Monday, August 10, 2009

Tenang duniamu


This photo was capture while ayip sleeping on thursday evening.


This photo was captured during his play time on Friday evening. He mad of that toys.. hehehe


See! He'is so lazy to grab his own bottle coz his hand is busy pulling his down eye lid up and down during feeding.



Sleep tight with eyes half opened to picking other me is there or not (Saturday)


Sleep tight (sunday)

Since khamis minggu lepas, dak ayip ni nampaknya penat sangat.
Tidurnya lena.
Ragamnya juga manja.
Bila tidur, mata tak tertutup sepenuhnya supaya boleh mengintai ada orang ker tidak.
Kalau ditinggal sesorang, mula la dia buat-buat nangis (tak keluar air mata pun).
Minggu lepas abi dia balik lambat tetiap malam.
Agaknya sebab sunyi, mudah jer dia tido.
Waktu maghrib biasanya aku dukung dia.
Time tu la dia sedap terlena dalam pelukan aku.
Lepas 10 minit azan baru aku letak dia atas tilam biasanya.
Terus tido sampai la aku bangunkan untuk tukar diapers atau pakaikan baju lengan panjang.
Lepas menyusu, tukar diapers dan baju pasti dia nak berborak sekejap sambil main air liur dia sebelum tertido kembali.

Sabtu, abi dia puasa.
Patutnya aku pon puasa sama.
Tapi terperiod plak..
Ahaksss.....
Ingatkan dia tak keluar.
Sekali ada kawan dia call ada urusan sikit (bisness luar).
Dalam tghari dia keluar sampai kul 4 petang baru balik.
Rupa-rupanya gi repair aku nyer power window waja yang dah runtuh tu sekali.
Ni tingkap kedua encik waja tu yang runtuh.
Tiada pelawat hari ini.. Yihaaaaa
Ayip pula tidur sepanjang hari dengan amannya.
Bangun menyusu, borak kejap tido balik.
Tepat kul 5 petang dia celik nak susu.
Tapi aku tak bagi dulu, aku mandikan dia kemudian baru bagi susu.
Sib baik anak umi ni penyabar.
Senyap jer walaupun kehendak tak dilayan.

Ari ahad (Tiada pelawat juga Yahoooooooo)
Ayip masih kepenatan..
Tido dengan bahagia setelah letih bermain dengan toys mahal dia.
Giler tak mahal RM99.00.
Toys tu untuk stroller sebenarnya.
Tapi kami modified taruk kat tilam.
Dek kerana benda tu agak rendah, aku beli T joining untuk paip dan potong kayu penyapu buat tapak dan tiang untuk bagi dia tinggi.
Aku siap balut ngan kertas dan kain tapak tu kemudian mandi, ayip masih tetap tido.

Kul 1 hubby tapau lauk kat kedai.
Ayip masih tido.
Kul 2 abi dia bertolak gi muar untuk menghadiri kenduri lenggeng perut my SIL ayip masih tido..
Aman betul dunia dia..
kul 3 baru dia bangun mintak susu.
Habis sedas 4oz dia tido balik.
sampai kul 4.40 baru bangun.
Main-main dan berborak sekejap aku mandikan dia.
Tunggu sampai kul 6 aku plak mandi.
Tapi ayip tak nak tido dah.
Dah puas tido agaknya.
Aku letak dia kat stroller, On kipas kecik dia dan letak dia dekat ngan pintu bilik air.
Selamba la mandi.
Dalam pada aku mandi tu kecoh la mulut dia dok agu agi sampai meleleh air liur menegur lampu kipas yang berkelip-kelip.
Aku plak mandi cam katun.
10 minit siap sekali ngan basuh rambut.

Pas siap angkat dia baru perasan, Panasnyer badan.
Sian kene duk stroller yang hangat.
Lepas selesai berbaju aku lap kepala dan badan dia ngan kain basah.
Sian, panas anak umi.
Cek sushu sekali .
Cuma 35.8
Huh takut dah aku kut2 demam.

Lepas maghrib dia mintak susu lagi.
Aku bagi EBM cair terakhir untuk hari itu 3.5oz.
Tapi tak cukup.
Ayip nak lagi.
Terpaksa la tambah lagi 2 oz ngan FM milk.
Kot nak tunggu yang baru cair letih aku dengar dia nangis.
Lepas tu dia terus tido..
Sedap jer aku tgh cuci pinggan lepas makan kat dapur dia menangis dalam bilik.
Mesti takut tgk aku tak ada sebelah dia.
Lupa plak aku on lampu.
So cepat2 masuk bilik tepuk2 dia sikit dan baring sebelah dia.
Agak2 dah lena betul barulah aku bangun balik, jemur baju dia, gosok baju aku dan pam susu sebelum tido jam 12 mlm..
Aku tak larat dah nak bangun kul 1 untuk pam susu.
Tu yang pam awal sikit.
Time period ni rasa takder tenaga pulak..

Apa-apapun.. Dunia ayip cukup aman.
Tidak mengamuk seperti minggu-minggu sebelomnya.
Seronok giler tengok dia tido lena, aktif bermain dan riang berborak.
Kalau tak tu dok melalak tak tentu pasal.
Kalau dah melalak tu bagi apa pun tak nak.
Siap pandai tepis lagi tu..

No comments: