Saturday, August 15, 2009

Ayip food gadget

Kali ni aku nak story pasal gadget pemakanan Ayip.


Yang terpenting.
Bermula dengan botol susu.
Yang ni khas untuk feeding Ayip sahaja
Botol susu Avent 125ml dibeli pada 8 Jun 2009.
Sikit masa lagi nak kena tukar.
Aku dah siap beli spare 3 bijik.
Dibeli dengan harga cuma RM45.90 time sales.

Yang kedua penting Pam susu umi.
Spectra3 double pumping ni aku beli dengan seorang peniaga online dengan harga RM330 sahaja.
Wajib dibawa setiap hari ke pejabat supaya aku boleh pam susu untuk diberi kepada Ayip.
Kelebihan pam ni ialah, ianya cepat dan senyap.
Kalau pam pakai double pumping dalam 15 minit dapatlah 5 - 6 oz.
Depend on berapa banyak aku makan dan minim hari tu.
Yang tak bestnya pulak, dia agak besar dan berat.
Tapi nak wat camana kan.
Ni jer yang aku mampu beli setakat ini.


Yang ketiga penting, Cooler bag.
Berjenama Mom Precious.
Dibeli dari peniaga yang sama bagi pam dengan harga RM60.
Yang menarik tentang coolerbag ni ialah, ianya boleh muat pam spectra tu sekali.
Jadi aku tak payah bersusah-susah membawa 2 beg untuk pam dan store susu sekali.
Walaupun setelah di isi pam kedalam beg ni, plus dia punya ice pack sekali still boleh masuk 2 biji botol susu 5 oz kedalamnya..
Boleh juga diconvert kepada beg merayau2 bersama baby, means boleh taruk pampers susu etc dalam tu kalau nak berkeluaran.

Yang ni juga tak kurang pentingnya.
Ice pack.
Berjenama Mom's little ones.
Dibeli dengan harga RM10 seketul.
Sangat perlu untuk menyimpan susu dalam cooler bag.
Walaupun opis aku ada peti ais tapi still gak perlukan benda ni.
Sebab takut terlupa bawa balik susu yang dah diperah kalau dok taruk dalam fridge opis.
Yang best pasal ice pack ni, dia ada bag hitam (tah apa namanya) yang menyerap basahan tu.
So cooler bagku kekal kering sentiasa.



Haaa yang ini antara botol2 yang aku gunakan untuk kerja-kerja mengepam.
Biasanya kat opis aku pakai botol pureen atau spectra tu untuk pam.
Botol Moms little ones tu baru dapat minggu lepas 12 August 2009.
So far dia hanya digunakan kat umah.
Sebabnya kalau kat opis aku tak wat double pump.
Macam terdedah sangat kalau buat double pam kat surau tu.
Kadang2 ada orang lepak sama..
Seganlah nak tayang2 tek ni.. ekekekeke..

Yang ini pula hasil tenusu yang aku perah sejak sebulan lepas.
Aiseh sebulan banyak ni jer eh?
Memang tak nampak berganjak sangat sebab everyday aku replace jumlah yang sama dan guna jumlah yang sama.
biasanya aku replace 4 bekas dan akan menggunakan 4 bekas juga setiap hari.
Cuma kadang-kadang jumlah tu terlebih satu bekas bila bekas tak cukup untuk memuat hasil sekali pam.
Biasanya kalau tak cukup sebekas aku akan bagi siap-siap 4 oz setiap bekas.
Yang jadi tak muat tu bila tetiba susu yang diperah mencapai 8 - 9 oz.
Setakat ni ada 2 kali la capai had tu sebab kes lambat pam.
Bekas ni pula muat untuk store 6.5 ke 7 oz sahaja.
Kalau 7oz tu memang cecah tudung la jawabnya.
Agak jimat menggunakan bekas dadih ni.
Aku beli dengan harga RM12.00 untuk 100 biji.
Boleh ulang pakai, tapi pastikan tiada calar sebab aku seteril sentiasa.

Ada lagi gadget Ayip yang aku tak tunjuk kat sini.
Macam Ayip nyer shooter.
Ada 3 biji. Biru, kuning dan hijau.
Takder fesyen2.
Just silicon shooter biasa jenama NUK.
Masa beli tu thh sales, so dapatlah harga 26.90 untuk 3 bijik.

Susu Anmum Ayip.
Makanan tambahan untuk Ayip ketika dalam jagaan pengasuh.
Ermmm aku belom mampu menyediakan bekalan yang cukup untuk fully BF ayip rasanya.
Mungkin akan mampu selepas raya nanti.
Maklumlah di bulan puasa takut pula air susu sedikit merudum.
Ayip pula jenis kuat menyusu.
Sekali gulp 4 oz habis.
Malam dia kurang menyusu.
Kurang-kurang pun boleh bedal 10-16 oz gak..

Pak ngah Ayip dahpun bagi adiah pinggan mangkuk susdu garpu untuk ayip makan.
Tapi belum pakai juga sebab Ayip tak makan makannan pejal lagi.
Pak ngah beli yang paling plain nyer design.
Takder sekedot gambar pun.
Cadangnya nak letak kat umah pengasuh kalau ayip dah mamam nanti.
Kat umah sendiri? Nanti kubeli yang comel sikit.

2 comments:

ummu said...

salam,tahniah kat ummu ayip.bangganya daku ada ibu yang gigih begini.

Christina Arissa said...

Taklah segigih mana Ummu Masyitah..
Masih terlalu kurang dibanding ibu2 yang lain.
Tapi yalah Alhamdullilah.. dipermudahkan segalanya bagi ayip.