Friday, July 17, 2009

Berat Hati


Gambar ni diambil ketika Ayip sedang mamai nak tido sambil layan "Agui" (bunyi yang dia selalu buat kalau isap puting kosong).

Yeyey.. esok Ayip dah 3 months old.
Dah besar anak umi.
Karenahnya pun kian mencabar.
Selalu buat umi rindu kat Ayip setiap masa.
Next wednesday (22nd July) Ayip ada appointment ngan paed kat DEMC.
Untuk suntikan imunisasi juga.
Yang tu Umi dah amik cuti dan takder kerisauan tentang ini.

Tapi tanpa pengetahuan umi, bunda Mariam dah buatkan satu appointment baru untuk Ayip kat HKL pada 28. julai pulak.
Umi kena cuti lagi.
Sebenarnya Umi berat hati nak bawa Ayip gi sepital lagi.
Mesti kena amik darah lagi.
Kene cucuk ngan drip lagi.
Paling Umi kurang suka ialah kalau kena buat Barium Swollow test, Ayip akan kena radioaktif lagi.
Kesian anak umi.
Tapi sebab abi eager to go, Umi turutkan jer.
Cukuplah pangalaman dua kali masa kat ppum dan HUKM.
Nampaknya Ayip nak konker semua rekod hospital kat lembah klang ni yer?
Tak moh la gitu sayang.
Tambah berat lagi, bilamana saat ini Ayip nampak dah semakin sihat dan jarang muntah2 kecuali kalau terlalu kenyang.
Dilemma juga umi nak bawa ayip menempuhi satu lagi ujian rutin hospital yang pastinya tak menyeronokkan.

Dengan itu maka tinggallah 4 hari jer lagi annual leave umi.
Umi dah bagitau abi awal-awal yang umi tak nak balik kampung raya nanti.
Umi takut Ayip terdedah dengan habuk kayu kat umah pusaka kampung tu.
Umi takut Ayip gatal2 kene serangga dan habuk yang bercampur kencing tikus kat umah tu.
Not at least sampai Ayip berumur setahun.
Abi macam ok jer dengan cadangan umi.
Tapi tak taulah.
Abi tu bukan boleh percaya sangat.
Karang dah dekat2 Raya bila dia tgk mak ayah dia sumer balik kampung mesti umi pun kene paksa gak.
Kalau umi kata taknak panjang jer muncung dia karang.
Tiap taun pun gitu.
Tapi taun ni umi tak kira.
Umi nak protect Ayip semampu umi.
Biar Umi derhaka kejap tak mengapa.
Asalkan Ayip tak perlu menempuh keadaan yang menyukarkan Ayip dan umi juga.

No comments: