Monday, January 17, 2011

Kisah basikal saya

Ini booster seat saya. Masih dalam kotak kat bonet encik waja.
Basikal biru baru saya.
bangga kemain muka saya mendapat basikal

masa ni umi tak letak bateri lagi kat lampu basikal dan hon dia..

Minggu lepas, dia asyik digoda dengan basikal biru oleh anak jiran sebelah.
Tiap kali kami balik kerja, seraya mendengar bunyi wissel kasut Ayip, anak jiran tu laju jer bukak pintu dan sorong basikal dia keluar.
Saja lah kan menunjuk-nunjuk kat adik yang comel ituh..
Alahai budak.

Anak kecik saya yang sememangnya sudah lama mengidam basikal itu pun apa lagi..
Laju juga menyentuh, menarik dan mencuba untuk naik.
Si budak memang tak kisah, tapi saya kisah.
Saya bukan mesra pun dengan jiran ini.
Mereka baru jugaklah duduk kat rumah itu.
Peelnya pula, selalu bertutup pintu dan siap bermangga.
Nak jemput kalau ada kenduri kendara pun serba salah. Diketuk idak menyahut.
Satgi tetiba keluaq plak insan lalu trus keluar umah.. aisehh

Berbalik pada basikal.
Namapun Ayip, bila ditegah, diajak masuk dia menangis.
Melembikkan badan seakan mahu baring atas simen koridor..
Angkat la jugak dalam meronta sumbat dalam umah.
Maka mulalah drama air mata. Serba serbi mau ditangisi..
Itu slah ini salah.. Ayat yang keluar nak nak sambil berusaha membuka pintu depan..
Thanks God sebab memberi rezeki pada kami menukar pintu tu kepada pintu kayu dulu.
So dia tak boleh bukak.

2-3 hari berlarutan kisah yang sama.
Saya mula memikir, apa salahnya membeli sebijik basikal untuk dia.
Nak menunggu pindah rumah baru seperti yang diniatkan sebelum entah jadi entah tidak..
Entah bila purnama baru muncul pula rumah baru tu
Kebetulan saya memang berhajat nak belikan booster seat untuk dia since usia dan badan sudah kurang molek duduk kat car seat..
So dipagi sabtu yang agak hots...
Kami ke MYDEAR warehouse kat puchong.
Tiba plak time orang dah dekat nak lunch.
Sales person sorang pun tak mai melayan hinggalah dipanggil berkali-kali..
Kijammm

Mintak stok2 yang dikehendaki semua dah tak ada.
Lalu, memilihlah basikal yang tertera di atas.
Mujur ada.
Pilih juga sebiji booster seat.
Namun amatlah lambat menunggu pekerja mengambilnya dari store.
Alahai lerrr.
Si bujang udah mula mengantuk dan kelaparan.
Si ibu comel ni pula kelupaan membawa tepung susu untuk si anak..
Kan bertuah nyer ibu..
Sesudah mendapat barang dihajati, kami pun balik.
Tetiba itu kecik mintak susu. alamak..
Bagi air dia tak mau.
dia ngantuk dan lapar.. lama-lama dipujuk dia minum gaklah air kosong.

Sempat juga membeli nasik campur kat depan faber tower.
Sesampai dirumah, terus suap dia makan lauk gulai lemak telur itik dan sup daging.
Dek kerana lapar setengah bungkus nasi dia belasah sorang..
Sian anak umi : salahkan umi sebab lupa bawak tepung susu..
Sesudah makan nasi, dibagi susu sedikit sesambil bersalin lampin dan baju.
belum pun sempat siap, dia dah lena..
Lalu abi pun masukkan ke dalam buai.
Lapar sangat gamaknya.
banyak gak susu dia belasah sebelom betul2 tidur..
3 jam lebih tidur dia terjaga..
Turun dari buai terus menuju basikal baru.
Cuba memanjat namun tak berjaya dek kerana tinggi dan diri yang masih lemah.

Mangsanya umi, angkat juga naik atas seat.
Dah dinaikkan mintak sorong pulak.. Alahai ler anak..
Saya layankan juga sesambil memasak air mandi dan isi air dalam besen mandi dia..
Diajak mandi biasanya dia paling laju membuka baju seluar dia..
Kali ni dia cakap "tak nak" dan masih berpaut teguh kat basikal..
Paksa lah jugak dengan umpan gayung.
Ini budak suka gayung juga jgn tak tau..
sehingga malam menjelma, dia masih asyik dengan basikal dia.
Sangat asyik sampai diajak tidur pun memberi alasan naik basikal untuk mengelak..
Dah ditutup semua lampu rumah, tetap setia duduk atas basikal.
Sudahnya pakai paksa rela.. Adehhh nangis la apa lagi..


Hari kedua dia masih eksited.
Bangun pagi2 terus menuju basikal.
Mintak umi tolong naikkan jugak. kemudian mintak tolak..
Matii saya..
Tapi umi bijak aih..
Umi tau dia suka penyapu bulu ayam dan vacuum
Saya pun ambik dua benda itu.
Wahhh laju dia turun dari basikal
Saya bagi dia duster yang baru dan saya basmi semua habuk dengan duster lama saya.
Lama gak kami berdua mengemas, sebelum mandi dan kemudian tidurkan dia.
Itupun masih merengek menunjukkan basikal..
Alamak aihh..
Saya pujuk dia macam biasa. Saya kata kat dia "Petang nanti kita main basikal kat luar yer sayang. sayang tido dulu"
"Otey" dia jawab.. amboihhhh cumelnyer suara. Dan dia betul2 tido..
Tetiba kakak diatas menurunkan sakti lesung batunya la pulak...
Dia bukak mata semula dan berkata "aaaaa tak tau"
Saya pujuk dia semula suruh tido jer.
Saya kata "Nanti umi beli batu giling hadiah kat kakak atas tu yer.. biar sampai tingkat satu boleh dengar" dia senyum dan tido semula.

Hubby sms kata Pak ngah (Adik hubby) nak mai umah..
Alamak, terkocoh-kocoh saya menyediakan segala bawang dan bahan masakan.
Berpeluh-peluh jadinya..
Pak ngah datang dalam pukul 1.
Abi pun lunch ngan dia. Ayip yang tadi disuap umi, dah tak mau makan pulak.
Petang itu dia langsung tak mau tido.
Sibuk bermain kat bilik.
Dia sudah mula jemu kut dengan basikal.
Saya pula membuat apple pie pertama saya..
Rezeki pak ngah la kan..
Niat membuat apple pie sebab nak abiskan apple dalam esbok yang dah tersimpan agak lama.

Petang sebelum mandi abi tunaikan janji umi pada ayip.
Mereka berdua main sorong basikal kat luar umah sekitar koridor.
Seperti yang diagak, memang tak mau masuk umah punya.. cissss..
Letih la menyelongkar chuupa chup untuk umpan..
Selamat jugak dimandikan sementara abi dan pak ngah minum petang.. Adohh ayipp..
Tak abis2 ngan beskal biru dia..
Malangnya kaki dia agak tak kesampaian lagi kat pedal pengayuh.
Basikal tu pun agak berat jugak untuk dia kayuh..
wonder gak sampai bila dia akan berkepit ngan basikal itu.

No comments: