Monday, December 28, 2009

Hanya kita berdua


Selongkar jangan tak selongkar.


Dah pandai pegang botol susu sendiri.


Suka sgt duk kat kaki umi..


Demam-demam pun tetap cergas makan remote control.

Ni minggu ketiga aku cuti hari jumaat.
Bererti cuti 3 hari seminggu.
Sesuatu yang sangat mengembirakan Ayip.
Tak perlu mengawal gerak jarinya, tak perlu meleleh air mata dimarahi mak pah.
Tapi dak ayip ni klakar, suka panggil mak pah..
Dia pandai sebut "Ma Pah". hehehehe

Hari jumaat, cadang nak amik alden.
Tapi beliau ada kamping ngan rakan-rakan. last minute plan.
Takpalah, budak muda nak berseronok.
Abi ayip pepagi lagi dah chow tinggalkan ayip dan umi semata-mata nak teman mak abah dia dan adik pempuan dia ke JB umah adik dia kat sana.
Ayip dah mula menunjukkan tanda2 akan demam.
Hidung sikit sumbat.
Cepat-cepat aku letak nasal drop.
Alhamdullilah dia tak jadik selsema.
Hari kami berdua sibuk dengan kerja kejar mengejar sambil berebut kain baju yang nak dilipat, tilam bantal yang nak dikemas..
Badan ayip agak suam. Tapi suhu masih ok below 37.3 celcius.
Ayip kejap-kejap tengok pintu. Tunggu abi balik.
Sian ayip. Bangun tido jer mesti pandang kat sofa tpt abi selalu baring. Lama dia tenung sebelum tgk muka aku.
Mintak jawapan ler tu agaknya.
Petang tu hujan turun agak lebat.
Lepas mandi ayip terus tido sampai maghrib.
Bangun tido tgk sofa lagi. Pandang pintu lagi lalu ku katakan padanya;
"Abi tak balik malam ni. Abi tak cayang awak. Dia cayang mak dia jer."
seperti faham, dia tak mencari lagi selepas itu hingga ahad!

Hari sabtu pagi, aku bangun awal mcm biasa.
Sekali pas solat nak cuci tangan nak pam susu tgk air dah kecik.
Sah pam tangki rosak lagi.
Bangga tul duk umah ni..
Takpa, aku teruskan kerja pam susu sebelom angkut air dari pili bomba depan umah.
Lepas isi penuh sebaldi besar aku tersandar keletihan.
Baru teringat yang parut c-zer masih berbisa..
Baru terasa, adoh sakitnyer perut ni rasa nak terburai lukanya..

Masuk bilik tgk ayip.
Tido tertiarap. Aku rasa dahi dia, makin panas..
Tgk suhu 37.2 lagi..
Selera makan dia tetap ok.
Tetap cergas, merayap seluruh rumah dan mengetuk2 semua remote yang dijumpai atas lantai.
Malah dah pandai menyelongkar benda2 atas sofa dan rak tv juga..
Jenuh ler aku menyelamatkan dia dari segala bahaya.
Pantang nampak wayar dan tali, laju jer kejar dan tarik.
Petang tu lepas bangun tido aku rasa badan dia panas membahang.
Cek suhu tgk 37.6
Wah tinggi..
Demam..
Terus masukkan cool fever dalam peti sejuk dan bagi ayip susu dan ubat demam.
Lepas mandi petang pakaikan dia cool fever.
Sib baik malam demam dah kebah.
Jenuh gak paksa dia minum susu fresh dari badan..
Nampak 'B' cam nampak hantu.. hehehehe...

Anak umi yang semakin bijak ni dah pandai mengomel.
Bila ada yang kiter  rampas dari dia mula la mulut dia bising menyebut perkataan2 yang tak tahu apa maknanya.
Macam2 bunyi yang keluar dengan muncungnya yang memanjang.
Dia langsung tak takut ngan umi.
Kalau umi babab tangan dia, dia babab tangan umi balik.
Kalau tangan umi tak dapat, dia babab lantai.
Hehehehe..
Sabtu malam dia tido lena.
Tido kul 11.
kul 6.30 baru bangun mintak susu.
Tapi sebelom tido nak kene urut dulu bahu dan belakang dia, baru leh tido.
Lenguh agaknya asyik merayap.

Ari ahad Ayip dah tak demam.
Tapi peelnyer dah bertambah lucu dan nakal.
Kemana aku pergi, dia akan ikut merayap sekali.
Aku ke dapur dia kedapur, aku ker bilik dia ke bilik.
Siap mendengus-dengus bunyi sebab nak lajukan kayuhan dia..
abi dia lak balik lambat.
kul 6 lebih baru sampai.
dianya pun dah taknak kawan abi.
Asik cari umi manjang.
Alahai anak umi



2 comments:

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

Christina Arissa said...

thank you.. thank for the critism and the support.