Thursday, August 13, 2009

Peel baru Ayip

Photo ni diambik pagi semalam sebelom aku hantar ayip ke umah pengasuh. Tengah happy menyembur-nyemburr..

Ayip ada peel baru.
Sejak hari selasa bila antar ke umah pengasuh dia nangis.
Mulanya aku ingat dia nak susu jer.
Tapi semalam lepas menyusu baru aku hantar dia.
Pun menangis juga.
Malah sangat kuat dan keluar air mata.
Bukan nangis main-main macam selalu.
Aisehhhh.... Suspend ni..
Ingatkan sakit perut ker apa ker...

Pagi tadi macam biasa susukan dia, tukar diapers dan bermain sembur-sembur air liur ngan dia.
Bukan main happy lagi dia borak dan ketawa.
Sekali sampai umah pengasuh baru jer letak atas tilam terus melalak.
Nangis macam semalam.
Sumbat puting kosong tak mau juga.
Kalau nak susu mesti dia sambar tus puting tu.
Aisehhh takkan dah tau nak kena tinggal kot..
Aku pun angkat balik pujuk.
"Kejap jer yer sayang. petang nanti umi amik balik"
Senyap kejap dan buat bunyi ngongoi kecik yang amat manja.
Pastu aku letak balik terus nangis lagi.
Aisehhhhhh... Takleh jadi
Aku kiss sekali dan tinggalkan dia jer ngan pengasuh.
"umi gi kerja la sayang. Petang nanti umi ambik yer"
Kata pengasuh dia...
Namun tak juga diam.

Hmmmmm..
Kalau ikutkan usianya, memang vision dia dah 100% clear.
Dah boleh membezakan umi dia dengan orang lain dari segi penglihatan.
Kalau sebelum ini dia hanya nampak blur dan mengenali umi melalui suara dan bau.
Mulai sekarang dia sudah kenal rupa umi dia.
Nampaknya nak hantar dia ke pengasuh mejadi tugas yang lebih mencabar selepas ni.

Petang semalam dia nampak aku datang jer terus senyum.
Ambik jer dari pangkuan pengasuh buat-buat malu.
Sampai umah taknak lepas langsung.
Nak didukung jer..
Adehhhh...
Manja sangat dah ni..
Tapi agak menghiburkan tengok dia begitu..


3 comments:

Christina Arissa said...

testing coment...

Zaza Emeer said...

hehe... cumel la baby ayip ni... baby zaza pun dok tgh menyembur2 gak... kite kena carik tonik rambut la nnt rambut gugur...

Christina Arissa said...

Ms Nooti...
Rambut kiter dah gugur dah pun ..
Banyak plak tu.
Jenuh nak sapu setiap hari...
Adehhh.....