Monday, August 24, 2009

Hujung minggu Ayip

Gambar Ayip dalam perjalanan pulang dari Jusco Bukit Raja.

Jumaat- bawa ayip buat suntikan pheunococal kat DEMC.
Sekali ngan aku nyer check up.
Datang awal seawalnye gi klinik. Ayip nyer no giliran 0101-yang pertama.
Aku nyer no giliran 0503 - yang ketiga.
Kul 10.40 dah meninggalkan klinik.
Orang belom ramai.
Fuhhh lega..
Ayip tak nangis masa kene cucuk.
Beberapa saat lepas jarum dicabut bau dia jerit sikit.
Heheheh... gagah.
Berat ayip bertambah lagi kepada 7.5kg.
Tak sampai 1 kg tapi cukup baik dan masih belum sampai tahap Obess.

Aku plak?
Terus terang ngan doktor yang aku tak makan abis ubat yang dia bagi sebab air susu trus stop makan ubat tu.
Doctor bagi Noriday.
Kata dia "I ingat nak bagi kulit u cantik dan turunkan berat badan u. Tapi kalau u masih nak Breast feeding, tak apalah..
Yup kulit ku sangat kotor sekarang ni.
See banyak giler jeragat dan menjadi kusam gelap.

Lepas abis ngan klinik kami gi Jusco bukit raja sebab nak beli warmer dan seterilizer.
Sesambil tu nak beli bahan pencuci botol ayip dan napiklean sekali.
Kat jusco murah sikit.
Pureen nyer bottle cleaner tu kalau kat tpt lain cecah RM25.90.
Jusco dengan Jcard dapat RM16.50 jer.
Alang2 dah sampai jusco aku belikan baju raya ayip dan baju tido dia.
Baju tido ayip banyak dah sempit.
Cadang nak beli baju melayu, sekali takder lak untuk saiz infant.
Sumer 6 month above..
Boleh gak pakai actually, tapi a bit besar.
Last-last beli T-shirt dan seluar baby kiko.

Pagi sabtu Ayip demam kesan kene suntik.
Taklah tinggi sangat.
Around 37.3 jer.
Nasib baik hari sebelomnya aku dah beli digital termometer hak pakai kat dahi dan telinga tu.
Yang lama dah kokak!
Pagi2 time sahur sibuk la umi dan abi ayip berkejaran taruk cool fever dan lap kepala ayip ngan kain basah.
Bagi ayip makan ubat demam
Mana nak sahur lagi.
Mujur ayipku cukup kuat..
Sikit pun dia tak nangis.
Malah gembiranya dia menjerit-jerit berborak.
Lepas dimandikan dengan air sejuk pagi tu aku bagi dia ubat demam lagi sekali, demam dia kebah.
Alhamdullilah..
Dia pun boleh tido lena dan aktif berborak.

Hari ahad pagi, ayip bangun agak lambat.
Ngantuk sangat kut.
Kul 10.30 baru mandi.
Lepas tu aku lak mandi.
Dalam dok syok tgh mandi tu dengar org ketuk pintu...
MIL, FIL dan 2 org adik ipar lelakiku datang umah.
Tengok! bukan reti kabo dulu. Main ambush jer.
Hubby blom mandi lagi.
Dia yang cadang nak gi potong rambut dan keluar beli pampers dan susu ayip jadi tertangguh.
Aku yang cadang nak pam susu kali kedua juga tertangguh.
Sessi yang ketiga juga tertangguh sebab lepas diaorang balik ayip mengamuk.
Terkejut yang amat sangat dalam tido dia.
Terkejut sampai terbeliak mata!
Bila terkejut dah sah2 la dia akan nangis..
Semalam demam pon dia elok jer tak nangis.
Kali ni dilawati oleh tok nenek dan rakan2 nya dia nangis beria pulak.
Benci btolll...

Lepas abi balik dari speedmart beli susu, aku hand over ayip kat dia.
Aku dah penat giler.
Dahlah lepas sahur tak tido-tido dok perhati ayip yang baru baik demam.
Aku baring jap sebelom mula masak pula.
Baring jer tak sempat tido pun.
Sampai kemalam ayip tido terkejut-terkejut.
Lepas isyak aku bawa dia masuk bilik.
Potongkuku dia dan bermain dengan dia.
Aku saja ikut aksi dia mengosok mata dan tarik tangan kuat-kuat dari muka.
Tak sangka aksi itu amat kelakar bagi dia.
Mengekek-ngekek ketawa..
hehehehehee anak umi.. dah pandai bermain ba cak.
3 kali aku buat, 3 kali gak dia gelak beria.
Lama kemudian baru dia tido.
Abi tgh gosok baju.
Lepas abi siap baru aku keluar pam susu, lipat baju yang bertimbun dan gosok baju.
Tau tau dah kul 12 tgh malam.
Baru nak tido Ayip melalak lagi..
Terkejut menda tah tak taulah...
Dukung dia jap, tukar diapers dia yang tak berapa basah dan bagi dia susu dengan harapan dia boleh tido lena..
Tapi kul 3 pagi dia nangis lagi.
Sepanjang malam kejap2 merengek.
Tadi masa aku gosok baju pon dia dok melalak macam tu gak.
Abi dia bagi susu dia taknak.

No comments: