Tuesday, November 24, 2009

AYIP SITU SANA SINI..



senyuman  Ayip dihari Sabtu ketika sibuk bermain denganku

 

Akhirnya kami kalah dengan tuntutan Ayip yang mahukan buaian.




Sebelum ke klinik semalam, apalah yang dia fikirkan.




Demam selepas kene cucuk.. Sian dia...

Ayip tetap ceria macam selalu...
Ari jumaat, masa aku amik dia kat umah kak pah, dia kan main gembira.
Terlonjak-lonjak gelak..
Kebetulan mama Aisyah dan mustaffa pun ada kat umah kak pah.
Kak Pah yang sedang sibuk menyuap aishah makan tak menang tangan nak melayan kami semua..
Last-last aku terlupa nak bawa balik botol susu ayip untuk diseteril...
Well harap kak pah rebus dalam air panas ler hendaknya bersama botol aisyah.
Malam tu Ayip tido awal dengan abi dia..
Tapi Abi mintak aku kejutkan balik sebab dia ada assingment nak buat.
Lepas siap pam susu dan jemur baju ayip semua, aku bakar lilin birthday kek abi dan kejut dia..
Bila disuruh tiup dia hembus sekuat-kuatnya plak..
Hampeh.. tak sempat nak amik gambo..
Kijam....

Saturday, abi ada kelas sepanjang hari.
Aku dan Ayip tinggal kat umah sambil berguling-guling, berkejar-kejar main tido-tido sementara menunggu petang.
Petang tu aku masak nasi, ikan goreng, sardin dan sayur bayam.
Bayam yang sebenarnya dibeli untuk Ayip.

Since hari khamis, ayip dah ada buaian sendiri kat umah.
So dengan adanya buai, agak lena dan lama dia tidur.
Makanya banyaklah segala kerja terbengkalai yang aku sempat siapkan dalam masa sehari.
Tak ada lagi baju menimbun, tak ada lagi sofa sarang tikus..
Tapi semua tu kejap jer..
Esoknya, bersepah lagi umah kami..

Ahad, Abi ada kelas 8.30-10.30 pagi.
Lepas tu kami gi Mydin Subang Jaya beli barang umah yang dah surut semuanya..
Disamping nak beli makanan Ayip..
Ayip yang dah ngantuk, memula senyap jer dalam stroller.
Tapi bila dah lama sangat dia mula mengamuk..
Kene didukung pulak..
Bila ada yang menegur dan menyapa dia, dia senyum pulak..
Aduhai anak umi,, mesra alam sungguh.
Masa on the way balik, Ayip tido..
Sesampai umah aku masuk dalam buai, tapi dia terjaga pulak..
Kan main susah nak tidokan balik..

Akhirnya sebelah tangan pam susu, sebelah tangan buai ayip..
Abi ayip? dah lama pengsan tertido...
Tak apa, dia penat wat assingment sampai larut malam..

Hari isnin, kami bawa Ayip ke klinik untuk amik suntikan pneumococcal vaccine second dose..
Aku dah bangun awal, tapi ayip dan abi kan main sedap tido..
Akhirnya kul 10 baru sampai DEMC..
Orang dah ramai sangat..
Kebetulan plak no giliran aku dan ayip dekat-dekat..
Masa no aku dipanggil, abi dan ayip ikut sama.
Masa aku tgh wat Pap smear, no ayip plak dipanggil.
Abi ler yang bawa dia jumpa dr roliza..
Tapi jap pastu aku menyusul ke bilik dr roliza.
Ayip yang memula senyum dgn dr roliza tetiba nangis bila doktor tu simpan balik tape untuk ukur panjang dia..
Haaaa dia majuk nak tali tu.. disamping dah ngantuk nak tido dan nak susu..
Padahal kejap tadi dah bagi susu dan biskut farley..
Hmmmm...
Pas duktur cucuk lagi kuat dia nangis..
Hahahaha... Tak penah-penah dia nangis kene cucuk..
Tapi kejap jer la..
Dalam setengah minit gitu, dia diam..
Masa dalam keta aku bagi susu, terus tido sampai umah..
Kat umah Dia sambung tido sampai kul 4.30 petang lepas aku tuam bekas kene suntik tu..
Bangun-bangun jer minum susu, mandi.
Ingatkan dah kenyang tak ler makan banyak bubur.
Sekali makan penuh mangkuk kecik..
Huuu... Dia suka brokoli bayam dan carrot yang aku masak..
Pastu cek suhu badan tgk2 demam.
Patutlah asyik merengek manja...
Kami pun amik cool fever tampal kat dahi.
Bagi ubat demam dan lap kepala dan badan dengan towel basah...
Tengah malam cek suhu lagi, tengok2 dah ok sikit.
Dah turun suhu normal, tapi masih agak panas...

Pagi tadi aku hantar ke rumah kak pah, dia happy macam selalu.
Berlagu lagu dia dalam kereta.
Aktif mengigit tali yang aku buat gantung mainan dia.
Harap-harap dia tak meragam ngan mak pah dia hari ni..

Oh yer, berat Ayip naik 100 gm jer.. dari 9.2kg kepada 9.3kg..
Dia sangat aktif ler agaknya...




2 comments:

ummu said...

Wah tak larat nak ligan lah umi dan abi Ayip...

Christina Arissa said...

memang ler kak ummu..
Sampai ke ruang makan dia nak berenang..