Tuesday, May 4, 2010

Ayip first birthday


what can i say...
Hurayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!
My boy is now one!
Hehehe sebenarnya Ayip turning to one year on 20th April 2010.
Jatuh pada hari selasa.
Kami meraikan dia pada 25 April 2010 pukul 12.30 hingga 4 petang dirumah kami.
Ramai teman dan saudara yang datang.
Namun tidaklah seramai yang dijemput.
Rezeki kawan-kawan.
Dapat juga mereka membawa bekalan nasi, lauk dan bubur.

Kami dibantu oleh tukang masak berpangalaman iaitu jiran-jiran kami iaitu Kak Zai, Kak Nor, Kak Yah dan teristimewa Kak Hasrisa yang sanggup datang dari banting semata-mata nak tolong masak.
Love u kak.. Jasamu hanya Allah mampu membalasnya.

Seronok sangat rasanya sebab ramai kawan-kawan yang hanya dikenali dialam cyber datang bertandang ke kenduri ayip.
Antaranya ialah:
Kak Harisa & family (mia rock)
Jueliza dan family
Villiant dan suami
Suhaida Azmi dan family,
Wina dan family
Nuyue dan family
Kak Asniza dan family
Ann Syifa dan suami (tam dan teh tak bawak pon.. sampai hati mama dan ayah tinggalkan)
Lidiawadi dan family bersama perut bolatnyer..
Syakira murni dan family 
errr terakhir sampai Mirza, somi dan perut bolatnya

Itu jer kan? ker ada lagi yang ku termiss?
Hehehe mekasih bebanyak atas kesudian korang datang..
Mak pah plak datang ngan syahira dan suhaila.
That day mak pah sponsor bubur durian.. yummyy sedap sangat

Yang dikenali sejak bertahun lama pula, ada si Jamaliayah aka lia yang cute.
Datang sendirian membawa cheese tart yang sangat delicious.
Sorry lia, membuat dikau terpinggir sepi sendiri.
Sapa suh tak bawa teman hehehehe.. Len kali kita berting tong lagi tau..

Tok abah dan tok wan ayip juga ada.
Datang bersama Rayyan, nda yang dan uncle hafiz.
Keluarga tok tar diwakili oleh syed ijoi, cik pah dan suami serta umairah.
Nda ton plak datang dengan satu-satunya anak lelaki beliau syed wazir
Keluarga ayah wah diwakili oleh abang shahrin dan famili
Keluarga Ateh chik dan tok papa sumer ada kecuali a-an.
Oh ya tak lupa juga ayah yen ayip yang paling rock menapau kesemua baki lauk dan nasi yang ada untuk kawan2 kolej dia.. @ thumb ups to ayah yen.. hehehehe

Alhamdullilah, rezeki ayip murah.
Segalanya berjalan lancar dan hampir sempurna.
Kek sedap ayip bersisa sedikit sahaja.. Adehhh lupa betul2 nak menapau kek untuk anak-anak kak risa..
Len kali kalau den nak pi umah akak, den boli satu bijik untuk akak yoo..

1 comment:

Shafila said...

huhuhu.. ruginya tak pergi :(
Anyway, nampak best sangat.
Semoga Ariff Iskandar jadi anak yang soleh pada Aris dan hubby.