Tuesday, July 14, 2009

Ayipku yang penat!


Semalam petang amik Ayip lambat sikit dari umah pengasuh. Masa aku sampai Ayip tengah menyusu. Dak Baizura plak tgh mengamuk. Rupa-rupanya dia takut dgn aku. Hehehehe... Nampak ngat aku tak cun.

Sampai umah jer, tak sempat bukak pintu abis Ayip dah jerit ngging... Hehehe tadi aku stopkan jer susu dia sebab Kak Siah selamba jer susukan dia sambil baring. Nak tegur cam risau plak. Kene tunggu waktu yang sesuai. Masuk umah trus susukan dia sampai abis 3oz. Kemudian Ayip trus tido. Aku pun ambik kesempatan tukar baju dan basuh botol susu dia.

Sampai lepas azan maghrib Ayip lena tido dalam dakapan aku. Ayip memang gitu, suka sangat tido berdakap. Tapi bila aku letak jer kat tilam trus dia melalak balik. Adeh. baru ingat nak solat. Lepas tu try pujuk balik lelama tido la juga dia. Waktu maghrib pun tinggal 15 minit jer lagi. Aku solat cepat-cepat. Ingat dia akan bangun sekejap cam selalu. Tapi tak. Selamba jer dia tido walaupun macam2 kerja aku buat. Pam susulah, basuh baju la, sidai baju la, gosok tudung la. Tetap lena depan TV. TV plak aku pasang kuat2 suara dia. Buat derk jer. Selesai semua kerja almost 10.30 dan selesai solat aku bawa dia masuk bilik. Merengek sikit jer dengan bunyi jangan kacau dia. Tukar pampers pun tak jaga juga. Adehh penatnya dia. Bila dia gerak dan mengeliat jer aku tanya "Nak ngging?" Tapi tetap tido balik sampai la aku pon tertido sama. Jam 2.30 pagi baru dia betul2 jaga mintak susu. Lepas tu tido semula sampai 5.30pagi. Menyusu tak sampai setengah oz pastu sendawa. Kendian dia meneran cam buang air besar. Tapi aku buat tak layan sebab lately ni dia selalu buat gitu tapi takder apa yang keluar. Tah bila dia tertido aku pun tak sedar. Sedar2 jer dah 6.30. Cepat2 solat dan mandi. Selesai jer aku mandi dia nangis nak susu lagi. Aku pun sambung bagi lagi. Tak tau lagi dia yayak ni. Nampak cam selesa jer dia. Lepas abis susu trus tido. Aku pun siap apa yang patut, pam susu sekian barulah tukar pampers dia. "Ayip!!!! ada yayik tak bagitau ummi." Trus dia senyum kemudian tido lagi. Masa aku lap punggung dia ngan baby wipes pun ngeliat sikit2 jer sebab sejuk kut. Adui yai anak aku.
Pas tukar pampers trus antar ke umah pengasuh. Namun Ayip tetap tido. Tak terjaga bila diangkat seperti biasa. Sampai umah pengasuh pun tetap tido. Rupa-rupanya siang semalam dia tak tido sangat kata kak siah. Tido tak sampai 30 minit dah jaga.

Hmmmm... sindrom hari isnin dia memang terjadi setiap minggu sejak antar umah pengasuh. Mungkin pertukaran environment dan penjaga membuat dia resah dan tak boleh tido. Tapi anehnya sabtu ahad dia tido elok jer kat umah. Barangkali juga bau ketiak umi dia ni menenangkan dia. Begitulah menurut apa yang aku baca. Baguskah untuk perkembangan mental dia? Ya sememangnya bagus. Sebab anak yang dijaga oleh ibu sendiri atau orang gaji dirumah dan tidak didedahkan dengan persekitaran luar agak kurang keyakinan diri dibanding anak yang dijaga oleh pengasuh dan terdedah dengan kanak-kanak lain disekelilingnya. Itupun aku dapat dari pembacaan. Rasanya memang betul. Aku dijaga oleh orang gaji dan duniaku cuma dirumah sebelum aku reti bermain. Dan sifat aku agak pendiam dan tak friendly saat mula2 melangkah keluar bermain bersama kawan-kawan. Memang aku akui sampai sekarang pun aku kurang keyakinan diri dan agak x friendly.Tapi bergantung juga pada individu tu sendiri kut. Wallahualam.

No comments: