Thursday, January 7, 2010

Whole week story about us


Me, Ayip, Kak Risa & Mia

Still at mia house.


Sonoknyer orang ni tido sambil peluk barney.


kipas pun dibuat gendang.


buat2 manja supaya umi tak babab tangan.

Dah berkarat dah blog kita ni Ayip.
Malas tul umi nak menaip.

Haaa pejam celik pejam celik sambil bernafas, akhirnya sampai gak taun 2010.
Ayip pun dah 250 hari (dalam perut) + 222 hari lahir kedunia.
Dah pun berusia 8 bulan 2 minggu lebih.
Kebijaksanaan dia semakin terserlah.
Ketangkasan kaki tangan juga semakin berkembang.
Berat badan dan panjang badan juga kian bertambah.
Bererti mesti beli baju baru, mainan baru, makanan baru dan buku baru. heheheh
Oleh yang demikian pada hari rabu lepas (30.12.09) kami jalan-jalan ke Sogo untuk shopping baju Ayip.
kebetulan umi baru dapat dwet bonus (Yahuuuuuuu)
Mak pah kata beli baju hak umo 2 tahun.
Dan sememangnya aku beli semua hak 2 taun nyer saiz.
Namun tidak semua muat lama dibadan ayip.
Bila dipakaikan kat dia tetap gak ngam2 jer..
Wahh besar sungguh anak umi.
Cabarannya ialah mencari seluar Ayip.
Kaki dia panjang. so kena beli yang betul2 besar baru muat.
Pilih punya pilih kena la dalam dua ratus lebih baju ayip sahaja.
Takpalah, rezeki anak umi.

Hari jumaat kami memenuhi undangan ke rumah kawan umi kat Bandar Mahkota , Banting.
Anak dia princess mia nyer birthday Party.
elok jer kami keluar umah terus ujan selebat-lebatnya.
Ayip yang dah kenyang lepas makan bubur dan minum air terus tido dalam pangkuan aku.
Lena dia tido sampai la kami masuk ke jalan klang banting.
Banyak la plak tali air. Tiap kali lalu jambatan muka dia berkerut terkejut.
Elok sampai simpang umah mia dia terjaga.
Bufday party mia sangat nice.
Simple dan best.
Takder lagu-lagu takder honk2.. Very peacefull.
Yang hadir mostly sedara mara kak risa dan abang Hasram.
Ada gak geng tempat kerja.
Makanan yang sempat aku rembat pula ialah soto, kuah kacang ngan nasi impit, buah nangka dan kek mia.
Cedap hingga menjilat jari.

Ari sabtu masing-masing kepenatan.
Umi plak selsema.
Abi terbongkang.
Ayip jer yang sentiasa cargas mengemas baju yang dah siap berlipat dalam bakul.
Tangan dia sentiasa rajin mencapai segala wayar dan tali yang terdedah kepada penglihatan.
Cara dia nak tunjuk dia pandai amik ialah dengan menjerit ehhhh.. sambil mata dia tengok kita.
Ari ahad pun kami bermalas-malas dirumah saja sambil berkejaran dengan Ayip.
Semenjak Ayip pandai merayap, umilah yang paling busy.
Tiap hari kena mop umah 2 kali.
Sekali pagi sekali petang.
Karpet kena selalu bersih dari habuk atau benda2 halus.
Takut dia kutip.
Dalam pada dia bermain, berkali-kali juga kepala terhantuk mainan.
Terhantuk pintu dan dinding.
Dagu terhantuk lantai.
Biasanya bila dia sakit dia pandang muka umi mintak simpati.
Kalau umi jegilkan mata mesti dia tak jadi nangis.
Tapi kalau umi kata "sakit tak?" mesti nangis.
Ngada-ngada betul manja dia..

Hari selasa Abi demam.
Abi amik cuti sakit @ MC.
Tapi ayip tetap gi kerja ikut umi.
Malam tu umi pam susu bersama ayip yang sedang liar bermain, sebab abi tak larat nak jaga ayip sangat.
Sekali tengah umi pam elok jer dia cabut tube dari pump.
Serentak umi dan abi cakap "Haaa buat apa tu?"
Terus dia tunduk jer pandang pump tu sambil tangan dia pusing-pusing tube yang dah tercabut tu.
Lama dia tunduk dengan mulut muncung.
Umi yang kesian tgk dia majuk pun terus usap-usap kepala dia sambil panggil dia sayang dan bagitau dia umi tak marah.
3-4 kali ulang cakap tak marah baru dia angkat muka dan mencebik cam nak nangis.
Mata dah penuh bertakung air.
Muka dia time tu memang sedih giler..
Pasu umi usap2 kepala dia lagi.
Terus tak jadi nangis.
Hehehe.... Manja. Pandai merajuk..

Semalam plak abi lambat amik kitaorg kat umah mak pah.
sempat la berchit chat ngan mummy aishah.
Wah depa cakap bahasa urdu (hindi).
Beshnyer...
Senang nak tgk citer hindi.
Lalu aku ceritakan kepada mak pah yang Abi ayip suka tgk citer tamil.
Kiter pun layan gak masa petnan.
Tu yang ayip suka sebut Vah vah..(mari) dalam bahasa tamil.
Gelak besar mak pah dan mummy aishah.
Tapi memang ayip suka sebut vah vah vah...
Dia memanggil pun vah vah vah...
hehehehe.. satu malaysia betul anak umi ni.







No comments: