Tuesday, August 3, 2010
semalam tanpa abi
Semalam abi tak ada kat rumah. sampai jumaat baru abi balik.
Nampaknya Ayip tidak kisah langsung.
Tidak mencari. Tidak peduli.
Masa aku mandi dia bukan main sibuk dengan tonkat ajaib dia berjalan seluruh ruang tamu dan ruang makan.
Dia kait semua benda yang dia mampu capai sambil mulut membebel tak henti.
Kotak ubat aku yang dah kosong dia jadikan bola golf,
Dipukul kesana kemari dengan tonkat ajaib dia.
Bola magic dia sebanyak 5 bijik semua dipukul dengan tongkat dan di sorok bawah meja makan.
Kejap-kejap aku nampak dia melintas depan pintu dapur sambil berjalan laju.
Kejap-kejap bukak kipas dan off balik.. Hmm rasanya hayat kipas tu takkan lama.
Ayip suka sangat on off pastu goyang kuat2.
Frame dia dahpun pecah dan bersambung ngan dawai.
Lepas aku mandi dia pula sibuk bercerita ngan aku.
Duduk depan aku sambil memegang tongkat dan berkata "jatuh jatuh jatuh" sambil jari menunjuk kat atas tapak kaki, buku lali, lutut. peha.
Agaknya nak bagitau yang tadi dia jalan tapi asyik jatuh.
Mana tak jatuh kalau jalan tau nak laju jer.
Cuba jalan pelan-pelan.
Aku tanya dia "sakit tak?"
Dia geleng kepala.
Tiba waktu maghrib, dia ajak aku berdoa lepas azan.
Dia duduk elok jer meraup tangan ke muka selesai amin. hehehehe
Sangat baik kelakuan kalau abi tak ada.
Masa aku solat dia pulak sibuk duduk didepan sejadah.
kejap2 berdiri dan berpaut kat kaki.
Terpaksalah aku solat ala-ala ngelak gitu.
Nak kurung dalam baby cot macam kesian pulak.
Maklumlah kurang kasih sayang.
Pukul 8 aku ajak dia masuk bilik. Tutup semua lampu. tukar diapers dan baju.
Lepas minum susu aku belai rambut dia.
Dia pulak kan memang suka niru. terus bangun dan belai rambut aku. tapi dia bukan belai pelan-pelan. dia tarik kuat kuat.
Aku buat-buat nangis.
Dia cium pipi aku kendian tepuk tepuk kepala aku.
Tapi tak pelan juga. tepuk kuat kuat.
Aduh geram ngan kamu nih.
Lalu aku cium dia banyak-banyak sampai dia rimas kemudian lari ke kaki tilam.
Tetiba orang diatas bertukang plak.
Dia cepat-cepat lari kesebelah aku dan pejamkan mata.
Lama-lama dok alih kiri kanan melintang lurus, tido juga akhirnya.
Aku? keluar balik ler. jemur baju, makan, sapu umah, mop lantai dan last sekali basuh botol susu dan seteril.
Lepas solat isya terus tido sebelah ayip yang manja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam sis..
nasib baik ada ayip jadi peneman di kala abi nya takde kat rumah.. kalau ayip takde, sure sis lagi bosan.. kan..
Post a Comment