Monday, December 7, 2009

Bersamamu



Dah lama tak update blog dek kerana kebusian umi bekerja.. (Chet kunun)
Ok .. Kita mulakan dengan progress Ayip.
Ayip dah pandai angkat badan.
Dah nak merangkak.
Semalam dia buat aksi merangkak dan jatuh semula beberapa kali.

Tangan ayip semakin pantas mencapai apa-saja yang terlihat dan terhidang didepannya..
Pagi ini, dia gaduh ngan umi pasal dia berebut nak amik tali beg dia, tali beg pam susu umi, chargers umi dan last sekali thumbler susu dia.
Bila umi rampas, ayip jerit kuat-kuat dan bantai tangan umi dengan tangan dia..
See garang kan anak umi..

Semalam juga dia begitu.
Marahkan umi yang tak bagi dia pegang mangkuk bubur dia sendiri.
Kuat dia jerit dan tangan terus jer laju pukul lengan umi..
Huu.... Kene lakukan sesuatu untuk  buat dia tak berkelakuan garang begitu..
Abi kata, perangai ayip banyak ikut umi.
Abi kata Ayip dan umi tak boleh mengalah, garang dan kurang sabar.
Abi kata Ayip dan umi kalau nak sesuatu, tak boleh dibantah.
Yer ker gitu Ayip?
Hehehehehehe.....

Ayip ada peel yang sangat menarik.
Kalau tido malam, dia mesti nak himpit kat umi..
Harus duduk bawah ketiak umi dengan hidung terletak dibucu bantal umi.
Kalau umi tak ada, dia sandar badan dia kat bahu abi pulak..
Pendek kata, dia mesti nak sandarkan badan kat orang masa tidur.

Ayip suka makan bubur nasi dibanding Infant cereal.
Pagi, biasanya umi bagi Infant Cereal nestle gold apple rica e and cranberries kat ayip.
Tapi dia makan sikit jer.
Jarang habis.
Tengahari pulak,umi bagi bubur nasi lauk ikan, bayam dan carrot.
Hampir penuh mangkuk baby dia makan.
Minum air masak pun banyak..
Good Boy anak umi ni tau..
Tapi berat ayip taklah naik sangat, sebab kelasakan dia.

Letak jer atas tilam, terus terbalik dan berpusiang merata ruang tamu.
Umi dan abi pun boleh kurus dek kerana asyik mengejar ayip.
Semoga Ayip terus membesar dengan tenang, aktif dan sihat sentiasa..
Umi sayang ayip so much... Muachhhh

No comments: