Monday, October 12, 2009

Sayu Rasa Hati


Ini beg Ayip.
Beg yang dia bawa gi umah pengasuh tetiap hari isnin sampai jumaat.
Petang semalam, rumah kami diserang oleh anak-anak babysitter Ayip dan kawan-kawannya.
Abi Ayip pulak tak ada kat umah.
Dah gi kuching tengahhari semalam.
Oleh kerana dah banyak kali diaorang datang tapi kami takder kat umah aku pun persilakan derang masuk.
Aku ingat diaorang macam budak-budak lain.
Rupa-rupanya.......

Masuk jer terus menuju ke bakul mainan Ayip.
Satu demi satu dikeluarkan, dibelasah, di baling ditekan.
Aku hanya mampu memandang mainan berharga ratusan ringgit itu rabak.
Nak dimarah anak orang.
Yang paling nakal anak BS yang paling bongsu.
Semua bilik dia masuk.
Semua benda yang terpamer dia usik dan ambik buat main.
Semua sofa dan kerusi dia panjat.
Mengucap panjang aku dalam hati.

Ayip pula, terkebil-kebil rimas.
Ada yang menyuakan mainan yang keras kat tangan dia.
Mujur aku sempat nampak dan alihkan.
Buatnya dia ketuk kat kepala dia?
Hmmm....
Alahai budak-budak... Tak dapat dijangka..

Malam tu aku simpan baju Ayip dalam beg macam biasa.
Tapi entah kenapa.
Kali ini perasaannya berbeza.
Sayu dan berbelah bagi.
Semua gara-gara melihat kelakuan anak pengasuh petang tadi.
Hati mula rasa sangsi dengan keselamatan Ayip.
Hati mula rasa bersalah meletakkan dia bersama budak sebuas itu.
Patutlah, dimukanya selalu ada luka yang tidak logik dia buat sendiri.
Patutlah kadang ada lebam dikaki atau tangannya.
mungkin mereka memberi dia mainan yang keras dan tajam.
Ayipku pula suka membanting tangannya atas bawah.
Tak mustahil terkena muka dan kepala, malah kaki tangan juga.
Patutlah juga Ayip sentiasa penat tak berdaya tiap kali dihantar kerumah BS.
Tentu dia tak boleh tidur langsung!

Lalu aku, bertanya kepada jiran.
Kalau ada kenal sesiapa yang mengasuh budak tapi tak ramai umatnya, tolong bagitau saya.
Malangnya jiran-jiranku juga sama sepertiku.
Tak berapa tahu dan kenal orang sekeliling kami.
Adehhh...

Kalaulah abi Ayip kaya...
Kan bagus..
Boleh aku jaga Ayip sendiri.
Rasa macam nak jual kereta dan berenti kerja pun ada juga.
Tapi aku harus bersabar.
Masih ada loan bank yang perlu dilunaskan.
Perlu juga berkerja demi menampung biaya Ayip.
Supaya dia boleh membesar dan belajar dengan sempurna.
Tapi dimana letak sempurna kalau begini kesudahannya?

6 comments:

Wina Momma S and S said...

samalah kite aris..kalaulah kite boleh jg anak kite sendiri kn??

wina pun x suke bebudak nakal cam tu..geram je nengok!

cubalah cari bbsitter lain ye..cian ayip

Christina Arissa said...

Tu la dia wina.
Tengah usahakan cari ni..
Harap-harap boleh jumpa yang lebih baik.

Ummi HusnaDaniaAmani said...

ksian ayip..
mmg susah nk cr pengasuh yg betul2 ok..anak saya spai 4 org tukar pengasuh..yg ke 4 ni br ok..
harap2 ayip dpt yg baik..insyallah..

Ummi HusnaDaniaAmani said...
This comment has been removed by the author.
fisa othman said...

isk seriau dgr kisah anak2 BS ayip...
BS ayip x mrh ker anak2 die camtu ekk..

Christina Arissa said...

mak aih sampai 4? Taknak la sampai gitu..

Tu la fisa..
Mak dia buat dunno jer..