Thursday, July 23, 2009

3rd Month Imunisation



his photo was capture while waiting for our Qued number call at DEMC. He love to chew his own fingers...All of em..



This photo was capture after I'm changing his outing cloth to home t-shirt. He is happy huh?

Semalam bawa Ayip gi DEMC again for his 3rd month imunisation.
Ayip mandi seawal pukul 8 pagi sebab Abi dia kononnya nak gi kerja awal.
Ada kerja katanya.
Sampai before 10 am kat DEMC terus amik no giliran.
Duhhh ingatkan awal tapi rupanya dah ramai orang.
Ayip dapat no 0107 means no 7.
Hmmm... Sempatlah dia minum susu sedas..
10 minit pertama dia sangat happy dan selesa dalam pangkuan aku.
Siap isap jari dan berborak ngan Abi dia.
Tapi selepas hampir 30 minit menunggu, dia mula rimas.
Sebabnya kami duduk agak jauh dari Air cond.
Ayip dah mula berpeluh.
Hmmmm baby Ayip ni bukan tahan panas.
Mula la dia meliuk lentuk tak selesa.
Aku pun bawa gi belakang playground dan berdiri betul2 depan Air cond.
Terus jer kuyu mata nak tido.
Tapi dek kerana bising ramai budak bermain dia tak tido jugak.
Sekejap jer duk situ dah kena panggil masuk bilik Dr.

Masa Dr. cek dia bukan main happy lagi dia berborak ngan doktor.
Siap senyum gelak lagi.
Bila kena cucuk jer menjerit sekali jer.
Huuu.. Kuat juga dia.
Ayip macam nilah.
Kalau kena gigit semut pun dia jerit sekali jer.
Pastu dah.
Dia jenis tahan sakit.
Hubby kata cam aku.
Ya lah kut.
Aku kalau takat luka operation masih amat selamba rasanya menahan.
Selesai jer Dr. Rozila cucuk Ayip aku pun mula la menjalankan sesi soal jawab ngan dia.
Mula-mula aku bertanyakan tentang motilium.
Berapa lama boleh amik, berapa banyak boleh amik.
Coz I'm eager to feed my Ayip with my own breast milk.
Lepas dah dapat jawapan dia aku beralih kepada soalan tentang ubat batuk pulak.
Coz dah 4 bulan aku batuk tanpa henti.
Bila sejuk atau makan makanan manis atau pedas batuk tu jadi parah semula.
Tapi camana nak elak.
Pedas boleh la elak.
Manis? Aku kena minum 2 gelas susu anmum lacta setiap ari untuk tambah air susu dan untuk keperluan kalsium aku.
Nampaknya Dr tidak membenarkan sebarang ubat batuk untuk BF mommies.
Kata dia aku harus gi buat medical check up sebab dikuathiri Asthma..
Huuu???? Dulu masa kecik bukan takat ada asthma jer aku ni, malah ada pheunomia.
Dan dan tu plak tanya pasal suntikan tambahan yang berbunyi pheunococal kalau tak silap aku namanya.
Supposed next month Ayip takder imunisasi yang harus dibuat.
Tapi kami nak amik suntikan pheunococal tu juga.
Kena la datang lagi bulan depan.
Sehari sebelum puasa.. Bestnyaaaaa....Ekekeeke...

Lepas abis ngan paed kami round2 jap dalam plaza Masalam.
Konon nak cari contact lense Biomedic untuk aku.
Tapi sumer kedai tak jual atau takda stok.
Adeihhhhh....
Ayip dah tido dah time tu.
Abi dia yang dukung.
Lengan aku dah lenguh dah dukung dia.
Nyesal lak tak bawa stroller dia.
Akhirnya kitaorang singgah kat klinik mata kat luar tah apa nama tpt tah tak jauh dari DEMC tu.
Takder jugak biomedik.
Takpa..
Aku tanya yang menjual lense tu ada ker tak lense yang serupa kandungan air dan oxygen dgn biomedik or bioclear.
Sib baik ada.
Sekotak RM28.00 dalam tu ada 3 biji lense.
So aku pun angkut 2 kotak.
Malas nak gi Mid Valley cari Biomedic tu.

Sesampai kat umah Ayip masih tido.
Tapi blom sempat siap aku tukar baju dia dah melalak.
Mungkin kesan suntikan tu sakit agaknya.
Lepas tu aku tukar baju dia kepada baju rumah yang nipis.
Terus senyum dan happy berborak semula ngan aku.
Lepas minum susu 3oz terus tido sampai asar.
Penat betul dia....
Aku pun selepas selesai segala urusan turut tido bersama Ayip.
Dah 2 hari aku tak cukup tido dek kerana banyaknya kerja umah yang terbengkalai. Malamnya pulak Ayip asyik meracau dalam tido dia.
Jap tido jap merengek.
Manja kemain plak tu bunyi dia.
Heheheh Barangkali sakit bekas suntikan tu.
Aku tuam 2 kali gak baru dia okay sikit.

Pagi tadi antar ke rumah pengasuh dia masih tido lena.
Tapi sampai jer umah pengasuh dia terus celik.
Bila aku bangun dan cakap bye kat dia terus nangis.
Adehhh aku tinggal jer..
Kalau dia sakit memang dia manja sikit.
Dah tu kenal suara dan bau pulak tu.
Mungkin dah kenal rupa juga sebab semalam beria-ia dia pandang muka aku kemudian senyum.
Tengok kat carta penglihatan dia pun nampaknya vision dia semakin clear.

No comments: