Tuesday, August 10, 2010

Oh Ayip



Look at my face.
Merah berbintat. Lihat pula dahi saya. Lebam biru dan sedikit calar.
Salah siapa itu?
Umi kata itu salah umi sebab tak dapat jaga saya.
Saya terhantuk kat meja kopi mak pah semasa sedang gigih berjalan.

Hehehe...
Saya rasa saya harus memeriksa mata ayip.
Saya rasa dia ada masalah dengan jarak.
Kerana dia suka landing dari jauh bukannya sesudah dekat dengan tempat mendarat.
Err paham tak ni?

Yer semalam saya sampai umah mak pah disambut gembira oleh anak saya yang berdahi biru lebam dan berbintat penuh di lengan kiri dan pipi kiri.
Saya tanya mak pah kenapa dengan bintat. Semut ker atau karpet.
Dia kata "Pagi tadi takder ker ni? Bukan dari rumah ker? Takder apa pun kat karpet tu. Si Aishah tido ok jer takder pon bintat."
Soalan satu berjawab dengan soalan.
Soalan dua.
"camana Ayip boleh jatuh kak?"
"Alah dia ni memang nakal sangat. Si aishah tu satu luka satu lebam pun tak pernah ada. Dia ni main landing jer mana-mana dia nak. langsung tak tahu pikir. Biasa la tu jatuh lebam. Kat rumah takkan tak pernah jatuh?"
Soalan dua dijawab dengan err jawapan ker soalan ker pernyataan?
Aku pun confuse.
Aku bagitau dia di rumah memang dia biasa jatuh. Tapi taklah sampai lebam2.
Dia kata umah aku sumer perabut lembut.
Ha ah la mak pah. umah aku kan tv pon diperbuat daripada kotak.
Kaedahnya.

Kalau bercakap dengan dia memang aku mati akal.
Belom pon habis satu cerita, dia akan bantai dengan peluru bertubi-tubinya.. Keluarlah nama aishah husna dan nama2 yang pernah dia jaga.
Err mak pah.. Saya marah kat ahli keluarga saya kerana mereka hanya membandingkan Ayip dengan kalangan mereka jer.
Ini plak mak pah membandingkan dia ngan anak orang lain.
Saya marah mak pah juga tau.

Huh...tak apa. Saya cuba naikkan sikit cas positip dalam kepala saya. Sabar dulu.
Disamping itu otak mencerna cara mencari babysitter baru.

Di rumah, Ayip ok saja.
Membebel sambil membawa belon dan tongkatnya.
Berjalan kesana kemari.
Masa aku mandi dia berborak sendiri dengan poster alphebert kat dinding.
Bila aku panggil "Sayang tgh buat apa?"
Dia jawab "Pah.... tudeiiii"
Tahlah apa maksudnya. Yang penting dia tahu menjawab.
Semasa aku suapkan biskut kemulutnya, dia seperti sangat lapar.
Kemudian aku bagi air kosong.
Dia minum habis 6oz.
Selepas aku solat maghrib aku buat susu 210ml/ 7 oz lebih dan bawa dia masuk bilik untuk tidur.
Dia minum sampai habis juga. Hasilnya malam tadi 2 kali aku tukar diapers dia.
Sebelom tidur dia sempat membuat lawak yang mencairkan hati.
Dia tadah tangan dia dengan mulut terkumat kamit berbisik "papapapapapa" kemudian raub tangan e muka seperti berdoa.
Kemudian dia kiss pipi aku.
Entah apa yang dia doakan aku pun tak tau. Tapi aku sambung doa dia dengan meminta kesejahteraan dan terhindar daroi kemalangan buat dia.

Entahlah Ayip.
Pada umi awak bukan nakal.
Kamu cuma manja dan mahu perhatian.
Kamu terlalu excited dan sangat sukakan cabaran. Tak apalah sayang. Umi akan cuba cari penjaga baru untuk kamu.
Malam ini kamu doakan pula semoga kita bertemu pengasuh yang lebih baik dan menjaga kamu dengan kasih bukan duit.

1 comment:

Nanie said...

Siannya Ayip..Kadang2 itu yang buat kita serba-salah dengan gelagat pengasuh.Macam2 ragam ada.Tapi kalau anak asyik cedera kita pun tak senang hati nak tinggal anak dengan pengasuh.