya selalu bercerita tentang apa saja kepada sahabatnya.
Kerja dia, kawan dia, aktiviti dia..
Saya tak dapat mendengar itu dari sahabat sebumbung saya..
Ironinya saya seperti tidak ambil kisah..
Kenapa ya?
Entah.. MALAS LA KOT..
Bak kata pepatah, pinggan tak retak nasik tak dingin, orang tak hendak patik pong tak hengen..
Tapi kalau pinggan tak retak pon, biar nasik tu lelama kena kipas angin, sejuk la jugak..

Terbaru, baru la. Baru setahun 10 bulan 4 hari, saya dikurniakan lagi seorang sahabat.
Nama dia Ayip..
Haaaaaa yang ini saya jamin, saya kenal dia luar dalam.
Walaupun dia baru pandai bercakap dan saya masih tergeliat taik telinga memahami bahasanya, namun dia sudah tahu bercerita kepada saya.
Setiap hari mengadu, merayu, menangis dan ketawa bersama..
Berkawan dengan dia tidak melibatkan emosi dewasa saya.
Jadi kesimpulannya, saya sentiasa gembira bila bersama dia.
Ada la kadang sedih, bila dia kena marah, menangis mendayu-dayu mahukan pujukan saya..
Kadang saya sedih sebab dia sakit, cedera atau terasa.. Begitulah...

No comments: