dikandang gajah.. eh sebelah kandang gajah.. |
suka benor main kambing |
muka tak berapa ceria. memang anti sosial. org ramai jer gini la wajah dia |
suruh jalan sendiri tak mau. nak dukung gak |
tidak bersemangat dan tidak berminat mau melihat orang utan.. |
Last week, pada hari raya cina pertama, kami ke zoo negara.
Dah lama benarnya nak pi tapi asik terbantut dek kerana kesibukan kerja dan urusan membeli rumah baru..
Akhirnya nah sampai sudah.
Tapi, humang aih ramainyer umat.
Si kecil ini pula.. buat pasal dialah.
Saya bawa stroller konon2 nak buat bawak beg2 yang banyak (beg susu, beg tangan, beg kudap)
Tapi ini orang kecik nak duduk kat stroller plak.
Biasanya kalau pi pasaraya pandang stroller tu pun tak mau..
Malah menangis lagi kalau diletak kat situ..
Layan jer.. elok juga.. Taklah penat nak mengejar dia yang agak laju kalau terlepas.
Agaknya kerana terlalu ramai manusia dan kami pun sampai kala mendekati tghari(time menatang tido), dak Ayip buat muka moyok.
Hilang terus senyuman dari wajah smiley dia..
Ginilah anak aku..
Kalau ke tempat yang crowded dia otomatik hilang mood.
Sangat2 menyerupai sifat semulajadi umi dia.. hahahaha
2 kali pusing kat zoo sambil mencari-cari wajah dua rakan yang konon nak berjumpa dalam zoo tidak juga ditemui..
Akhirnya saya putus asa. Nak call pun asik tak dapat.
Adakah binatang2 itu membina medan elektromagnetik untuk menghalang panggilan saya kepada mereka.. Huwaaaaaaa..
Kaki pun dah sakit sangat sampai dah tak angkat dah. heret jer kaki kiri sambil berjalan seperlahan mungkin.
Perut plak dah menukar irama dari dondang sayang ke heavy metal.
Kepala pun dah weng akibat kurang gula dalam darah.
Suda nampak bintang bulan serta burung beterbangan.
Lalu kami balik saja.
Dak kecik tuh, masuk kereta jer, dapat susu terus lena dalam berpeluh dan melekit badan.
Tu la abi, pi bawa encik waja ni plak..
Hangat aihh.. Tah bila nak ada dwet pi pasang ekon rumah dalam waja tuh hahahahah
sesampai dirumah, si kecil pun terjaga.
Saya pula terus mandi dan kemudian makan.
Si kecik terus cergas sampai le ke malam.. aduhh berubah terus mood dari murung ke ceria bila dirumah.. aneh..
No comments:
Post a Comment