Tuesday, July 27, 2010

??????????


Tah pesal, Lately, kepala seakan blank dan tidak berinisiatif mengupdate blog ini.
Tapi hari ini aku rasa nak cuba berbaik dengannya semula. hahahaha
Ayipku dah besar. selama 3 bulan menyepi, sudah banyak perkara tentang dia yang terjadi.
Sekarang dia sudah mula bertatih sejak minggu lepas.
Dia bangun dengan sendiri mengikut cara aku bangun.
Bila aku langkahkan kaki dia juga turut melangkah.
Namun dia hanya mampu bertahan 5 langkah yang paling panjang kemudian jatuh terduduk.
Dia sentiasa mahu memegang sesuatu ditangannya bila berjalan. Agaknya dengan begitu dia rasa balance lebih mantap. hahahaha

Terbaru dia sudah tahu mengajuk percakapan kami.
Dia suka memanggil aku bila aku kat dapur.
Dia panggil aku "Pah" sepertimana dia panggil mak pah dia.
Malah abi juga dipanggil pah. hahahaha
Bila aku kat dapur dia rajin menjenguk kat pagar dia dan memanggil "Pahhh" berirama
Nanti aku kan jawab "Yer sayang" kemudian dia akan ngajuk ikut intonasi suaraku "Pah pahpah" hehehe
Suaranya sangat comel dengan mulut kecil yang sentiasa menitiskan air liur basi itu..

Di dinding kami tergandung kalimah LAILAAHAILAALAH MUHAMADRASULLULAH pemberian pak ngah dia.
Dia suka sentuh dan cuba baca bila didukung berdekatan frame itu.
Lalu kami bacakan untuk dia sebagaimana kami timang dia sebelum tidur..
Nah, surprise.. Dia pandai mengikut cara kami menyebutnya tapi bunyinya gini "yaaaaaeeeyaaaaieeyaaaa" siap ngan lagu hahahaha Ayip.

Sabtu lepas tok wan dan tok abah dia datang umah dah lewat petang.
Dia masih sleep.
Bangun2 sleep jer malu-malu miow..
Pas mandi dia mula mengganas seperti selalu.
Berkejaran kesana kemari.
menyentuh, menganggu dan sebagainya.
Tapi dia masih tak mahu didukung atau dipangku oleh atok2 nyer..
Lalu aku ajak abah dan mak makan malam sekali.
Biar mereka bermain lama sikit dengan cucu sulung mereka yang sombong itu hahahaha
Nampaknya dia boleh ditinggalkan bersama atok dan tok wan dia kat ruang tamu.
Tapi langsung tak hiraukan orang itupun.
Yang dia kesahkan ialah mainan dia yang penuh bakul besar.
Ayip-Ayip.
Masa mak, abah dan Abi makan dia pon sibuk pergi ke meja makan dan meraba-raba lengan tok wan. hehehe kan...
Gitulah dia.
Bila orang amik dia lari bila orang busy dia datang nyerah diri..

Dia juga makan nasi yang sama, lauk sup ayam kampung dengan cendawan shitake.
Takut juga nak bagi dia cendawan due to ellergi.
Tapi alhamdullilah, so far aku dah try cendawan tiram dan shitake, so far dia tak alah.
Malam tadi aku suap dia nasik lauk lala masak cili.
Selamba jer dia makan. Tak nampak macam kepedasan pun.
Ahad petang lagilah, ku suap dia nasi kerabu kat rumah Nuyue.
Siap ada budu lagik, selamba jer dia makan. balik dari umah nuyue singgah mcD beli GCB.
GCB pun dia belasah makan gak. Pastu kentut busuk. cesss Ayip.. Memang anak abi..

No comments: