Monday, August 3, 2009

Ayip Dan Abinya


This photo was captured when Ayip was crying in his sleep yesterday.

See siankan anak aku?
Dia tengah tido lena tu.
Tiba-tiba jer nangis dengan mata tertutup seolah-olah ada orang yang marahkan dia. Puting dia pun terpelanting keluar dan meninggalkan bekas keliling mulut dia.
Semalam tok wan dan atok dia datang melawat dia macam mingu-minggu lepas.
Lepas jer diaorang balik aku bawa Ayip turun bawah potong rambut.
Botakkan rambut sebetulnya.
Lepas potong rambut mandi dan menyusu.
Lepas tu terus tido lena.
Tapi sekejap jer pastu terkejut dan nangis.
Kemudian nak susu.
Lepas disusukan dia tido balik.
Tapi tetap sekejap juga.
Tetiba nangis macam ada yang marahkan dia dalam tido dengan mata terpejam.
Kebetulan Abi dia gi citibank jln Ampang bayar kredit kad.

Lepas aku selesai gosok 2 helai baju dan satu tudung aku bawa dia masuk bilik.
Tekejut gak lagi sekali.
Kemudian aku pasangkan surah Yassin dari Handphone dan letak kat sebelah dia.
Barulah lena tidonya.
Masa Abi dia balik bawa dinner 9.30malam aku tinggalkan dia dalam bilik dgn lampu terpasang kemudian kitaorang makan.
Dalam tgh2 makan tu ada gak dia menangis mcm kena marah bila aku tgk dia senyap.
Tapi aku langsung tak kata apa kat hubby sebab taknak dikata mengarut lagi.

Minggu lepas abi dia gi kuantan 3 hari.
2 malam tanpa abi dia kan main baik dan sabar.
Tido awal, lena dan panjang.
Langsung tak susahkan kebisingan aku buat kerja.
Tapi bila abi dia ada start jumaat malam tu dia mula menujukkan kemanjaan terlebih. Kalau nak susu dia jerit kuat-kuat.
Biasa kalau nak susu dia merengek sikit jer.
Pastu tak mau tinggal sorang-sorang.
Kalau tinggal sesorang pandai memanggil buat-buat batuk la, buat-buat nangis la. adehhhhh..
Tapi bila abi dia cium dia dia marah.
Nangis pulak.
Kelakar betul perangai anak aku nan seorang ni laa.
Aku cium dia banyak mana pun dia tak kisah.
dia tunggu lagi.
Siap pejam2 mata menunggu.
hehehehe...

Dahtu bila aku tinggalkan mereka berdua ada jer rengekan dia nak kenakan abi dia.
Bila abi dia bagi susu kat dia, dia taknak peggang botol pun.
Dia sibuk korek ketiak abi dia, tarik lengan baju abi dia.
Kalau aku bagi elok jer dia tangkap botol susu dan pegang kemas-kemas.
Tapi bila dia pegang tu dia bukan pegang saja, dia akan tolak-tolak botol tu macam nak keluarkan.
Kalau kita tarik dia marah.
Orang tolak masuk mulut, dia tolak keluar dari mulut.
Gitulah telatah ayip yang kadang2 sukar dijangka.

No comments: