Muka penat setelah tak boleh tido lena sepanjang hari dek kerana bising
Lihatlah wajah ayipku yang risau bila aku kata "umi nak keluar ni. Boleh kan?" hehehehe...
Malam tadi Ayip diserang selsema.
Kesian Aku tengok dia susah nak bernafas.
Kami bertiga terpaksa la tido dalam keadaan panas.
Bukak Air cond kecik jer.
Nak bukak kipas lagi dia tak tahan.
Puncanya ialah, semalam MIL ngn FIL datang umah. Orang tua tu sampai2 jer terus kejut dia.
Masa tu dia masih nak tido.
Mamai2 lagi kata orang.
Pastu MIL bukak stokin dia.
Membebel la kata stokin ayip ketat.
Memang la dah ketat sikit sebab aku tak sempat beli yang baru.
Aku nak tegur pun serba salah.
Akhirnya aku tgk jer org tua tu tanggalkan stokin dia.
Ayip ni mudah sejuk kaki.
Pastu datang mesti kul 5 atau 5.30 petang.
Kan masa mandi dia tu. Adeihhh..
Betul2 serba salah.
Nak dikata apa lagi.
Patut dah tau la pikir time mandi dia jgn la diganggu.
Macam la pagi atau awal sikit takleh datang.
Dah tak tahu nak kata apa.
So kena mandikan Ayip lambat sikit semalam. Ni yang buat aku marah ni.
Aku plak satu hal manjang lupa potong kuku kaki dia.
Jadinya tunggu dia tido jam 7.30 baru nak potong kuku dia.
Pastu selamba jer dia tak berstokin sampai kul 8.30.
Tapi aku selimut kaki dia.
Dari lepas mandi tu dia dok bersin2.
Ingat bersin cam biasa.
Sekali malam elok dah tido terjaga balik sebab idung sumbat.
Sian sungguh.
Hari sabtu ada sukanneka dan games kat perkarangan umah.
Siap ngan karaoke bagai.
Memang bising giler.
Ayip yang kepenatan tetap tido gak.
Tapi tidonya tak lena.
Kejap2 terkejut dgr bunyi org nyanyi atau bercakap.
Ahad pun masih ada games lagi.
Tapi dah kurang bisingnya.
Pagi dia tak tido sgt gak.
Tapi petang dia tido lena setelah aku turut sama tido sebelah dia.
Tgh2 lena tu la MIL call kata nak datang.
Trus dia jaga, kendian tido balik.
Dgr suara tok wan dia riuh2 panggil nama dia langsung jaga terus.
Sian anak umi.. asyik kena kacau jer tidonya.
Yang tok wan ngan atok nye pun satu..
Semalam dia siap cakap minggu depan datang lagi.
Nak jer ku cakap takyah la mak, kacau jer.
hehehehe tapi tak la aku seteruk itu.
No comments:
Post a Comment