Wednesday, July 29, 2009

HKL


Semalam gi HKL sebab memenuhi temujanji yang SIL buat untuk Ayip.
Ni lah rupa ayip baring dalam stroller sementara menunggu giliran masuk bilik doktor. Dia berpeluh-peluh kepanasan.
Nak duduk kat bawah kipas, dia selema.
Kang lagi teruk.
Tu pun aku risau jer dia mengamuk sebab tak selesa.
Tapi alhamdullilah, kesibukan hospital dengan orang lalu lalang membuat dia leka memerhati.
Tapi agak kesian sebab dia ngantuk tapi tak boleh tido.
Sian anak Umi.
Dari kul 9.30 sampai kat HKL jam 12 baru masuk bilik doktor.
Tu pun setelah mendapat bantuan my SIL yang kebetulan kerja kat situ.
Takper aku paham.
Busy kan.


Balik umah, Dah lewat la jugak selepas meround cari barang Ayip dan susu Ayip kat sogo dan PJ.
Ayip dah start mengamuk dalam kereta.
Haaaa dah start dah...
Macam nak susu bila disua susu dia tepis pulak.
Adui...
Pastu melalak sekuat-kuatnya.
Ni kes merajuk tido terganggu la ni.
Campur selsema lagi.
Kat umah dah kul 5 baru betul-betul tido, Tupun setelah tunggang langgang dari ruang tamu masuk kebilik dipujuk.
Ni yang tak rajin bawa dia keluar.
Ayip ni lebih suka duk umah.
Hampir kul 6 aku kejutkan juga bagi mandi.
Lepas mandi menyusu sedas terus tido.
Tapi dek kerana selsema yang tak baik-baik pastu kena kipas pulak, beliau asyik marah2.
Tido kejap nangis.
Tido lagi nangis lagi.
Lepas dinner kul 8.45 aku bawa masuk bilik.
On Air cond perlahan dan tidokan dia.
Lama gak aku dukung tegak baru dia tido.
Tapi bila start letak atas tilam jer mengamuk balik.
Hidung sumbat.
Aku pun amik minyak sapu kat dada pastu letak kat jari aku baru dekatkan kat hidung dia.
Senyap la juga dia.
Tapi aku kan manusia juga.
Tau letih.
Akhirnya tertido.
Baru nak layan mimpi Ayip merengek lagi.
Ulang lagi letak minyak kat jari dekatkan ngan hidung dia.
Dah 3 malam begitu.


Aku plak, sejak isnin dah nampak bulan bintang tiap kali tunduk dan angkat kepala.
Tak cukup tido dok memerhati Ayip, menyalurkan aroma minyak panas pada Ayip dan memandang muka Hubby yang tido berdengkur.
Adeihhhh... Masa basuh rambut petang memang banyak bintang2 berteraburan dimataku. Kalau masa pregnant itu disebabkan anemia.
Tapi sekarang aku tak pasti sebab apa.
Tak cukup tido boleh buat anemia ker?
Apa kena mengena?
Darah tinggi boleh la.
Darah tinggi sebab manjang tension.
Sib baik ada Ayip yang selalu menceriakan hariku.
Tapi rasanya memang darah aku naik laaa...
Pasalnya aku boleh dengar telinga aku berdesing sentiasa.
Pastu kepala belah kiri macam ada tangan yang tepuk-tepuk.
Rambut aku pun gugur dengan banyaknya.
Sekali sikat boleh dapat sepuluh atau lebih helai tu...
Tapi memandangkan rambut aku tebal, idak lah aku kisah.


Kelmarin masa amik ayip dari umah pengasuh, pengasuh dia komplen Ayip nangis2 sepanjang hari.
Selsema punya pasal.
Pengasuh dia pun cakap sakit lengan dia nak tampung badan ayip yang semangat tu.
Sian Kak Siah.
Ayip bukan jenis yang kuat menangis atau sering menangis kecuali kalau nak susu atau sakit.
Ini kali pertama dia diserang selsema.
Dan nampaknya memang dia cukup rimas terutama malam.
Masa kat hospital tu ok lak dia.
Maybe sebab panas dan kitaorg pun pegang dia tegak jer kut.
Masa beli barang semalam pon dia ngan abi dia berkurung dalam baby room jer.
Dia asyik mengamuk.
Aku pun beli macam katun.
Laju2 dan main sambar ikut sempat jer.
Alahai Ayip.
Oleh kerana Umi sayang awak, jadi umi lupakan saja sakit dan ngantuk umi ni.


Arini Abi dia gi kuantan plak tu..
Nak kena beli Vick untuk baby ni.
Tak boleh jadi.
Dah letak kunyit kat batang hidung dia tapi selsema tu tetap datang balik lepas mandi petang.
Semalam sempat la beli stokin baru sebanyak 15 pasang untuk Ayip.
Sapa bukak lagi aku tamporrr!!!!

No comments: