Dalam usia setahun 3 bulan. Masih jauh dia ketinggalan. Yang dia tahu buat setakat ini ialah, berlajar berdiri sendiri. dalam dua kali cuba sekali jatuh sekali berjaya. Belajar melangkah sendiri. Paling banyak 5 langkah. Tapi hanya mahu melangkah ketika dirumah. Dirumah mak pah langsung tak mahu. (mak pah komplen nih) hahahaha
Dia paling suka buku. Bangun tidur terus cari buku. Bukak dan tunjuk pada gambar dan menyebut "A" atau "E".. bunyi lain tak ada. Kadang-kadang dia akan sebut "Popol" bila nampak gambar kucing atau anjing. Dia suka tengok rancangan Hi-5. Malah tahu menunjuk high -5 kat kita tanpa disuruh-suruh. Dia akan duduk diam dengan senyuman lebar menonton hi-5 setiap pagi. Dia juga obsess kepada Yo Gabagaba.. Dan yang paling tak tahan, dia suka semua montaj tv dari nt7, tv3, astro oasis, Axn dan lain-lain. Sanggup berkejaran dari dapur semata-mata nak tgk montaj. Tapi sampai dpn tv dan selesai hahahaa saya kan lambat, masih merangkak. hahahaah
Dia tahu menunjuk isyarat finish dengan tangan bila jenguk dalam mangkuk bubur dah nak habis ataupun nampak biskut atau roti kat tangan umi dan abi dah habis. Tapi bunyinya tetap sama "A" atau "E". Dia suka mencium gambar kucing. Sangat sukakan kucing. Langsung tak takut anjing juga. Tapi dia geli dengan berus kasut. Asal tersentuh kat kulit dia akan lari cepat2 memanjat sofa. lucu sekali. Dia sudah faham apa itu salam. Sebelum balik tiap2 petang mesti salam mak pah. Dia tak lokek memberi senyuman dan ciuman pada mak pah, Aishah, umi dan abi. Orang lain dia tak nak. Dia juga punya suara yang amat kuat. Agak glamer kalau dibawa kepasaraya. Bila masuk waktu tidur tapi masih ditahan suruh berjaga dia akan mula menjerit dan menjadi luar kawalan.
Dia tak suka carrot. bila diberi carrot dia akan muntah. err bukan tak suka. macam elergik. Dia makan macam lauk lain. Tapi half way dia akan muntah. Dia suka menepuk tangan dan mengajuk umi dan abi cakap gud boy dengan sebutan "jiji". Sangat gelihati dengan bunyi kambing hingga boleh tergelak mengekek-ngekek. Lagu kesukaan dia ialah Sofea Jane dan labah-labah hitam. Dia tidak diajar langsung satupun lagu rakyat atau timang yang biasa dinyanyikan oleh orang tua-tua dulu2. Yah.. dia agak lebih tahu lagu2 nursery rhyme orang putih sebab mak pah selalu nyanyi untuk dia. Umi dan abi pon selalu belikan cd yang begitu juga. hahaha..Hilang jati diri plak.
Dia sudah tahu meminta apa yang dia nak dengan menunjuk. Dia sudah boleh diharap untuk meletak barang mainan kedalam bakul semula selepas bermain. Dia juga sudah tahu memberi barang yang dia pegang ketangan kami. Tapi heran, perkembangan motorik kaki dan imbangan dia sangat lambat. seusia 15 bulan masih tidak tahu berdiri. Agaknya kerana dia agak besar dan tinggi. Tapi mustahil lah. mungkin dia over protective seperti kata doktor. Walaubagaimanapun kami tak pernah paksa dia. Biar saja dia lakukan semua sendirian. Alhamdullilah dia senang faham. sekali ajr dia mampu mengikut. Yang paling menyentuh hati, bila kami batuk dia akan datang cepat-cepat tepuk dada, sebagaimana kami selalu buat kat dia.. Yah dia anak yang penyayang..
1 comment:
good boy ayip!!!
Post a Comment