Friday, February 25, 2011

Saya Sayang Awak sebenarnya


Gambar terbaru saya


Malam tadi teruk dia kena marah ngan saya.
Akibat meragam tak tentu pasal.
Disuap makan, menangis.
Lambat suap, menangis.
Diberi pinggan sudu sendiri tak dapat nak ambik spagetthi dan suap ke mulut pun nangis.
Dan tangisnya bukan merengek, tapi menangis sungguh2 seperti kena belasah.

Akhirnya saya yang kepenatan, kesakitan mula naik hantu.
Saya tolak dia dari pangkuan hingga terpelanting sudu ditangannya hampir ke pintu utama dan jerit sekuat hati kat dia "Awak nak apa?"
Tangisannya mula terbata-bata, tersedu sedan seperti amat terluka..
Dia jerit kembali pada saya "Kacauuu aaaaaa!" juga sekuat suaranya.
Saya balas balik "Apa yang kacau!!!!"
Dia menangis lagi kesedihan..
Kembali duduk dipangkuan saya minta dimanja..
Barulah boleh makan habis semangkuk kecik spagetthi sup.

Yer, dia anak saya.
Sifatnya tidaklah jauh berbanding saya.
Sering merasa marah tidak tahu punca.
Saya tak pernah berharap dia mewarisi kegarangan dan ketaksabaran saya.
Tapi itu semua diluar kawalan saya.
Yups, selalu saya cuba berlembut dengan dia.
adakala endingnya baik juga, adakala endingnya tidak berubah..

Apapun saya tetap mendoakan yang terbaik untuk dia..
Selalu memohon dikurniakan kesabaran yang tinggi buatnya.
Dan saya juga sangat sayangkan dia..

2 comments:

noorshafila said...

Hehehe....dah boleh jadi kawan gaduh dan tempat bermanja.
Ku ngan Alisha pun sama. Bila dia mengamuk tak tentu pasal, ku tinggalkan dia dekat hall menangis sendiri. Pandai pulak dia diam dan ikut sambil sua tangan suruh kita pujuk balik.
Kadang2 sangat menguji kesabaran.

Christina Arissa said...

saja nak perhatian kan fila kan.. ngengade